33.

8.5K 911 140
                                    

Bab ni mungkin bosan (writer block hit me 🙂) tapi dah update kan 😌✨ layan je la.

Time Stamp.

Sepanjang minggu ini, Sara rasa hidup dia tak terurus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepanjang minggu ini, Sara rasa hidup dia tak terurus. Pagi sampai petang siapkan kerja di pejabat dan selepas selesai waktu berkerja dia akan memandu terus ke kondo Ghaz. Kata Fahin yang jadi pemerhati dengan pandangan prihatin, Sara dah rupa kucing hilang anak.

Bukan sengaja Sara nak susahkan diri sanggup redah traffic jammed semata nak memujuk Ghaz di kondo, tapi beberapa hari ini dia langsung tak tahu khabar Ghaz.

Chat Sara tak berbalas, sekadar bertanda dua garis kelabu dan panggilan Sara hanya disambut dengan suara operator. Setiap kali Sara ke kondo, tak ada kereta Ghaz terparkir basement. Kondo pun kosong tak berorang.

Dan hari ini, Sara memberitahu Fahin yang dia akan bermalam di kondo. Esok hujung minggu jadi dah alang-alang baik Sara menginap terus. Tak larat asyik ulang-alik hanya untuk tengok unit kediaman Ghaz itu sepi sepi dan hari seterusnya ulang rutin yang sama.

Troli yang separuh berisi dengan barang-barang yang dia dah senaraikan siap-siap sebelum balik tadi, ditolak menyusur dari satu aisle ke satu aisle. Malam ni dia nak masak untuk makan malam. 

Manatau Ghaz bila balik nanti lembut hati sikit nampak usaha Sara? Berangan je dulu sebab Sara betul dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Harapnya beberapa hari belakangan ini, cukup masa untuk Ghaz tenangkan fikiran dan nak berjumpa dengan Sara.

Hampir pukul lapan setengah, barulah Sara sampai di kondo. Sama macam keadaan sebelum ini. Ghaz masih belum pulang. Kereta lelaki itu tak ada di parking lot basement dan kondo masih gelap tak berorang masa Sara sampai tadi.

Sibuk sangat agaknya, tak pun sengaja sibukkan diri untuk distract fikiran dari dia. Memikirkan hal itu, Sara meringis. 

Tak nak terlalu hanyut dengan isi kepala yang mula menerawang ke sembarang arah, Sara mula menggulung lengan kemejanya dan mula sibuk menyediakan bahan untuk dimasak sekejap lagi. 

Tak ada menu special ala hotel lima bintang, Sara cuma masak makanan sederhana sebab yang Sara tahu, Ghaz bukan seorang picky eater dan lelaki itu makan semua terutama masakan rumah.

Selesai menyediakan makanan di atas meja makan, Sara terus masuk ke dalam bilik tetamu. Nak bersihkan diri. Tak kan nak jumpa Ghaz dalam keadaan berlengas seharian dengan baju kerja dan bau rempah dapur?

Jam dilirik sambil tangan mengeringkan rambut. Lima minit sebelum pukul 10 malam. Sara mencebik kecil. Ghaz stay back siapkan kerja ke? 

Selama ni, Sara cuma menunggu sampai pukul sembilan malam je dan akan memandu pulang ke rumah sewanya. Selain sebab tuntutan kerja, Sara cuma terfikir mungkin Ghaz betul nak masa sendiri dan dia tak nak kehadiran dia semakin buat keadaan keruh.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now