I.

36 11 0
                                    

[Beberapa hari lepas]
.
.
.
"Daisy sayang, mak tahu kamu sibuk. Tapi boleh tak kamu luangkan sedikit masa kamu tengok majlis graduasi sekolah menengah adik kamu? Walaupun tak sama ayah tapi dia tetap adik kamu sayang." Ibu memandang Daisy dengan tatapan rayu. Daisy mengalihkan pandangannya ke jendela. Hatinya sakit. Sakit yang teramat sakit.

"TIPU! IBU NAK SAYA JADI TUKANG FOTO SAHAJA KAN?! DAN SEHARIAN IBU MAHU BIARKAN SAYA HANYA UNTUK AMBIL GAMBAR ANAK IBU TU KAN?! SAYA TAK MAHU SEHARIAN LIHAT IBU BAHAGIA DENGAN DIA! MAJLIS GRADUASI SAYA DULU NENEK YANG DATANG! MANA IBU MASA TU?!" Jerit hati Daisy. Berombak-ombak dadanya menahan amarah. Dipaksa dirinya untuk tersenyum. Betapa meluatnya dia mendengar alasan 'adik' yang diberikan oleh ibunya.

Daisy memegang lembut tangan ibunya, ditatap mata si ibu, terlihat kedutan sudah mula muncul di dahinya. Mata tua wanita itu tetap berharap bahawa Daisy akan mengatakan iya akan permintaannya. Setelah bertahun anak tersebut dibiar haus tanpa cinta sang ibu.

"Ibu, saya tidak boleh berjanji bahawa saya boleh datang. Ibu boleh lihat kan kerjaya saya macam mana sekarang? Pertunjukkan fesyen musim bunga akan bermula. Saya akan sangaaatttt sibuk. Kebetulan majlis graduasi tu di musim bunga kan?" Daisy usap perlahan tangan ibunya. Kemudian dikeluarkan buku catatan hariannya. Dan ditunjukkan kalendar berserta catatan jadualnya.

Padat.

Tersangat padat.

Penuh dengan catatan. Tarikh, lokasi, temu janji, proses mereka bentuk semula. Tugasnya sebagai pereka bentuk dan editor majalah fesyen terkemuka bukanlah mudah.

"Ibu lihat sendiri jadual saya ini. Bahkan saya sendiri tidak sempat bernafas akibat terlalu padatnya jadual saya, ibu." Air muka ibunya merudum seketika.

"Sehari pun?" Rayunya.

Daisy cuba untuk mengawal air matanya. Nafasnya semakin cepat, dadanya berombak semakin cepat berbanding tadi. Andainya dia tidak lupa, apa yang telah dilakukannya sepanjang 20 tahun ini. Adakah masih tersisa malunya untuk berhadapan dengan anaknya itu.

"Begini ibu, saya tak janji. Andainya saya tidak mampu untuk hadir. Saya akan upah photographer untuk adik. Boleh? Sebab kehadiran saya ke sana pun mungkin menjadi janggal dengan mereka. Paling-paling saya hanya ambil gambar kalian disana." Tuturnya perlahan. Si ibu menundukkan kepalanya. Dia sedar bahawa Daisy sejak awal menyedari tujuan pertemuan itu.

"Sebagai tanda maaf kepada adik, saya akan kirimkan set makeup terbaru yang saya bekerjasama baru-baru ini. Kebetulan jenama itu sedang popular dalam kalangan remaja sebaya dia." Daisy cuba menguntum senyum.

"Terima kasih Daisy, nenek berjaya besarkan kamu. Kamu semakin iras dengan dia."

Daisy terdengar bunyi serpihan bersepai, bukan kaca jendela dan bukan gelas kaca. Namun, hatinya.
Kali terakhir dia berjumpa dengan ibunya adalah pada hari neneknya meninggal dunia. Dan hari ini merupakan pertemuan mereka yang pertama, selepas 7 tahun.

Daisy masih tersenyum. Dia menghela nafas panjang.

"Ibu, mari saya hantarkan ibu ke kereta. Saya perlu ke pejabat lagi sebentar nanti. Waktu makan tengah hari saya hampir tamat." Daisy bangun lalu memimpin ibunya ke kereta.

Wanita itu masuk ke kereta dan hanya melambai melalui cermin sisi. Tiada pelukan, tiada ciuman di pipi yang ironinya ibu-ibu lakukan ke anak mereka.

Daisy memerhatikan kereta itu bergerak perlahan meninggalkannya.

"Ibu, terima kasih kerana sudi datang berjumpa anak yang sudah lama ibu buang ini. Walaupun demi anak kesayangan ibu yang baru. Saya hargai." Dia berbisik di iringi sendu. Air matanya tumpah, hatinya remuk.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now