1.

12K 874 159
                                    

Tak, korang apahal laju sangat komen dekat chapter sebelah? 😭

Okay, here's the rule. Cukup syarat tembus komen tu, saya akan update antara pukul 8:00 pm - 10:00 pm.  Kalau tembus seratus, mungkin double update 💀 mungkin je la. *tertakhluk terma dan syarat.

Lepas tu ada yang tanya, boleh tak seorang komen lebih dari sekali? Nak bagi komen tembus cepat la tu 😌 hahaha boleh, tak kisah. Saya lagi suka korang spam komen sebab saya suka baca 😂

Deal?

Time Stamp.

Malaysia,Lapan bulan selepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malaysia,
Lapan bulan selepas.

Pandangan jatuh merenung layar laptop yang masih memaparkan Pitch Deck di atas meja. Hampir 15 minit berlalu, 10 buah presentation slides itu masih belum beralih dari slide yang kedua. Fikiran tengah serabut dengan banyak hal.

Bukan sebab dia terlalu menghayati nak hadam baris demi baris ayat yang ada. Nak baca baris pertama ayat pun, otak dia tak boleh nak serap maklumat.

Bukan juga sebab terganggu dengan sekeliling, bahkan ruang kubikel dia tu dah kosong tak berorang. Waktu pejabat dah habis sejam lepas. Dia je lagi yang masih rajin bertapa dalam office ni.

Allah!

Wajah diraup. Laptop di depan dia tu dah ditolak ke tepi.

Macam mana ni?

Bibir diketap resah. Tak senang duduk betul! Pantas tangan mencapai telefon yang sejak tadi dibiar di tepi laptop. Chat yang dikirim oleh umi setengah jam lepas, kembali dibuka dan dibaca ulang.

Sungguh, pesanan singkat yang dikirim itu la yang jadi punca dia rela duduk di ruang kerja ni walaupun staf lain dah balik. Konon nak tunggu jammed reda, sebab malas nak bersesak. Konon juga nak tenangkan hati selepas baca chat umi tu. Makin serabut kut ada.

Bzz. Bzz.

Mata dipejam serentak nafas dihela. Panjang umur umi aku ni. Jari bergerak menyentuh layar untuk menjawab panggilan. Sempat dia berdeham, menenangkan diri.

    “Assalamualaikum, Sara masih dekat office ke?” Suara umi menyapa gegendang.

    “Waalaikumsalam, ha'ah. Nak siapkan kerja sikit sebelum balik. Tak adalah terkejar dateline nanti.” Jawapan ironi itu dilafaz walhal dia lagi sanggup habiskan hujung minggu hadap laptop di sini.

    “Jangan balik lewat sangat, esok nak drive balik sini.” Umi membebel pendek.

   “Kejap lagi Sara balik. Umi ada nak pesan apa-apa lagi tak nak bawa balik esok?” Mata menjeling kalendar.

25 hari bulan. Kenapa cepat sangat hujung minggu datang pun? Macam baru je semalam dia kabut brainstorming untuk tema klien dengan budak design.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now