XI.

18 7 0
                                    

"Saya sebenarnya, tak tahu lah. Macam mana ya, saya ada parents. Biologically. Tapi saya tak pernah anggap mereka wujud." Daisy bersandar di bangku, melepaskan bebannya sedikit demi sedikit. Mungkin dengan melepaskannya dia mampu memperoleh kekuatannya kembali.

Jisung membetulkan kedudukannya, dia memasang telinga sepenuhnya mendengar luahan Daisy. Di dalam mindanya, penuh asakan dengan pelbagai soalan, perasaannya ingin tahu semakin membuak. Namun ketika ini, adalah penting untuk membiarkan Daisy membuka sendiri ceritanya. Dia tidak mahu soalannya nanti akan lebih menyakitkan Daisy.

"Jisung ah, saya ada mak. Saya ada ayah. Tapi kedua-duanya dirampas pergi. Saya ditinggalkan dengan nenek di sebelah ibu. Nenek yang jaga saya. Nenek yang sayang saya. Dia yang sambut setiap hari lahir saya. Dia juga yang datang ke hari graduasi saya. Sedangkan kedua ibu bapa saya tidak buat apa-apa." Daisy tertunduk, dia cuba untuk tidak menangis lagi kali ini.

"Mak dan ayah saya bercerai semasa saya kecil. Kemudian, ibu saya berkahwin dengan seorang rakan sekerjanya. Hasilnya saya ada seorang adik perempuan. Seperti yang awak tahu sebentar tadi." Daisy memandang sayu ke arah Jisung. Jisung mengusap-usap belakang Daisy. Cuba untuk menenangkan Daisy yang kelihatan ingin menangis lagi.

"Ayah saya pula sama sahaja. Lagi hebatnya sebulan lepas bercerai dengan ibu, dia terus kahwin dan tak sampai beberapa bulan dia ada anak lelaki. Kelakar kan? Rupa-rupanya mereka bercerai sebab ayah ada perempuan simpanan." Daisy tertawa kecil bila memikirkan kebodohan masa lalu oleh ayahnya. Ya, baginya tindakan yang dilakukan ayahnya itu terlalu bodoh. Mengorbankan kebahagiaan sedia ada kerana dambaan cinta orang asing.

"Saya? Yang menjadi mangsa ego mereka, ditendang ke kiri dan ke kanan. Bila pulang ke rumah ibu, dia suruh saya ke rumah ayah. Bila pulang ke rumah ayah, dia suruh saya pulang ke rumah ibu. Akhirnya nenek yang bela saya, jaga saya. Berikan saya kebahagiaan.

Dan akhirnya, nenek pergi sebelum melihat saya berjaya.Daisy menyeka air matanya. Dia merindui neneknya. Sangat.

"Bila saya rasa hidup saya sudah tenang apabila mula berdikari, bekerja, ada rumah sendiri, beli apa yang saya mahu. Saya sunyi. Saya kurang satu benda yang saya inginkan. Saya nak disayangi. Andainya duit yang saya jana sekarang mampu beli kasih sayang ibu saya, kasih sayang ayah saya dan masa mereka untuk saya. Saya sanggup. Tapi apakan daya, duit tak mampu beli kebahagiaan.

Sebab itu, saya janji dengan diri sendiri. Saya kukuhkan ekonomi saya, cari lelaki yang sayang saya, dan bina keluarga yang saya dapat memberi dan menerima kasih sayang." Jisung terasa hatinya sakit apabila mendengar apa yang diluah oleh Daisy. Dia tidak mampu bayangkan rasa sunyi dan kesedihan yang dialami oleh Daisy sebab sepanjang dia membesar dia dikelilingi oleh ibu bapa yang baik dan juga sepupunya, Jeno yang sudahpun seperti abangnya sendiri. Jisung amat bersimpati dengan nasib Daisy.

"Maaf kalau soalan ni agak sensitif. Saya nak tanya adakah bunga-bunga yang awak beli tu, untuk bantu awak lupakan masalah awak?" Jisung ingin memancing jawapan. Dia ingin tahu apa kaitan panggilan telefon yang berterusan oleh ayahnya, dan kehadiran ibunya yang merayu untuk datang ke acara graduasi adiknya. Dia menyusun soalan yang berlapik dan berhati-hati.

Tak lama kemudian Daisy mengangguk.

Jisung terdiam.

"Ke... kenapa?" Tanya Jisung teragak-agak.

"Semenjak saya berjumpa dengan ibu saya beberapa waktu lalu, hidup saya mula menjadi tunggang terbalik. Semuanya datang sekelip kata. Kehidupan damai yang saya dah biasa jalani terasa seperti satu beban. Ibu saya datang merayu untuk datang ke hari graduasi adik saya. Dan saya tahu betapa adik saya tak suka dengan saya. Pernah saya tinggal dengan mereka sebentar, mereka layan saya seperti orang asing. Ibu saya yang dahulunya memanggil saya, Daisy kesayang ibu, Daisy anak perempuanku dengan kasih sayang di matanya sekarang memandang saya sebagai orang asing, tiada sentuhan sayang daripadanya. Dan kalau saya pergi ke hari graduasi adik saya, awak rasa apa akan berlaku? Sudah pasti saya akan lihat mereka bahagia dan seolah-olah mengejek saya."

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Onde histórias criam vida. Descubra agora