24.

8K 826 196
                                    

APAHAL LAJU SANGAT KORANG NI?? AJDGFAJSKSL 😭

Time Stamp.

Lambaian tangan dari susuk tubuh yang sedang mengambil tempat di sebuah meja paling hujung, menarik langkah kakinya untuk mendekat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lambaian tangan dari susuk tubuh yang sedang mengambil tempat di sebuah meja paling hujung, menarik langkah kakinya untuk mendekat. Sara tersenyum membalas pelukan Amaya apabila adik iparnya itu mendepah tangan sebaik dia melabuhkan duduk.

    “Rindunya!” Amaya tarik sengih. Beberapa minggu bahkan hampir sebulan lebih mereka tak lepak sekali, mahu tak rindu? Dah la kali terakhir dia bertatap wajah dengan kakak iparnya ini masa di kondo Ghaz dulu. Itu pun tanpa ada proper farewell, main pergi macam tu je.

   “Sebut rindu macam dah bertahun tak jumpa.” Sara menggeleng kecil. Tangannya menarik gelas berisi ice lemon tea yang dah dipesan dulu oleh Amaya sebelum dia datang tadi.

Memang dah rancang sebenarnya nak habiskan beberapa jam di sini walaupun rancangan tu lebih kepada rancangan last minute. Memang last minute plan selalu menjadi pun.

Sebaik tiba di rumah umi dan abah Isnin lepas, Sara tak terus balik ke rumah sewanya. Memandangkan hari ni hari Selasa dan hari terakhir dia bercuti, maka dia putuskan untuk balik petang ni je.

Kebetulan juga, Amaya tiba-tiba menghubungi Sara ajak open table mendadak. Nasib baik Sara tak terkejar sangat. Sebelum balik ke rumah sewa, sempat la dia panjangkan kaki datang ke sini.

    “Kakak tak tahu macam mana May kena tahan cemburu tengok status Whatsapp kakak. May pun nak jalan staycation.” Amaya tarik muncung. Sepanjang beberapa hari belakangan ni, dia tahan diri je dari buka status yang dimuat naik oleh kakak iparnya itu walaupun kadang terbabas.

Ketahuilah, seorang Amaya itu dah lama nak merasa ada seorang kakak. Jadi middle child tak seronok kalau cuma ada abang yang selalu sibuk dan adik yang masih kecil tak faham topik pun kalau ajak sembang.

   “Nanti kita cari masa free. Jangan risau, cuti peruntukan tahunan kakak masih ada.” Alamat tiap tahun macam ni, memang meriah cuti Sara melayan Hawa dan Amaya je.

    “Janji eh?”

Sara mengangguk sambil menyambut huluran jari kelingking Amaya. Macam-macam. Seterusnya, berapa minit ke depan masing-masing berbual kosong sekadar bercerita dan berkongsi kegiatan beberapa minggu tak nampak muka.

    “Lepas ni terus balik rumah sewa atau balik kondo?” Amaya menyoal sebelum mencapai pisang goreng dalam pinggan dan dimasukkan ke dalam mulut.

    “Balik rumah sewa la, esok kerja.” Dah kenapa kena balik kondo? Ringan ayat terakhir itu nak diucap tapi Sara tahan diri. Mungkin Amaya saja tanya buat modal bersembang.

Sepanjang ketiadaan Ghaz, Sara memang tak pernah pun jejak kaki ke sana. Pernah Ghaz menyuruh tapi Sara yang tak nak. Selain sebab rasa tak selesa, jarak kondo tu dengan tempat kerja dia lebih jauh. Sara malas nak duduk lama dalam kereta.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now