31.

8.7K 825 153
                                    

Excited dah masuk bab 30 sebab bab ni biasanya untuk bahagian klimaks cerita (kalau ikut style saya) sebelum masuk bab peleraian 😭 TAK BAIK SUUZON ISH.

Time Stamp.

Stick note yang bertampal pada muka depan planner, dilirik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stick note yang bertampal pada muka depan planner, dilirik. Tiga task yang bertulis dengan pen hitam di atasnya dah digaris memanjang setiap satu, tanda kerja untuk task tersebut dah selesai.

Sara menggeliat dengan kedua tangan diangkat ke udara. Melentik pinggangnya ke belakang dengan suara erangan memecah hening. Lenguh selepas hampir dua jam straight duduk menghadap PC.

Pandangannya kemudian melingas, memerhati ruang kubikel untuk budak design itu. Hampir semua meja kosong tak berorang. Hanya ada Hanim dan Zikri yang masih sibuk dengan kerja masing-masing.

Sara kemudian bangkit. Mug yang tadi berisi Horlicks 3 in 1, dicapai dan kakinya dihalakan menuju ke pantri. Mug tadi dibasuh dan diletak semula ke tempat asal. Peti ais pula dibuka mengeluarkan air mineral botol kecil yang belum terusik.

Sambil meneguk air menuruni rengkung, Sara menjeling jam dinding yang bersangkut. 10 minit sebelum pukul lapan setengah. Bibirnya tercebik kecil, hari ni kerja dia siap awal dari biasanya.

Kerusi di meja makan yang disediakan di situ, ditarik dan dia melabuhkan duduk. Sebelah tangan memegang botol air mineral dan sebelah tangan lagi sibuk memeriksa notifikasi yang masuk ke dalam telefon.

Tak ada yang penting selain balasan chat dari Fahin yang kawan baik dia itu dah siap masak makan malam untuk Sara sekali dan pesanan dari Hawa yang memaklumkan dia dah balik ke rumah umi dan abah.

Ah, Hawa.

Sara menegakkan duduk. Botol mineral yang baru luak suku diletak ke atas meja dan jarinya mula mencari nombor Ghaz.

Sejak kejadian kantoi semalam, Sara masih belum bercerita hal yang satu itu dekat Ghaz. Risau sangat sampai terlupa. Lebih tepat, risau sebab kepala dia mula berfikir segala kemungkinan yang bakal terjadi untuk setiap tindakan yang dia ambil.

Ni kalau Ghaz tahu, memang kena perli kena sindir sampai ke sudah.

   "Hmm?" Suara Ghaz menyapa dulu sebaik panggilan Sara berjawab.

  "Awak sibuk ke?" Jawapan sepatah ala intro lagu Deen Assalam tu menyakitkan hati je nak didengar. Tak ada ayat panjang sikit ke nak cakap? Sara merungut dalam hati.

   "Tak sibuk sangat, tengah siapkan kerja sikit. Kenapa?" Ghaz membalas.

   "Tak apalah kalau awak tengah buat kerja, siapkan la kerja awak tu dulu. Nanti saya call balik." Serba salah sekejap. Nampaknya Ghaz betul tengah busy.

    "Kau dekat office lagi ke?"

   "Ha'ah, dah nak balik dah pun, saja call awak." Aiseh, bunyi macam bercinta sungguh je bagi ayat macam tu.

Sara IsabellaWhere stories live. Discover now