XIII.

22 8 0
                                    

Esoknya.

Daisy datang ke kedai seperti biasa. Walaupun kontrak kerjanya di kedai tersebut sudahpun tamat semalam setelah selesai menyiapkan tempahan yang banyak, dia tetap datang ke sana.

Hal ini kerana dia berasa selesa berkawan dengan Jisung dan Jeno. Dan melihat bunga yang digubah elok oleh Jisung menjadikan harinya lebih bermakna.

Dia menolak pintu kedai, dan memerhatikan sekeliling. Kelihatan kedai agak sunyi tanpa kehadiran mereka berdua.

"Hellooooo." Panggil Daisy. Namun tiada sahutan. Akhirnya dia duduk sahaja di meja berhampiran tingkap. Mungkin mereka berdua sedang mengemas di stor.

Tak lama kemudian terdengar bunyi deruman enjin. Terlihat kelibat mereka berdua dihadapan kedai. Mungkin mereka menghantar tempahan sebentar tadi.

Jisung memegang tombol pintu. Mukanya berubah menjadi terkejut apabila melihat pintu tidak dikunci, belum sempat dia membuka topi keledar dia terus meluru masuk ke kedai.

Matanya tertumpu kepada Daisy yang sedang terduduk di meja tepi tingkap. Lega apabila Daisy yang memasuki kedai, dia membuka topi keledarnya lalu meletakkannya di bawah kaunter. Kemudian baru Jeno menyusul memasuki kedai.

"Kau tak kunci pintu ke?" Soal Jisung. Jeno terkebil-kebil yang disoal sedemikian.

"Sumpah la." Tuturnya.

"Iya, nasib noona yang pecah masuk." Jeno melihat Daisy yang sedang melambai ke arahnya.

"Tapi aku dah kunci weh tadi, kenapa pulak kau kata tak kunci." Mereka berdua berjalan ke arah pintu dan cuba menggerak-gerakkan tombol.

"Elok je ni, takde pun rosak."

"Ish, takkan lah." Gumam Jeno.

Mereka berdua bergerak meninggalkan pintu yang menjadi isu pagi itu lalu menuju ke bilik persalinan.

Beberapa minit kemudian, apron kedai sudahpun disarung mereka.

Daisy curi-curi melihat ke arah Jisung yang sedang mengemas kaunter. Dia masih lagi keliru dengan perasaannya.

Rambut Jisung yang sebelum ini bewarna terang kini semakin pudar.

Baginya, fizikal Jisung sangat boyfriendable. Orangnya tinggi, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu sasa juga, bahunya lebar tetapi wajahnya comel. Sedang Daisy khusyuk melihat Jisung nun di sudut kedai dia tidak perasan akan kehadiran Jeno yang sedang berdiri tegak di tepinya.

Jeno hanya tersengih. Dia sudah biasa menjadi saksi bisu untuk Daisy dan Jisung. Walaupun dia sudahpun mengetahui bahawa Jisung menyimpan rasa untuk Daisy namun Daisy masih lagi keliru.

Seketika Jeno terdetik ingin menjadi cupid untuk mereka berdua.

"Ish kalaulah dapat bersandar dekat bahu Jisung syoknya lahai." Sakat Jeno. Ketibaannya yang tidak disedari Daisy membuatkannya terkejut.

Secara refleks dia menyepak kaki Jeno, namun Jeno mengelak sambil berlalu pergi dengan tawa.

Daisy hairan dengan sikap Jeno yang tiba-tiba semakin kuat menyakat.

Hari ini mereka berdua kelihatan agak sibuk dengan tempahan yang perlu mereka siapkan.

Kali ini untuk acara perkahwinan.

Pelbagai warna bunga mawar memenuhi kedai pada hari ini. Stok yang baru sampai disusun sebaik mungkin supaya kedai tidak kelihatan semak.

Jisung dan Jeno bersama-sama memindahkan berbakul-bakul bunga yang dihantar sebentar tadi masuk ke dalam kedai.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang