XXI.

17 6 0
                                    

"Awaknya, bunga tadi tu dah cantik kenapa ubah susunannya. Kan dah berterabur tu lah bila saya ajak awak tolong saya dekat kedai dulu awak mengelak. Haih kan saya kena susun balik. Awak pergi keluarkan bekas makanan sana."

Daisy membuka matanya perlahan-lahan apabila mendengar bunyi orang bercakap di dalam wadnya.

Hari ini sudah genap seminggu dia sedarkan diri. Seminggu lalu ketika Jisung menjaganya, dia mula menyedarkan diri daripada lenanya yang panjang. Seluruh tubuhnya terasa lenguh akibat terlantar di katil terbaring tanpa berbuat apa-apa.

Walaupun masih sakit, dia sudah rimas duduk dan baring tanpa berbuat apa-apa.

Suara-suara itu seakan bergaduh. Dalam hatinya takkan ketua Kim bergaduh dengan Jisung.

Dalam keadaan separuh sedar dia memanggil nama Jisung.

"Jisung ah, kenapa bergaduh ni?" Apabila dia memanggil nama Jisung, dia terlihat kelibat yang datang menghampirinya. Daisy hairan kenapa rambut Jisung sudah tumbuh panjang, walhal semalam rambutnya masih pendek.

"Jisung, kenapa rambut awak dah panjang. Kenapa warna coklat pekat pula, bukan semalam masih oren ke?" Kelibat yang baru sahaja menghampirinya itu tertawa.

"Alamak, ada orang tu panggil kita Jisung."

Suara wanita dan bukannya suara Jisung.

Daisy menggosok-gosok matanya.

Dihadapannya kini wanita yang berwajah persis seperti Jisung namun rambutnya panjang separas bahu berwarna coklat gelap.

Dia tersenyum apabila melihat Daisy yang terbangun.

"Daisy? Maaf ya makcik dengan pakcik bertekak tadi. Kami ganggu kamu tidur ya?" Ibu Jisung duduk di sebelahnya.
Dia mengusap rambut Daisy sambil tersenyum.

Sudah lama dia tidak berjumpa ibu Jisung. Sebelum ini dia pernah bertemu dengan ibunya beberapa kali, ibu Jisung orangnya ramah dan lembut. Berbeza dengan sosok ibu yang ada di dalam ingatannya.

Daisy cuba untuk duduk namun ditegah oleh ibu Jisung.

"Tak payah bangun, tak apa jangan paksa diri. Kesian kamu sakit, kita berborak dengan keadaan awak baring sahaja ya?" Dia menyuruh Daisy untuk berbaring kembali.

Ibu Jisung mengurut-urut tangan kirinya, kebelakangan ini tangan kirinya terasa lenguh jadi urutan itu melegakan rasa lenguhnya.

Tangan ibu Jisung terasa amat lembut dan hangat. Sama seperti tangan Jisung.

"Masih sakit?" Daisy menggeleng.

"Cuma badan saya lenguh sebab baring lama sangat." Ibunya tersenyum sambil tangannya masih lagi mengurut-urut Daisy.

"Daisy lapar? Makcik ada bawa bubur. Sebelum datang tadi makcik ada tanya Jisung makanan apa yang awak tak boleh makan. Jadi makcik masak seringkas mungkin." Ibu Jisung bangun lalu bergerak ke meja di penjuru wad.

Daisy cuba untuk duduk, tanpa bantuan daripada orang lain dia masih susah untuk terduduk. Terkial-kial cuba untuk terduduk. Kemudian dia dibantu oleh ayah Jisung. Entah bila ayah Jisung muncul. Dia meletakkan bantal di belakang Daisy, membetulkan bantal tersebut untuk keselesaan Daisy. Setelah memastikan Daisy benar-benar selesa, barulah ayah Jisung duduk di sampingnya.

Orangnya tidak banyak bicara tetapi amat peka. Ayah Jisung memerhatikan setiap tiub dan wayar yang berselirat di sekeliling Daisy. Dia mengambil tangan Daisy lalu melihat tiub yang disambungkan di tangannya.

"Mesti sakit kan." Katanya. Matanya sayu melihat tiub di tangan Daisy.

Tidak lama kemudian ibu Jisung kembali dengan membawa semangkuk bubur hangat. Dia meniup bubur tersebut sehingga benar-benar sejuk lalu menyuapkannya ke mulut Daisy.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now