XIX.

17 6 0
                                    

"Selamat pagi makcik." Jeno menyapa ibu Jisung yang sedang menyediakan sarapan.

"Ah, Jeno dan sarapan ke?" Jeno menggeleng.

"Nanti ajak Jisung makan sekali ya, nanti tak larat pulak nak bawak kereta budak bertuah tu." Jeno terkekek apabila mendengar sindiran ibu Jisung. Sepupunya itu kalau tak sarapan memang dah macam zombie rupanya.

Jeno menaiki tangga menuju ke bilik Jisung. Sebaik membuka sahaja pintu, terlihat Jisung yang sedang membelek buku memandu tanpa melihatnya langsung walaupunnya sekilas.

"Sudah-sudah lah, ujian online haritu kau luluskan. Ni tinggal ujian praktikal . Okay je, jangan kau gelabah sangat udah lah." Jeno melompat ke atas katil Jisung. Jisung bangun dan menyepak kaki  Jeno menyuruhnya untuk bangun.

"Aku baru kemas kau dah sepahkan balik ish." Jeno bangun dan membantu Jisung membetulkan cadar katilnya.

"Kau beritahu Daisy tak?" Jisung tersengih kemudian menggeleng. Dia berhasrat untuk membiarkan ujian ini sebagai kejutan.

"Ohooo, sweet betul lah Park Jisung kita ni. Main kejutan hehhh." Jeno meletakkan tangannya di bahu kemudian mencubit pipi Jisung.
Mereka bergelak tawa sambil menuruni tangga.

"Balik nak aku ambil tak?" Jisung menggeleng.

"Aku naik bas je, sebab nak singgah kedai kejap. Sebab noona tak tahu kita cuti kan." Jeno mengiyakan apa yang dikatakan oleh Jisung. Tak pasal-pasal Daisy menunggu di depan pintu tanpa tahu mereka cuti hari ini.

"Nanti dah lulus, beritahu aku tau."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jisung mengurut dadanya, dia cuba untuk bertenang. Terdapat beberapa orang calon yang bersama dengannya di dalam bilik menunggu. Sebentar lagi gilirannya untuk ujian praktikal.

Dia berdoa agak dia boleh lulus dengan ujian kali ini.

"Park Jisung, sila ke stesen 1." Jisung bingkas bangun apabila namanya dipanggil.

Semoga segalanya berjalan lancar, demi lesen!




Sudah hampir 3 jam Jisung menunggu keputusan daripada ujiannya sebentar tadi. Dia berasa sangat gugup, entah dia lulus ataupun tidak ujian praktikal ini. Kerana dipengalamannya yang lepas, dia gagal kerana masalah gugupnya yang tak terkawal. Kali ini dia masih gugup tapi dia cuba mengawalnya sebaik mungkin.

Sedang dia bermain dengan telefon bimbitnya, seorang pegawai menghampirinya dengan membawa sebuah file.

"Park Jisung?" Jisung mendongak melihat seorang pegawai yang segak beruniform menghulurkan sebuah file kepadanya.

"Tahniah, anda lulus. Nanti pergi ke l kaunter sana untuk urusan selanjutnya ya." Jisung tersenyum lebar, akhirnya dia lulus.

Tangannya laju mendail nombor Jeno.

Dia menunggu sepupunya itu untuk menjawab panggilan.

"Hello." Suara serak Jeno terdengar di talian.

"WEH AKU LULUS!" Jisung cuba menahan kegembiraannya.

"WEH TAHNIAH WEH, AKHIRNYA AKU BOLEH PENCEN DARIPADA JADI DRIVER KAU!"

"Jahatnya kau tak sayang aku dah ke?" Jisung membuat suara seakan merajuk.

"Eh gurau lah! Balik nanti aku datang rumah kau. Kita raikan!" Suara Jeno juga terdengar riang di sebelah sana.

Jisung berjalan dengan gembira menuju ke kaunter yang dimaksudkan oleh pegawai tadi. Dalam hatinya, dia tidak sabar untuk memberitahu berita gembira ini kepada Daisy.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now