XVIII.

19 7 0
                                    

"Betul ayah awak cakap macam tu?" Ketua Kim menghentak meja. Dia terlalu geram mendengar cerita Daisy tentang perkara yang berlaku antara dia dan ayahnya.

Seisi cafe memandang mereka, Daisy menyuruh Ketua Kim untuk bertenang.

"Bila benda ni jadi?" Soalnya, mata Ketua Kim menjadi merah menahan marah. Andainya dia tidak menyuruh Ketua Kim bertenang maunya dia mencari ayahnya dan bertumbuk dengannya.

"Beberapa hari lepas."

"BEBERAPA HARI LEPAS DAN KAU TAK CAKAP APA-APA TENTANG NI?" Ketua Kim ingin menghentak meja sekali lagi namun ditahan oleh Daisy. Dia memandang sekeliling kafe, orang-orang masih melihat ke arahnya.

"Unnie bertenang okay?" Ketua Kim mencicipi airnya untuk menyejukkan hatinya yang semakin membara.

Dia mengambil nafas sedalam mungkin beberapa kali. Ketua Kim cuba untuk menjadi rasional semula dan tidak berfikir dengan emosi kerana berfikir dengan emosi hanya akan memburukkan keadaan.

"Jadi kau ke yang jawab panggilan tu?" Daisy menggeleng. Ketua Kim hairan, jika bukan Daisy yang mengangkat panggilan habis siapa?

"Teman lelaki saya." Ketua Kim memegang kepalanya, dia cuba memproses sebaik mungkin info yang dia peroleh hari ini.

Emosinya tunggang terbalik, maklumat yang diterimanya membuatkan dia sakit kepala. Terlalu banyak kejutan untuknya.

"Bila?"

"Dah lama." Ketua Kim memicit kepala mendengar jawapan Daisy.

"Kenapa tak beritahu saya." Dia memegang tangan Daisy. Matanya kini bertaut dengan mata Daisy.

"Saya takut unnie marah." Ketua Kim tertawa dengan jawapan Daisy. Andainya lelaki tersebut adalah lelaki yang suka mengambil kesempatan sudah pasti dia akan marah, andainya lelaki yang baik siapa yang mahu marah?

Sesampainya di pejabat, Ketua Kim tersandar di kerusi empuknya. Dia memutarkan kerusi beberapa putaran, dia cuba untuk menghadam hakikat bahawa Daisy sudah mula untuk membuka dirinya menerima kasih sayang daripada orang luar.

Terdetik dalam hatinya untuk mengenali lelaki yang berjaya menambat hati Daisy. Tiba-tiba terdetik hatinya tentang lelaki mimpi yang diceritakan Daisy tidak lama dahulu.
Takkan dia berjumpa dan akhirnya bercinta dengan lelaki tersebut.

Semakin difikirkan Ketua Kim semakin penat. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk." Ketua Kim membetulkan gaya duduknya. Si gadis intern datang untuk menghantar laporan harian untuk kegunaan internshipnya. Ketua Kim menyemak laporan satu persatu, si gadis intern setia menunggu di mejanya.

Ketua Kim membuka cermin matanya lalu diletakkan di atas meja. Dia menghulurkan laporan tersebut kepada si intern dan memuji laporannya.

Apabila si intern ingin melangkah keluar, Ketua Kim memanggilnya. Si intern berpaling.

"Hey, sini sekejap." Si gadis intern akur mengikut arahan bosnya itu. Dan duduk di hadapan ketua kim.

"Awak tahu tentang boyfriend Daisy tak, sebab yelah kebelakangan ni awak nampak akrab dengan Daisy mana lah tahu awak tahu sesuatu yang saya tak tahu." Si gadis intern memandang ke kiri kemudian ke kanan, apabila dirasakan selamat dia berbisik kepada ketua kim.

"Tau, Daisy unnie tengah date dengan oppa comel kedai bunga. Orangnya tinggi, muka polos tapi orangnya baikkkk sangat bos." Si intern membuat thumbs up.

Ketua Kim mengangguk. Dia ingin personally berjumpa dengan teman lelaki Daisy.

"Boleh send saya location?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now