38.

9.8K 972 340
                                    

Dah dekat bab hujung-hujung ni, rasa malas bethol nak update 💀

Time Stamp.

Bibir digigit resah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bibir digigit resah. Boleh tak kalau dia patah balik? Sara sangat gemuruh ketika ini, bahkan selepas menghubungi Ghaz pun, debar di dadanya masih belum surut.

Sehari selepas menjejak kaki ke Tanah Melayu ini, ada rasa menganjal yang menyesakkan dada. Bukan, rasa sesak itu memang dah ada sejak Sara menggenggam tangan Ghaz beriringan keluar dari balai ketibaan lagi sebenarnya.

Suasana hangat bumi Malaysia yang tak sampai pun seminggu Sara tinggalkan untuk terbang ke Hamburg, kali ini terasa seolah asing. Semua rasa serba tak kena. Dan semua rasa negatif itu hari ini Sara tahu puncanya apa. 

Nafas panjang dihela sebelum pandangannya dilontar merenung pintu rumah umi dan abah yang tertutup. 10 minit berlalu sejak dia sampai ke sini tapi Sara masih tak mampu nak melangkah keluar.

Dia takut dengan apa yang menunggu di dalam rumah itu. Suara Eilyas ketika menghubungi Sara supaya pulang ke sini kedengaran jelas getar rendahnya. 

   "Assalamualaikum." Perlahan Sara membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam selepas bermatian menguatkan diri sendiri. 

Kedatangannya langsung disambut dengan aura yang terasa mencengkam. Di hujung sofa sana, Ustazah Saliha kelihatan tunduk dengan mata berair ditemani Hawa. Eilyas duduk setentang dengan dua wanita itu dan Ustaz Azhar pula berdiri dengan kedua tangan lelaki itu memeluk tubuh, menatap Sara dingin.

  "Wa'alaikumsalam, duduk." 

Sara sedikit teragak mengambil tempat. Jelingannya singgah melirik umi yang masih teresak kecil. Hati Sara seolah dilumat halus melihat wanita itu mengalirkan air mata. Ini kali pertama dia nampak umi menangis.

   "Ada apa abah?" Sara beranikan diri membuka mulut. 

Melihat abah yang memutar tubuh menghadap dia, Sara semakin kalut. Abah kemudian menghulur telefonnya.

   "A...Apa ni?" Sara menyoal lagi. Tangannya menyambut huluran abah dan sebaik melihat apa yang terpapar di skrin, jantung Sara seolah terhenti dari berdegup.

  "Abah, Sara boleh jelaskan..."

Pang!

Kepala Sara tertoleh ke sebelah kiri, pijar pipinya bertemu dengan tapak tangan kasar abah. Tapi sakit pada pipinya itu tak sebanding dengan hatinya sekarang ini.

   "Apa yang kau dah buat Sara!"

Pang!

Kali kedua tamparan padu abah singgah ke pipinya, Sara dapat rasa hujung bibirnya koyak. Pedih dengan rasa masin darah yang perlahan keluar.

   "Aku pelihara kau dari kau masih merah, rawat kau dari tapak kaki sebesar dua jari, jaga macam anak aku sendiri, ini kau balas?!" 

Suara jerkahan abah buat Sara gerun. Abah tak pernah tinggikan suara sebelum ini bahkan sebesar apa pun salah yang mereka adik beradik dah buat. Hanya kali ini, pertahanan emosi abahh runtuh. Waras akalnya tergoncang.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now