IV.

30 8 0
                                    

"Mula-mula, noona kena baca buku ni dulu." 2 buah buku diletakkan atas meja. Agak tebal, namun apabila diselak-selak ternyata hanya gambar dan penerangan ringkas yang ada.

"Masa mula-mula saya kendalikan kedai ni, mama saya suruh baca buku ni juga untuk mudahkan faham fungsi dan juga flower language. Jadi saya rasa dua buku ni yang mudah untuk buat noona faham. Feel free untuk jalan-jalan dan tengok bunga yang sebenar." Kata Jisung.

"Kalau nak kitorang tolong, just panggil je kitorang." Celah Jeno sambil dia memindahkan beberapa bekas bunga ke hadapan kaunter.

Daisy mengangguk lalu meneliti kulit buku itu. Agak usang, barangkali sudah turun temurun bukunya.

Daisy tekun meneliti setiap gambar bunga dan juga catatan kecil di setiap muka surat. Khusyuk sekali sampai tidak bergerak.

Pelanggan juga datang dan pergi ke kedai bunga DREAM. Jisung dan Jeno bergilir-gilir bertanya keadaan Daisy disebabkan dia diam tidak berbicara ataupun bertanya apa-apa.

Buku nota kecilnya yang kosong, sedikit demi sedikit menjadi penuh. Muka surat demi muka surat. Idea yang dijananya sedikit sebanyak dapat membantunya sewaktu mereka bentuk muka depan dan keseluruhan majalah itu nanti.

Matahari sudahpun tergelincir di ufuk barat, hampir masuk ke waktu petang. Hampir setengah hari Daisy di situ. Dia menggeliat untuk meluruskan tulang belakang dan sendi-sendinya yang kebas akibat terlalu lama duduk.

Jisung dan Jeno di meja kerja berhadapan kaunter untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Waktu makan tengah hari sudah lama berlalu namun mereka berdua masih lagi tidak bergerak menyiapkan tempahan.

"Korang berdua tak makan ke?" Tegur Daisy.

Kedua-duanya berpaling melihat Daisy yang sedang mengemas tempatnya.

"Lapar, tapi kami malas nak keluar beli makanan." Jawab Jisung.

"Nak order pun tak tahu nak makan apa." Sambung Jeno.

"Kalau macam tu, saya belikan lah." Daisy bangun lalu bergerak ke pintu.

"Eh Daisy noona tak payah lah susah-susah. Kitorang dah biasa macam ni."  Halang Jisung.

"Jangan lah macam tu, korang dah tolong saya, biar saya tolong awak serba sikit okay? Saya belikan makanan dekat area rumah saya sebab saya nak balik sekejap ambil charger kamera saya." Tanpa bercakap banyak pintu kedai dikuak dan Daisy berjalan keluar.

Jisung dan Jeno berpandangan antara satu sama lain kemudian menyambung kerja mereka.

Jisung tersengih sendirian sambil menyiapkan tempahan pelanggannya.  Jeno yang sedar akan perubahan Jisung berhenti seketika daripada kerjanya dan memerhatikan sepupunya itu.

Dalam fikirannya sama ada Jisung sedang gembira kerana tempahan yang perlu mereka siapkan adalah dalam kuantiti yang banyak, tandanya kedai mereka semakin dikenali ataupun kerana kehadiran Daisy ke kedai mereka.

"Oi, asal sengih-sengih. Gila ke?" Jeno melemparkan kelopak bunga ke muka Jisung lalu bangun untuk mengambil bekalan pembalut bunga dan riben yang berlainan warna.

"Kenapa pulak?" Soal Jisung ringkas sementara matanya melekat ke bunga-bunga yang disusunnya.

Jeno melekapkan tangan kanannya ke dahi Jisung kemudian melekapkan tangan kiri di dahinya.

"Yep tak demam." Jeno kembali duduk dan mengeluarkan riben berwarna biru daripada kotak.

"Yah, hyung. Kenapa?" Jisung semakin tidak tenteram dengan tingkah Jeno yang agak menggangunya.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now