3.

10.3K 872 143
                                    

Tunggu update ke tu? 😌

Time Stamp.

Bibir bawah digigit bahagian dalamnya, menutup resah yang datang tak berjemput

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir bawah digigit bahagian dalamnya, menutup resah yang datang tak berjemput. Tangan pun dah terketar semacam walhal cuma nak menyuap makanan ke mulut. Sejak bila entah menyuap nasi lemak perlu tenaga ekstra.

Parah! Kau gelabah sangat kenapa ni Sara?

   "Kak, akak okey tak ni?" Tangannya yang sahih dingin itu digenggam oleh Hawa dengan wajah berkerut. Kakak aku ni kena serangan strok ke? Parkinson?

   "Okey." Senyum plastik ditampal. No, dia tak okey!

    "Betul? Muka akak pucat. Akak tak sihat ke?" Hawa masih tak puas hati. Dari malam tadi perangai kakak dia tu serupa cacing kepanasan. 10 minit sejak turun dari bilik untuk sarapan tadi pun, gelisah tak habis lagi.

Entah apa yang difikirkan sangat pun tak tahu. Nak kata nervous, yang kahwin tu abang Eilyas dengan Kak Raudha.

   "Penat sikit." Sarah menghelah nafas. 

Penat tahan jantung yang rasa nak melompat keluar bahana manusia yang tiba-tiba tercampak masuk ke dalam lif malam tadi. Ketahui la, selepas subuh tadi baru Sara tertidur. Overthinking punya pasal.

    "Lepas ni nak sambung rehat dekat bilik pun boleh. Abah cakap check-out nanti pukul 12 tengah hari."

Mendengar jawapan Hawa, Sarah menarik nafas lega. Paling tak, adik bongsu dia tu berhenti buat perangai sarjan misai buat soal siasat.

Rileks, Sarah. Tarik nafas. Hembus.

Seolah mentera, ayat itu diulang berkali-kali supaya detak jantung dia kembali normal. Walaupun tak berkesan sangat, paling tak dia cuba.

Pandangannya ditala ke seluruh ruang dining hall hotel yang menjadi tempat mereka bersarapan pagi itu. Dan pandangannya tiba-tiba terpaku pada susuk tubuh di sudut sebelah kanan menghala ke pintu masuk.

Dalam ramai-ramai manusia yang memenuhi ruang hotel sebelas tingkat ini, kenapa mata dia cekap menangkap susuk tubuh yang sedang tergelak bersama dengan beberapa orang lelaki dengan pakaian yang lebih santai berbanding semalam itu?

Jodoh, tahu jodoh?

Sara rasa nak pitam dengan kata hati sendiri. Sahih otak dah tak betul buat assumption luar alam.

Ya Allah, kenapa boleh jadi macam ni?

Sarah dah rasa nak menangis. Sedaya upaya cecair yang mula terasa hangat, ditahan dari mengalir. Mujur hanya ada dia dan Hawa yang turun bersarapan awal. Tak adalah dia perlu susah payah menjawab kebarangkalian soalan menjerut leher yang bakal diaju.

Katalah Sara Isabella itu berlebihan tapi segala hal kalau dah bersangkut paut dengan seorang Ghaz Ibrahim, Sara akan jadi seorang yang bertingkah sedikit absurd.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now