36.

10.2K 970 229
                                    

Random update sebab ramai yg req. Jangan lupa study untuk yang exam tu 🙄 gluck!

Time Stamp.

Sara baru nak mengeringkan rambut saat pintu bilik hotel yang menjadi tempat dia menginap beberapa hari ini, diketuk dari luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara baru nak mengeringkan rambut saat pintu bilik hotel yang menjadi tempat dia menginap beberapa hari ini, diketuk dari luar. Jam dah menginjak ke pukul sembilan sejak dia dan Amaya check in setengah jam yang lepas

Kakinya menapak ke arah pintu dengan tuala di tangan, masih mengeringkan rambut. 15 minit lepas, Amaya bagitau yang dia turun sekejap ke convinience store, nak cari kudap katanya. Sengaja gadis itu tak bawa kad akses sebab cuma sekejap.

Klak!

Sara membuka pintu dengan separuh tubuhnya disembunyikan. Buatnya ada orang lalu, sia-sia tayang rambut free.

    "May beli ap—" Ayat Sara terhenti di hujung lidah.

Amaya kerut dahi, menatap Sara pelik. Apahal pula ni? Kepalanya ditoleh ke belakang apabila mata Sara seolah terpaku ke arah situ. Bulat matanya sebaik susuk tubuh menjulang Ghaz menyapa retina.

   "Pengkhianat bumi! Abang buat apa dekat sini?" Amaya yang terlebih panik. Tubuhnya bergegas masuk ke dalam dan secepat mungkin dia berusaha menutup pintu.

Pap!

Ghaz lebih cekap. Tangan kekarnya menahan pintu dan dengan sekali tolakan, pintu itu kembali terbuka.

   "Nak satu level ni dengar suara May jerit ke?" Ghaz menatap Amaya sengit. Melihat Amaya yang merengus sakit hati, dia menutup pintu di belakangnya dan beralih menatap Sara yang dah berjalan masuk.

   "Tahu mana May dengan Kak Sara ada dekat sini? Abang follow May ke?" Ada bakat jadi stalker abang aku ni.

Ghaz tak menjawab. Hanya layar telefonnya yang menunjukkan live location Amaya menerusi aplikasi Google Maps yang ditayang. Nasib baik adik dia tu lembab, lupa nak adjust setting, buang Ghaz dari senarai kenalan yang dia masukkan untuk tahu keberadaannya.

Amaya mengerang frust. Lupa nak adjust! Dia memang kongsi live location sendiri supaya keberadaan dia senang dipantau. Kena paksa sebenarnya sebab daddy masih tak yakin dengan kemampuan Amaya memandu. Dia baru dapat lesen tiga bulan lepas.

   "Dah tu? Datang sini buat apa? Ingatkan nak teman Casey?" Amaya berdesis geram. Nak cakap kuat-kuat, tapi risau Kak Sara terdengar.

    "Bila masa abang cakap nak teman dia? May pergi balik. Kalau tak nak duduk seorang, pergi teman Casey dekat apartment tu." Kedua bahu Amaya dicengkam dan ditolak ke arah pintu.

    "Eh, apa—"

    "Kata nak tolong? Kalau tak settle malam ni, memang ni last Sara jadi kakak ipar May." Ghaz menyelar sebelum sempat Amaya memberontak.

    "Kak Sara nangis lagi, siap abang!" Jari telunjuk diangkat dengan muka garang.

Apabila melihat riak terpaksa rela adiknya itu beredar, Ghaz menutup pintu semula, itu pun sempat satu cubitan pedih singgah di lengannya. 

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now