Prolog

66 13 0
                                    

"Maaf Daisy, awak terpaksa buat balik design process ni. Sebab klien kita kurang berpuas hati dengan design awak kali ini." Ketua Kim meletakkan kertas kerja bagi projek pertunjukkan musim bunga.

Daisy menghela nafas panjang. Dia tidak mengerti, design sudahpun mengikut spesifikasi yang diinginkan klien, dia juga sudahpun melihat dan merujuk kertas kerja tahun lalu akan pertunjukkan musim bunga ini.

"Tapi puan, bukan ini kah yang mereka mahu? " Daisy memandang muka Ketua Kim dengan wajah kasihan. Bukan kenapa, dia sudahpun menyumbangkan waktu yang lumayan lama untuk melakukan rujukan, ulang kali mendesign namun tetap juga ditolak.

"Daisy, saya tahu kamu designer terbaik yang saya pernah ada selama ini. Kerja-kerja kamu sentiasa cemerlang, tapi sejak kebelakangan ini kamu tidak seperti selalu. Andai kamu tidak mampu dengan projek ini, saya akan tukarkan designer lain untuk gantikan kamu bagi pertunjukkan ini."

"Kalau ada apa-apa masalah, feel free to call me okay? I always there okay. Btw, saya dah lorekkan dan conteng sedikit perubahan dan pengubahsuaian yang perlu dibuat. Rujuklah, dan tenangkanlah fikiran awak Daisy." Ucap Ketua Kim sambil menepuk bahu Daisy kemudian berlalu pergi menuju ke ruang kerjanya.

Daisy menolak kertas-kertas kerjanya ke tepi meja. Hatinya tawar untuk terus melakukan projek ini. Dia sendiri sedar, beberapa hari ini dia terasa sepi. Luka lama kembali terusik, hati yang keras membatu kembali mencair. Tidur yang nyenyak sudah lama tidak dinikmati. Derianya menjadi kabur, waktu tetap berjalan namun dia masih rasa berada di takuk yang sama.

Dia suka akan kerjanya. Warna musim semi, pakaian bewarna lembut digayakan oleh model yang cantik bak bidadari. Dan projek ini sudah menjadi idamannya sepanjang dia bekerja di firma ini. Namun, kenapa masalah ini muncul ketika impiannya datang menghampiri?

Daisy menghempaskan tubuhnya ke kerusi empuk di ruang kerjanya. Fikirannya menerawang terbang entah kemana. Memori lama semakin liar mengasak benaknya. Dia ingin muntah, memori itu terlalu memualkan. Dia melirik ke arah kertas kerjanya yang dikirim Ketua Kim sebentar tadi. Diambil lalu disimpan di beg galasnya. Kemudian, dia membuka layar komputernya, jarinya laju menaip butir-butir perkataan.

"Surat Permohonan Cuti"

Dia terpaksa melakukan ini. Fikiran sesak tidak mampu membantunya bekerja. Berehat selama 2 hari mungkin dapat membantunya. Dia harus membebaskan beban fikirannya secepat mungkin agar pekerjaannya dapat dijalankan.

Dia mahu berpetualang di sekitar kawasan berbunga di musim semi ini. Mencari inspirasi sambil-sambil menenangkan fikirannya. Sementara jarinya terus menaip, hatinya tidak berhenti berdoa agar Ketua Kim meluluskan permohonannya.

Selepas surat tersebut diprint, Daisy melipat kemas dan dimasukkan ke dalam sampul. Lalu bingkas bangun dan berjalan menuju ke ruangan Ketua Kim.

*bunyi ketukan pintu

"Masuk"

--------

Tiupan angin di musim semi menghembus lembut, suara kanak-kanak bermain bergema. Tidak kurang juga pasangan bahagia berpegang tangan berjalan sambil melihat pemandangan indah yang dihiasi warna warni bunga-bunga yang mekar.

Daisy lega apabila Ketua Kim meluluskan cuti 2 harinya itu, namun sekembalinya dia ke pejabat dia harus sudah teruskan dengan idea baru bagi projek itu.

Dia bersandar di bangku lalu menutup matanya. Ingin dia meresap dan bersatu dengan angin petang itu, melayang-layang di atmosfera tanpa sebarang beban yang perlu dipikul. Dia sudah terlalu muak dengan dunia kedewasaan yang menyesakkan ini.

Daisy melirik ke jam tangannya, jam menunjukkan pukul 5 petang. Sudah sampai waktunya dia perlu bergerak pulang dan masak makanan untuk malam nanti. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia duduk di taman ini sehingga matahari terbenam namun dia tidak berani untuk pulang ke rumah selepas atmosfera menjadi gelap.

Daisy melangkah perlahan menuju ke keretanya yang diparkir agak jauh daripada taman itu, sengaja dilakukan begitu agar dia boleh menenangkan fikirannya serba sedikit ketika berjalan.

Di sebelah kanannya, kereta silih berganti berlalu. Jam sebegini menjadi waktu puncak bagi kenderaan bertebaran di jalan raya. Setiap orang mempunyai alasan yang berbeza untuk menjalani hidup ini. Dan walau apa pun tujuannya, kekuatan adalah perlu untuk menjalani hari-hari yang penuh dengan onak dan duri.

Di sebelah kirinya, kedai2 masih sibuk dengan orang yang datang dan pergi. Bangunan dengan seni bina klasik, tampak seperti bangunan lama namun masih indah berdiri teguh di atas bumi.

Sedang dia asyik melayan jiwa melankoliknya di petang itu, rintik hujan tiba-tiba jatuh ke pipinya. Daisy terkejut, dia tidak membawa payungnya hari itu. Dan waktu petang dengan sinar mentari yang masih menyinari ini, tidak diduga hujan akan turun tika itu.

Dia berlari-lari anak ke arah keretanya, masih jauh. Dan akhirnya dia pasrah membiarkan rintik hujan menerpa wajahnya, biarlah hujan ini membasuh beban fikirannya. Membawa pergi gusar gelisahnya pergi.

Sedang Daisy berjalan, perhatiannya tertarik ke arah sebuah kedai bunga. Minimalis dengan bermacam jenis bunga terletak di hadapan kedai. Pelbagai warna dan pelbagai rupa indah-indah semuanya. Terhibur hatinya melihat bunga-bunga itu.

Terlihat sebuah susuk yang gigih mengalihkan bunga-bunga itu masuk ke dalam kedai. Orangnya tinggi, berambut cerah, kurus juga orangnya. Daisy tanpa sengaja terdengar perbualan si dia. Yang lucunya, orang itu berbicara dengan bunga-bunga yang dipegangnya.

"Jangan risau ya, papa bawak masuk ke dalam kedai ya. Dekat dalam tak basah, kesian duduk dekat luar nanti basah." Dia tersenyum sambil mengusap kelopak bunga yang ada di bakul. Tingkahnya lucu tidak padan dengan fizikalnya yang tinggi melampai. Di belakangnya terdapat seseorang mungkin pekerja disitu juga, berambut hitam lurus tetapi tubuhnya sedikit sasa berbanding yang di depan.
"YAH JISUNG CEPAT LAH!"

Indahnya, bekerja dengan gembira seperti itu. Daisy melihat tingkah mereka disitu, namun si berambut hitam perasan akan mereka diperhatikan dan menepuk bahu si tinggi.

"CIK, MAAF YA KALAU NAK BELI BUNGA! KAMI DAH NAK TUTUP KEDAI, DAH HUJAN NI! ESOK DATANG LAH!" jerit si rambut hitam dan berlari masuk ke dalam kedai.

Daisy membuat isyarat okay dan tertawa sambil memulakan langkahnya yang terhenti tadi.
Si tinggi mengikut langkah si rambut hitam menuju kedalam kedai, namun langkahnya terhenti di hadapan pintu. Si tinggi berpaling ke arah Daisy yang berjalan di hadapannya.

"Cik." Sapanya.

Daisy berpaling.

"Ambillah ini, dan senyumlah. Semoga hari mu indah." Si tinggi mengambil sekuntum bunga mawar berwarna merah jambu lembut lalu dihulur ke Daisy. Daisy menyambutnya dengan ucapan terima kasih.

"Dalam bahasa bunga, mawar merah jambu bermaksud kebahagiaan." Kemudian si tinggi berlalu pergi dengan tersipu malu.

Daisy tersenyum dan melihat bunga yang diberikan sebentar tadi. Cantik. Seperti maknanya.

Daisy meneruskan langkahnya ke parkir, namun kali ini air matanya mengalir. Ucapan daripada si tinggi sebentar tadi mengusik hatinya. Akhirnya air mata meluncur tanpa ada halangan, pedih di hatinya luluh begitu sahaja. Sudah lama dia menahan sakit ini, akhirnya ia keluar juga.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now