XIV.

19 7 0
                                    

Jisung terasa ada sepasang mata yang merenungnya daripada tadi.

Ya, dia bukannya berasa tidak selesa dengan renungan tersebut. Namun renungan tersebut datangnya daripada Daisy.

Jisung membuat acuh tak acuh dengan renungan yang diterimanya. Dia tidak mahu menegur sebab bukan selalu dia diperhatikan oleh orang yang dia sukai.

Kasihan.

Jisung meneruskan kerjanya walaupun ditenung sedemikian rupa oleh Daisy.

"Woi." Bisik Jeno memanggil Jisung.

Jisung berpaling apabila dia dipanggil.

"Kau buat apa dengan Daisy sampai dia tenung kau macam tu sekali. Da lah tengah pangkas bunga. Takut aku." Jeno berbisik seperlahan yang mungkin.

Jisung menggeleng.

"Aku pun tak tahu." Dia hanya menggerakkan bibirnya, semoga Jeno faham akan gerak bibirnya.

Kemudian mereka berdua berpaling melihat Daisy yang masih lagi merenung tajam melihat Jisung. Akibat takut, mereka berdua kembali menyambung kerja.

Daisy merenung Jisung yang sedang menyusun atur bunga bersama Jeno. Dia sedar akan pergerakan Jisung yang agak kekok hari ini, begitu juga Jeno.

Dia teringat akan mimpinya malam tadi, lalu mencari sebarang sebab dan kemungkinan yang boleh menjadi sebab Jisung untuk selalu datang ke mimpinya.

Dan salah satu kebarangkaliannya adalah Daisy mungkin tersuka Jisung.
Namun dia rasa agak mustahil sebab satu, Daisy tua beberapa tahun daripadanya dan dua, mereka baru sahaja rapat. Tak mungkin perasaan akan muncul secepat itu.

Flashback.

Selepas mendapat mimpi buruk tersebut dia tidak dapat melelapkan mata, dihempas tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Kejadian mimpi tersebut tetap berlegar-legar di fikirannya.

Tanpa dia sedari jam sudahpun menunjukkan jam 6.30 pagi. Dia bangun lalu tersandar di katil. Fikirannya masih lagi menerawang entah kemana.

Bunyi notifikasi menyedarkan dia. Daisy segera mengambil telefon bimbitnya, di layar ID Ketua Kim muncul.

Sepanjang dia bercuti, Ketua Kim memang kerap menghantar pesanan setiap pagi. Katanya mahu memastikan Daisy masih hidup dan siuman.

Daripada Unnie lawa.

Morning sunshine! Harini rehat elok2 ya, minggu depan saya da nak seksa awak hoho. Ada apa-apa nak cerita??

Pucuk dicita ulam mendatang.
Ketua Kim macam tahu-tahu sahaja apa yang berlegar di mindanya sekarang.

Tanpa teragak-agak dia terus mendail nombor Ketua Kim

Beberapa minit kemudian, panggilannya disambut dengan suara riang ketua kim

Selepas Daisy menceritakan segala kejadian dalam mimpinya kepada ketua kim sama ada yang baru dialaminya malam itu dan yang sebelum ini, jawapan pertama yang dia dapat adalah suara ketua kim terkekek ria.

Sekelumit sesalan muncul, kalau tau dia akan ditertawakan dia pasti tak akan ceritakan hal ini.

"Wei budak bertuah, kau takkan tak perasan budak Jisung ni is the one for you? Means, kau suka dia." Daisy mengerutkan dahi. Masih memproses ayat yang dikatakan ketua kim.

Suka? The one?

"Maksudnya, kau suka dia kan??"

"Suka?"

"Eh budak ni, takkan tak perasan lagi. Awak bukan budak sekolah lagi. Takkan saya nak beritahu." Suara riang Ketua Kim membuatkan Daisy semakin keliru.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now