5.

9.7K 859 174
                                    

Not y'all ✨berprasangka✨ sebab saya update awal semalam 💀

Time Stamp.

Sara baru selesai mengeringkan rambut saat pintu biliknya diketuk dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara baru selesai mengeringkan rambut saat pintu biliknya diketuk dari luar. Tanpa sempat dia bersuara, pintu dah dibuka dulu dengan wajah Fahin terjengul di sebalik celah yang terbuka. Kening gadis yang sebaya dengan dia itu terjongket nakal.

     “Nak apa buat muka keji macam tu?” Sara menyoal dengan muka menyampah sengaja ditayang. Dia dah terlebih faham kenapa Fahin tu tiba-tiba rajin mengetuk pintu biliknya tengah waktu darurat nak luruskan sendi macam sekarang ni.

Bukan sebab care, tapi sebab rasa ingin tahu alias kepoh selepas Sara balik dihantar dengan kereta Audi milik Ghaz hampir sejam yang lalu. Elok Fahin tengah bermuamalat dengan abang food rider ketika kereta Ghaz itu berhenti depan rumah.

     “Ah, kau. Kalau aku tak naik ketuk bilik kau ni, sampai tahun depan pun kau tak akan buka cerita kan?” Fahin menyelar dan terus masuk mengambil tempat di atas katil Sara. Plushie Ice Bear housemate dia itu ditarik dan dipeluk.

      “Cerita apa?” Sara menjawab tak berperasaan sambil meratakan toner ke wajah. Susuk tubuh Fahin, dilirik menerusi cermin.

     “Jangan nak acah amnesia, pura-pura lembab. Senyap-senyap kau buat kerja eh? Oh, selama ni ingatkan single sebab tak minat rupanya dah ada buah hati.” Fahin masih dengan rasa tak puas hatinya. 

Buta-buta dia ingatkan Sara tu lebih suka sendiri sebab nak fokus dengan kerjaya, nak jadi crazy rich aunty macam yang Sara selalu sebut tiap kali Fahin tanya kenapa tak nak bercinta. Elok pula malam ni balik dengan kereta mewah pakej pemandu hensem.

   “Aku mana ada buah hati.”

'Ada suami je. Itu pun sebab tak sengaja dan tengah dalam proses memujuk untuk bawa haluan masing-masing.'

Pengsan agaknya Fahin ni kalau Sara cakap macam tu. Tak pun selamat rahsia kerajaan yang satu ini sampai ke pendengaran umi dan abah. Fahin punya kepoh, tak boleh nak buat main.

    “Konon je tak ada, dah tu siapa yang hantar kau balik tadi? Jangan cakap tu skandal kau. Aku report abah kau nanti kalau kau buat perangai tak ada kesedaran sivik macam tu.”

Mendengar ayat Fahin, Sara meringis. Fahin memang kawan baiknya sejak zaman belajar dulu. Bahkan umi dan abah dah kenal sangat dengan Nur Fahin ini. Hanya, Fahin sama clueless dengan ahli keluarga Sara. Langsung tak tahu siapa Sara Isabella yang sebenarnya.

    “Bukan skandal la. Tu kawan abang Eilyas. Abah aku kenal pun dia siapa.” Sara tak sepenuhnya berbohong. Dia kemudian bangkit dan menapak ke arah katil. Tubuh Fahin ditolak sedikit, menghalau cara halus.

     “Kau pergi mana je tadi dengan dia? Kereta kau mana?” Walaupun dah beranjak dari katil dan Sara dah membaringkan diri di sebalik selimut, Fahin masih belum berhenti dengan soalannya.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now