20.

8.9K 836 211
                                    

Sabar jangan cuak dulu, ni baru warming up 😂 rileks jap.

Time Stamp.

Kepalanya dipalingkan ke sisi sebaik terasa seseorang berdiri di sebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepalanya dipalingkan ke sisi sebaik terasa seseorang berdiri di sebelahnya. Melihat Hawa yang memanjangkan leher, cuba mengintai apa yang dia buat, Sara beranjak sedikit memberi ruang. Selesai meletakkan gula dan uncang teh dalam teko, dia menapak pula ke arah mesin Coway menadah air panas.

   "Bila kakak sampai? Tak dengar bunyi kereta pun?" Hawa menyoal sambil tangannya sibuk menyusun beberapa buah cawan untuk dibawa masuk ke dalam nanti.

    "Lewat malam semalam. Hawa dah tidur dah pun." Sara membalas ringkas.

Sebaik selesai urusan kerja di office, Sara terus balik ke rumah walaupun masa tu dah pukul sembilan setengah malam. Dia memang sengaja habiskan kerja dulu sebab tak nak hujung minggu dia terganggu.

Siap packing dan kemas apa yang patut, barulah dia memandu pulang ke sini. Umi dah bising sebab Sara jarang balik jadi sebelum umi datang ke rumah sewa Sara dan seret dia balik, baiklah dia tunjuk batang hidung dulu.

   "Umi dengan abah mana?" Sara memecah hening.

Sejak tadi dia tak nampak kelibat ibu bapa angkatnya itu. Biasanya selepas subuh berjemaah di masjid, umi akan sibukkan diri di dapur untuk siapkan bahan sarapan. Abah pun, biasanya akan baca kitab dekat ruang tamu sementara menunggu.

   "Umi dengan abah masih belum balik. AJK masjid ajak sarapan sekali kot." Hawa tarik sengih. Dia dan Sara tengah cuti dari solat sebab tu tak ikut sekali gerakan berjemaah di masjid perumahan ni.

    "Hawa cuti ke sekarang?" Sara menyoal lagi, kali ni dengan topik yang lain. Jarang lepak sekali, memang tak ada la masa nak bersembang update hidup masing-masing pun. Sara sibuk dengan urusannya dan Hawa sibuk dengan pengajian tahun akhirnya.

    "Cuti study week je la. Seminggu, lepas tu final. Nanti baru cuti sem dalam dua minggu lebih macam tu. Kenapa? Nak ajak Hawa jalan?" Hawa menatap Sara dengan hujung mata serta senyuman nakal.

    "Nak jalan pergi mana? Kakak mana ada cuti penggal." Sara mencebik. Cuti hujung minggu je la. Itu pun kalau tak ada kerja yang menuntut perhatian.

    "Staycation dua hari untuk weekend pun okay. Kakak layan sangat sibuk tu, sampai bila pun tak cuti yang betul-betul cuti." Hawa membebel pendek.

    "Hawa nak pergi bila? Nanti decide elok-elok sekali tempat nak pergi mana. Kalau okay, kita proceed. Tapi jangan last minute, payah nak atur masa." Sara dengan laptop dan segala aplikasi editing dalam tu memang tak boleh berenggang.

    "Skema. Sebab tu single." Hawa mencebik. Ajak pergi bercuti pun dah serupa nak buat proposal kertas kerja projek berjuta je.

    "Cakap baik sikit eh." Sara membidas. Jangan sampai dia bongkar je status sebenar, lepas tu kita tengok siapa yang single siapa yang dah kahwin tapi senyap-senyap. Sarkastik untuk diri sendiri.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now