VIII.

26 8 0
                                    

Noona datang tak hari ini?

Jisung menekan butang hantar dan meletakkan telefonnya di dalam poket. Dia kembali menyapu sisa-sisa daun yang bertaburan di lantai selepas menyiapkan tempahan daripada pelanggan.

Genap 3 minggu Daisy melanggan bunga dia kedainya. Dan sepanjang 3 minggu itu juga mereka menjadi semakin rapat. Buktinya?

Mereka sudahpun selesa untuk berbual di ruangan chat. Jisung dan Jeno masih lagi memerhati kejanggalan yang ada pada Daisy. Sehingga ke hari ini, mereka masih lagi belum menemukan apa-apa.

Daisy juga semakin sibuk dengan kerjanya. Beberapa hari lepas Jisung terpaksa menghantar bunga ke rumah Daisy dan meletakkannya di hadapan pintu disebabkan Daisy kerap pulang lewat.

Ding.

Bunyi notifikasi menghentikan Jisung yang sedang menyapu.

Dia menyeluk poket apronnya lalu membuka layar telefon.

Mesejnya dibalas oleh Daisy.

Maaf Jisung nampaknya hari ini pun Noona tak dapat ambil bunga. Kami kena stay dekat office sampai pagi untuk edit majalah huhuㅠㅠ

Jisung sedikit hampa kerana sudah beberapa hari dia tak berjumpa Daisy.

Jeno mengintai layar skrin telefon Jisung dan membaca mesej yang dihantar Daisy.

"Saudaraku, bertabah lah. Susah betul nak tengok crush sendiri." Dia menepuk bahu Jisung lalu bergerak keluar dari kedai untuk pergi menghantar tempahan.

Jisung mengeluh.

Jadi hari ni punya macam mana? Saya dah siapkan.

Ding.

Hantar je lah ke office saya. Jap saya sendkan sekali location.

Terbeliak mata Jisung apabila membaca mesej tersebut. Dia segan untuk bergerak ke sana. Dia sudahpun biasa menghantar tempahan bunga namun kali ini berbeza.

Dan tak lama kemudian Daisy menghantar lokasi pejabatnya.

"Aduh, macam mana." Jisung meraup-raup wajahnya.

Jisung meletakkan kepalanya di meja kerjanya, dia membelek-belek jambangan bunga yang sudah disiapkan. Dia terpaksa menunggu Jeno yang menghantar tempahan untuk pulang.

Walhal dia boleh sahaja untuk menyuruh Jeno untuk menghantarkan bunga tersebut terus kepada Daisy. Tapi, siapa yang tak nak tengok muka crush sendiri kan?

Jadi dia mengambil keputusan untuk menutup sementara kedai untuk menghantar bunga kepada Daisy. Jisung mengambil sekeping kertas lalu mencoret mesej bahawa kedai mereka tutup untuk berehat sehingga jam 2.30 petang.

Dia berjalan semula untuk mengambil pita pelekat, tak lama kemudian Jeno pulang. Dia melihat Jisung yang sedang mengambil pita pelekat.

"Kau nak lekat apa?" Keningnya terangkat sebelah.

Jisung menerangkan situasi yang berlaku dan Jeno hanya mampu mengangguk faham.

"Tapi tak pelik ke kita berdua sweet-sweet naik skuter sama-sama. Dah lah hantar bunga." Jeno terkekek.

Jisung membuka apronnya lalu menyarungkan jaket hitamnya. Dia merapikan pakaian agar terlihat kemas. Lalu mengambil bunga yang harus dihantar secara khas oleh dia sendiri.

Sebelum bergerak dia menulis memo kecil lalu menyelitkannya di jambangan bunga tersebut. Biarpun tindakan yang kecil siapa tahu mampu memberikan impak yang besar?

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now