XX.

23 6 0
                                    

Hari ini genap seminggu Daisy terlantar di hospital. Seminggu ini jugalah Jisung tidak mendengarkan gelak tawa dan keluhannya.

Jisung menggantikan bunga-bunga yang hampir layu di beberapa buah pasu di dalam wad.

Pasu berisi mawar merah jambu diletakkan di meja berhampiran katil Daisy.

"Semoga hari noona tetap indah walaupun sekarang noona mungkin sedang berjalan-jalan di tempat yang saya pun tak dapat bayangkan." Jisung memandang lembut ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku dengan wayar yang berselirat di sekelilingnya.

Wajahnya terlihat tenang, seakan sedang bermimpi indah di dalam lenanya.

Flashback.

"Kemungkinan untuk Daisy sedar dalam masa terdekat agak rendah sebab kecederaan teruk dekat kepala. Dan beberapa tulang dia pun patah. Mungkin kalau dia sedar pun, dia ambil masa nak berjalan macam normal."

Jisung berpaling melihat Daisy yang sedang terbaring di katilnya. Terlihat kesan darah yang menembusi kain yang membaluti lukanya.

Hatinya hancur apabila melihat Daisy yang selalunya sihat dan ceria tiba-tiba terbaring kaku tanpa suara.

Jeno menenangkan Jisung yang sedang gundah melihat keadaan insan yang paling dicintai itu.

"Jisung, saya akan bergilir dengan awak jaga Daisy. Selagi ada kerja yang boleh saya siapkan di sini saya akan buat sambil temankan dia. Saya tahu komitmen awak dan kedai awak lagi."

Jisung ingin menemani Daisy sepanjang hari. Dia takut andainya jika sesuatu yang tidak diingini terjadi ketika dia tiada di sisinya. Wajahnya tertulis seribu jenis kerisauan dan ketua Kim menyedarinya.

Dia memegang bahu Jisung. Matanya merenung tepat ke arah mata orang yang paling di dalam hidup Daisy itu.

"Percayakan Daisy. Dia akan kembali kepada kita." Jisung mengangguk, kemudian dia berpaling melihat Daisy yang sedang terlena tidak sedarkan diri.

Tamat

Jisung menarik langsir, membiarkan cahaya matahari menyinari bilik Daisy. Semoga sinaran mentari ini akan membuatkan Daisy sedar akan keindahan sinaran mentari yang sering dia lihat bersamanya.

Dia merenung ke arah luar tingkap, di laman hospital kelihatan beberapa orang pesakit sedang berbual mesra bersama keluarga mereka. Ada juga jururawat yang sedang menyorong kerusi roda membawa pesakit mereka melihat alam setelah lelah terduduk di dalam wad yang kosong dengan dinding putih.

Selepas dia mengemas wad yang didiami Daisy itu, dia melihat jam tangannya. Waktu jam makan tengah hari hampir berakhir.

Jisung menarik kerusi di sebelah Daisy lalu terduduk. Dia mengelus lembut rambut Daisy yang terjatuh di atas pipinya.

"Ah, rasanya calar ni akan berparut. Takpe, Daisy tetap cantik." Jisung memegang pipi Daisy yang calar akibat tergores di jalan tar.

Hari-harinya kini diselubungi rasa takut yang tidak mampu digambarkan. Tidurnya tidak selena dahulu, Daisy sentiasa di dalam fikiran. Dia takut andainya dia mimpikan Daisy, esoknya Daisy akan meninggalkan dia. Jadi, dia menjadi lelah akibat terlalu takut untuk terlena.

Jisung juga tidak berselera untuk makan terutama di kedai. Bayangan Daisy yang menemaninya ketika makan tengah hari akan terngiang-ngiang di mindanya. Jadi, lebih baik dia menghabiskan masa rehat tengah harinya di hospital.

"Noona, hari ini ada pelanggan yang sangat cerewet datang kedai." Menjadi rutin bagi Jisung untuk menceritakan suasana kedai yang terjadi pada hari itu. Dia memegang tangan Daisy sambil mengelus lembut belakang tangannya.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now