29.

8.9K 847 156
                                    

Tunggu update ke tu?

Time Stamp.

Mungkin berkongsi ruang yang sama dengan seorang Ghaz Ibrahim selama dua hari ini boleh dicatat sebagai sebuah kemajuan yang baru dalam hidup Sara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mungkin berkongsi ruang yang sama dengan seorang Ghaz Ibrahim selama dua hari ini boleh dicatat sebagai sebuah kemajuan yang baru dalam hidup Sara. Terutama dalam hal berkaitan hubungan dia dengan lelaki.

Selepas penjelasan Ghaz awal pagi semalam, masing-masing dah boleh duduk semeja tanpa berlaku pertumpahan darah atau kecederaan akibat perang mulut. Dah boleh lepak sekali walaupun Sara dengan kerja membacanya dan Ghaz sibuk menghadap laptop.

Sara mencuri pandang ke arah lelaki yang serius tenggelam dengan dunia sendiri itu. Ketika ini, dia dan Ghaz mengambil tempat di ruang tamu selepas sarapan tadi. Bibirnya tercebik apabila Ghaz langsung tak menghiraukan sekeliling.

Kalau diingat semula, tak pernah terfikir oleh Sara yang dia dan Ghaz boleh 'berdamai' dan hidup macam sekarang. Obses sangat nak lepaskan diri dari status pengikat dia dengan lelaki itu punya pasal.

Otak Sara memang dah di-set, yang dia dan Ghaz kena berpisah, tak boleh hidup sebagai suami isteri. Bahaya kalau rahsia yang satu ini terbongkar apalagi sampai ke telinga umi dan abah.

Fikiran hampir 11 bulan yang lalu. 

Sara meringis. 11 bulan. 

Tak sangka dah hampir setahun dia hidup jadi pendamping Ghaz walaupun secara harfiah. Kenyataannya, baru tiga bulan belakangan ni mereka jadi 'normal' macam pasangan lain.

    "Ghaz." Sara menegur pendek.

    "Hmm?" Ghaz membalas tanpa mengalih tumpuan. Tangannya masih sibuk memegang tetikus dan sesekali menyentuh abjab pada keyboard.

    "Kenapa awak balik sini?" Soalan yang satu ini, Sara memang nak tanya dari hari tu lagi sebenarnya tapi dah terlanjur tercetus perang dengan pihak Ghaz sebagai punca, terus batal niat nak tahu.

    "Kau overthinking apa lagi?" Tak berperasaan ayat itu disoal dengan fokus yang masih belum beralih.

Sara buat muka mendengar perlian itu. Ringan je rasa nak baling kusyen ni biar kena kepala Ghaz. Tak sedar ke, Ghaz tu yang jadi sumber punca fikiran berlebihan Sara yang paling utama?

   "Mummy dengan daddy awak dah balik? Dia orang tak tanya ke kenapa awak tak join dia orang spend time sama-sama?" Sara menyoal perlahan.

Agaknya kalau ibu bapa Ghaz tu tahu anak sulung dia orang ni habiskan masa dengan Sara, mahu dia kena gantung hidup-hidup. Bakal menantu tak jadi boleh terbang jauh-jauh untuk bercuti sekali, anak sendiri pula sibuk dengan orang lain.

Ghaz menoleh ke belakang, menatap Sara dengan riak tak terbaca. Hanya sesaat, sebelum lelaki itu mengalih laptop dari ribanya dan memutar tubuh, berhadapan langsung dengan Sara yang masih menatap dia menunggu jawapan.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now