35.

9K 920 180
                                    

Dah ready passport belum? Nak fly ni 😌✨

Time Stamp.

Sara mungkin dah hilang akal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara mungkin dah hilang akal. Keputusan minit terakhir dengan Eilyas sebagai penasihat dua minggu yang lalu masih terasa macam tak masuk akal bagi dia walaupun sekarang dia tengah selamat mendarat di benua lain.

Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul. Tengah transit sebelum penerbangan seterusnya ke Hamburg. Masih ada dua jam setengah masa berbaki sebelum boarding dan Sara tengah memikir ulang kewarasan sendiri.

Mata dipejam. Kalau bukan sebab Eilyas yang sanggup tolong bayarkan separuh harga tiket kapal terbang pergi balik untuk percutian luar alam Sara ni, memang tak nak Sara penatkan diri.

Gigih dia turun naik office nak jumpa HQ untuk mohon cuti. Wassalam cuti tahunan yang dia simpan burn untuk emergency travel macam ni. Kalau Ghaz masih keras hati juga, tak tahu la apa yang Sara nak buat.

Telefon dalam saku sweater dikeluarkan dan nama Amaya dicari. Gila sara pun, dia tak terfikir nak jadi tourist sesat tak ada tour guide walaupun dia bukan nak bercuti sebenarnya. Lagipun dia perlu bantuan Amaya untuk tanya info pasal Ghaz nanti.

  "Kak, ada apa?" Suara Amaya menampar gegendang sebaik panggilan bersambut.

   "May tengah tidur ke? Maaf, ganggu May." Sara rasa nak tampar dahi sendiri. Lupa yang Hamburg dua jam lewat dari Istanbul. Entah, kepala dia rasa penuh tunggu masa nak meletup, dah tak ada masa buat perkiraan matematik cari beza waktu dua negara.

    "Tak la, May baru je bangun. Kejap lagi nak keluar joging. May tanya sebab tak pernah kakak call waktu macam ni. Malaysia pukul 10 kan sekarang?" Selalunya Sara akan call atau chat lebih awal.

    "Kakak dekat Istanbul." Sara memejam mata, gelabah sekejap menunggu reaksi Amaya di hujung talian.

    "Hah?! Sekejap, Istanbul? Transit ke?" Tak adanya kakak ipar dia tu saja call bagitau dia tengah bercuti tengah pagi buta.

    "Ha'ah." Sara meringis. Ya Allah, permudahkan la urusan hamba-Mu ini. Sara dah tak senang duduk dengan suara terkejut Amaya.

    "Oh, God. Kenapa tak bagitau awal? Boleh May siapkan apa yang patut. Nanti sampai Hamburgh dah ada yang jemput? Kakak stay mana nanti?" Bertubi soalan dilontar.

   "Akak sebenarnya fly tak rancang apa-apa." Saja cari bala nak jadi pejuang berani mati.

  "Haih, bahaya la kak. Nasib baik May tengah free. Tak apa. Next flight pukul berapa?" Amaya menjeling jam. 

   "9:10 minit." Sampai Hamburg nanti tengah hari sebab perjalanan makan masa tiga jam lebih.

   "Sampai sini dalam pukul 10 lebih la kan? Okay, nanti May yang jemput." Selepas membuat perbandingan zon waktu, May membuat kesimpulan sendiri.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now