16.

9.3K 825 117
                                    

Hehe. Surprise untuk bedtime story 🌙 Rindu tak?

Time Stamp.

Berdetap bunyi yang keluar selepas Sara membuat aksi regang lentur hampir dua jam duduk menghadap layar PC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berdetap bunyi yang keluar selepas Sara membuat aksi regang lentur hampir dua jam duduk menghadap layar PC. Sesekali dia melentikkan jari jemari yang agak kaku sebelum tubuhnya disandarkan ke belakang. Nafas lelah dihembus.

Hampir seminit diam dengan kepala kosong, Sara mencapai telefon yang sejak petang tadi di-set ke dalam silent mood. Bahana kena stay up siapkan kerja mendadak dan tak nak kena kacau punya pasal.

Jam pada layar ditatap, pukul sembilan malam. Ruang kerja bahagian staf content itu hampir kosong tak berorang. Hanya ada Sara, Hanim dan Fahin yang masing-masing masih tenggelam dalam dunia sendiri.

Sara kemudian bangkit, nak cari makanan di pantri. Lama sangat hadap PC sampai tak sedar perut kebulur. Kali terakhir dia makan masa petang tadi, itu pun cuma karipap dua biji. Sebaik tiba di kawasan pantri, tangannya laju membuka peti ais mencari sesuatu yang boleh dimakan.

Salah satu hal yang dia suka dan sanggup bertahan kerja di bahagian ini, budak content tak kedekut. Main letak je makanan dan minuman lepas tu masing-masing jamah buat macam hak sendiri, yang penting top-up semula tak kisah dengan makanan yang sama atau tak.

Kerusi ditarik dan Sara melabuhkan duduk sebaik dia selesai membancuh teh O panas. Balang biskut dicapai sambil mata fokus pada layar telefon membaca setiap pesanan yang masuk. Sepanjang hari sibuk, risau terlepas kalau ada hal penting.

Bzz. Bzz.

Nyaris dia menjerit sebab terkejut apabila telefonnya bergetar tiba-tiba dengan nama Ghaz terpampang. Sara menghela nafas, nasib baik tak gugur jantung. Hampir 10 saat suara Taylor Swift berlagu barulah Sara menjawab panggilan. Telefon dibawa ke telinga dan diapit dengan bahu. Kedua tangannya sibuk membuka peket biskut Julies perisa peanut butter.

   “Aku nampak status Whatsapp kau, tak balik lagi ke?” Ghaz menyoal sebaik panggilannya berjawab.

    “Baru siap buat kerja.” Malas suara Sara menjawab. Sekeping biskut berbentuk bulat dicelup ke dalam tehnya sebelum disuap ke mulut.

     “Banyak ke?”

     “Content web. Esok pagi dah kena bagi dekat budak developer.” Sebut perkataan konten web tu pun, Sara rasa nak pitam. Sejak siang tadi dia berkutat nak siapkan segala isi untuk website yang akan dibuat nanti. Dari homepage, banner, footer dan segala hal yang berkaitan.

     “Dah makan belum?” Ghaz dah gaya abah abah prihatin. Bukan dia tak dengar wanita di hujung talian tu tengah mengunyah.

     “Makan biskut, kejap lagi nak balik. Penat.” Mungkin terlalu penat tu la Sara terlebih ringan mulut nak berkongsi benda yang tak penting. Kepala digeleng perlahan.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now