11.

8.7K 764 122
                                    

Rindu nak update ikut jadual 😂 Nak double update tak? 👀

Time Stamp.

Sara baru meletak mug yang berasap nipis berisi teh ke atas meja ketika namanya tiba-tiba diseru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sara baru meletak mug yang berasap nipis berisi teh ke atas meja ketika namanya tiba-tiba diseru. Kepalanya dikalih, menatap Fahin. Kelihatan gadis dengan blazer hitam membaluti kemeja coklat itu sedang bercakap di telefon dengan pandangan masih menatap Sara.

Apahal budak Fahin ni? Muka berkerut gaya serius nak tagih hutang je.

    “Postplan semua dah compile dalam pdf belum?” Fahin menyoal sambil tapak tangan menutup gagang telefon.

     “Dah. Dah hantar dekat emel kau kan tadi?” Hampir dua jam siapkan postplan untuk jangka masa dua bulan ke depan tu tadi, sekarang baru Sara ada masa sikit untuk regangkan urat yang bersimpul.

    “Alright, baru tengok. Thanks.” Sejurus ucapan terima kasih itu dilafaz, Fahin kembali sibuk dengan urusannya.

Sara malas nak ambil peduli. Cukuplah dia fokus hadap postplan untuk klien tadi, urusan penghantaran fail pdf serupa pelan rancangan itu biar Fahin yang mengatur. Lepas ni dia kena siapkan kerja lain pula. Ada pitch deck untuk meeting bersama klien baru yang perlu difikir.

Hampir dua jam kemudian, Sara menegakkan duduk. Presentation slides di layar laptop tu dah 70% siap, tinggal nak lengkapkan lagi dan tambah apa yang patut. Sekilas dia melirik mug yang kosong sebelum menatap jam di sudut layar laptop. Lima minit sebelum pukul 12 tengah hari.

Leher dipanjangkan cuba mengintai Fahin di sebalik dinding kubikelnya, tapi kawan baik dia tu tak kelihatan. Belum sempat Sara bangun untuk mencari, Fahin muncul dulu dengan tatapan susah nak ditafsir. Kening gadis itu berkerut menatap Sara dengan pandangan menghakimi.

   “Apa?” Sara menyoal defensive. Mahu tak keluar gaya acah mempertahankan diri macam tu? Fahin renung dia dengan muka tak puas hati kot! Dari tadi tunjuk gaya nak cari gaduh.

   “Kau sejak belakangan ni ada sorok sesuatu kan?” Fahin masih dengan renungan sengitnya.

    “Apa benda kau merepek ni? Aku buat apa?” Sungguh Sara clueless dengan serangan tiba-tiba Fahin. Dia yang buat perangai tak jelas, Sara pula yang kena tuduh macam-macam. Nasib baik kawan.

    “Kau ada member lawa, tak bagitau aku pun. Tu, ada perempuan lawa cari kau. Aku terserempak dengan Man tadi, dia bagitau ada orang cari kau dekat lobi bawah. Nama dia Amaya.”

Amaya?

Serta merta otak Sara laju memproses sebaris nama dengan lima huruf itu. Dadanya mula diasak debaran. Dah kenapa adik Ghaz datang ke sini? Kepala Sara mula memikirkan segala andaian yang mungkin menjadi sebab kedatangan tak diduga Amaya itu.

Jangan cakap keluarga Ghaz tahu pasal mereka?

Mampus, kena mengucap ke ni? Sara rasa nak tercekik.

  “Kau okay tak?”

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now