10.

10K 792 108
                                    

re-upload balik.

Time Stamp.

Renungannya masih belum beralih dari telefon yang sejak tadi senyap terbiar di tepi PC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Renungannya masih belum beralih dari telefon yang sejak tadi senyap terbiar di tepi PC. Hampir setengah jam berlalu, hampir setengah jam tu juga la Sara buat perangai gaya ayam berak kapur. Lemau semacam.

  “Kau kenapa macam tak ada semangat hidup je ni?”

Sara mendongak ke samping sebaik teguran Fahin menyapa gegendang. Satu helaan nafas keluar dari mulutnya. Duduk ditegakkan dia dia cuba kembali fokus pada kerja yang belum ada progres sejak tadi.

Wake up! Tak cukup ke semalam overthinking sampai nyaris terbabas subuh?

    “Hah, buat. Buat perangai gaya aku tak wujud je. Kau ayan kenapa sebenarnya ni?” Fahin masih belum puas hati. Kerusinya ditolak dengan kaki sebelum berhenti pada kubikel Sara.

     “Tak ada apa la. Aku penat sikit je. Tak ada mood.” Malas Sara menjawab, separuh jujur.

Dia memang penat sebab drive dari rumah umi tadi terus ke sini. Tapi sebenarnya lebih penat mental dan hati. Penat memikirkan lelaki yang beberapa hari lepas tiba-tiba hulur cincin.

    “Ni mesti ada kena mengena dengan Ghaz?” Fahin serkap jarang. Matanya sengaja dikecilkan cuba mengintimidasi Sara.

    “Kenapa cakap macam tu?” Kening Sara nyaris bercantum. Bahaya betul budak Fahin ni. Macam tu je dia shoot.

   “Entah, aku teka je. Jarang sangat kau buat hal murung macam ni. Sejak Ghaz hantar kau balik awal hari tu, aku perasan kau lain sikit.”

Erk? Sara menatap Fahin lambat-lambat. Lain macam mana? Rasanya tak ada yang berubah sampai Fahin boleh detect dan confront tak bagi notis macam ni. Berubah makin stress kut ada. Sejak jumpa Ghaz balik, Sara punya overthinking makin parah. Kepala dia rasa sesak dengan semua hal.

    “Kau ada apa-apa dengan Ghaz ke?” Fahin dengan agenda kepohnya masih belum selesai. Soalan menohok pula yang diaju, langsung tak perasan dengan riak Sara yang dah serupa orang nak menangis.

     “Dia kawan abang Eilyas. Balik sini sebab urusan kerja. Sementara beberapa waktu ni kadang dia minta aku teman sebab dia lagi rapat dengan aku berbanding Hawa. Abang Eilyas kan dah kahwin.” Entah ayat apa yang dikarang oleh Sara, dia cuma berharap yang Fahin senyap dari terus menyerang dia dengan soalan luar alam.

    “Boleh percaya ke? Ghaz suka kau agaknya.” Fahin jongket kening dua kali, saja nak menyakat.

    “Jangan buat andaian bukan-bukan. Dah balik sana, aku nak sambung hadap slides.” Sara kembali memusingkan tubuhnya menghadap PC. Rungutan tak puas hati Fahin, diabaikan.

Apabila housemate dan workmate Sara itu dah beredar, satu keluhan dilepas. Andai Fahin tahu hal sebenar, riak teruja gadis itu tentu akan bertukar.

Sara meraup wajah dengan sebelah tangan. Ingatannya masih belum lari dari kilasan memori dua hari lepas ketika insiden Ghaz dengan pengakuan terbukanya tentang kesinambungan hubungan masing-masing.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now