32.

8.4K 887 233
                                    

Yang komen berjemaah suruh update ni, mesti reader(s) baru kan? Hallu 👋 tak payah komen suruh update okey, saya akan update tiap jam 8-10 malam. 😇

Time Stamp.

Entah untuk kali yang keberapa, mata Sara singgah menjeling jam yang terpapar pada sudut PC yang menyala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah untuk kali yang keberapa, mata Sara singgah menjeling jam yang terpapar pada sudut PC yang menyala. Bibirnya digigit, tengah tak senang duduk. Memang tak ada kerja sebenarnya tengok jam selang lima minit lepas tu gelabah sendiri. 

Selalu Sara yang jadi tukang matikan suis office sebab rajin sangat stay siapkan kerja. Tapi hari ini, Sara nak balik awal.

Akhirnya!

Telefon yang sejak tadi terbiar di atas meja dicapai. PC dimatikan sebaik jam tepat menunjukkan angka lima setengah. Sling bag ditarik ke bahu dan sedikit tergesa, Sara bangkit dari kubikelnya menuju ke pintu keluar.

  "Sara, esok pagi jangan lupa!"

Laungan Fahin dibalas dengan ibu jari terangakat di udara, memberi isyarat 'okay'. Urusan kerja untuk hari esok, dia fikir nanti. Sekarang dia ada hal yang lebih penting untuk dibuat.

Selepas menghidupkan enjin kereta, perlahan Sara menekan pedal untuk memandu keluar dari kawasan parking. Hala tujunya petang ni berubah ke arah bertentangan. 

Usaha hampir satu jam setengah berperang dengan kesesakan lalu lintas berbekalkan tekad dan serba salah, akhirnya kereta Sara selamat terparkir di basement kondo Ghaz. Sempat dia melirik kereta lelaki itu sebelum menapak ke arah lif.

Lega, sekurang-kurangnya usaha Sara tak sia-sia. Dia memang datang ke sini tanpa menghubungi Ghaz dulu, jadi melihat kereta lelaki itu terparkir maksudnya Ghaz ada di rumah. 

Tangannya yang mula berpeluh dingin, dimainkan sesama sendiri. Menunggu lif yang selalunya tak sampai lima minit pun untuk sampai ke tingkat lapan, hari ini entak kenapa terasa lebih lama dari biasanya.

Ting!

Sara menghembus nafas, cuba menenangkan degup jantung yang rasa macam nak melompat keluar. Sebaik kakinya berhenti pada muka pintu unit yang ditempati Ghaz, Sara diam. Agak lama gagang pintu di depannya direnung sebelum dia paksa diri untuk membuka kunci.

Klak!

Perlahan daun pintu ditolak dan Sara menapak masuk. Dahinya sedikit berkerut apabila seluruh ruang tamu gelap. Selalunya Ghaz akan hidupkan lampu bahagian meja makan walaupun dia tengah berada dalam bilik di tingkat atas. 

Sara mula memanjat anak tangga satu persatu. Pintu bilik Ghaz keliahtan saat dia berdiri pada anak tangga yang terakhir. Bilik lelaki itu hanya diterangi dengan cahaya samar-samar.

   "G... Ghaz?" Sara menolak pintu di depannya hati-hati. Kepalanya mula memikir yang bukan-bukan selepas melihat keadaan kondo yang tak berlampu. Ghaz sakit ke?

Kaki Sara berhenti dari menapak. Tubuhnya mendadak kaku.

Pada single sofa yang sengaja diletak pada sudut bilik Ghaz itu, kelihatan pemiliknya sedang merenung Sara tajam. Dalam pencahayaan yang minima begini, riak Ghaz agak menyeramkan dengan penampilan yang sedikit tak terurus. 

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now