XXIII.

21 6 0
                                    

"Jisung! Tengok ni saya dah boleh berjalan." Daisy bertatih perlahan menuju ke meja makan. Hari ini mereka bersama-sama akan pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan. Jisung bingkas bangun daripada meja makan dan menuju ke arah Daisy, dia mendepakan tangan bersedia untuk menangkapnya jika Daisy terjatuh.

Daisy sudah boleh berjalan, namun tidak selincah dahulu. Kali ini dia mencuba berjalan tanpa sebarang sokongan. Setelah beberapa langkah dia terjatuh, mujur sempat ditangkap Jisung.

Jisung mendukungnya ke meja makan. Sudah pasti Jisung mengomel tidak berhenti apabila Daisy degil tidak mahu menggunakan alat sokongan, andainya dia jatuh sudah pasti akan mendatangkan kesan kepada kecederaannya yang belum pulih sepenuhnya.

"Eeeeeee budak ni boleh tahan kuat membebelnya. Dah-dah makan cepat, penat lah saya dengar korang berdua ni. Tak penat ke bercakap?" Ketua Kim rimas mendengar mereka berdua yang tidak berhenti bercakap. Dia menyusunkan hidangan sarapan mereka di atas meja.

Jisung menyusun kutleri dan hidangan di hadapan Daisy, kemudian menuang teh ke dalam cawannya lalu bangun untuk mencapai bekas ubat Daisy dan diletakkan di pangkuan gadis itu.

"Makan, lepastu kita makan ubat. Lepas makan kita gerak terus. Nanti dalam kereta noona boleh lelap." Jisung  menyuruh Daisy untuk makan segera. Matanya tidak lekang daripada memerhatikan Daisy yang sedang mengunyah sambil dia juga makan bahagian sarapannya.

Ketua Kim menyuapkan sarapannya lalu mengunyah perlahan. Dia memerhatikan setiap gerak geri Jisung yang menjaga Daisy. Jisung tidak pernah mengalihkan pandangannya daripada Daisy, sentiasa berhati-hati dan teliti. Terdetik di dalam hatinya, betapa bertuahnya Daisy berjumpa Jisung sebab daripada sesakit-sakitnya Daisy sampai lah sekarang Jisung tidak pernah meninggalkan Daisy. Malah setia menunggunya untuk sembuh.



"Cepatnya icung makan." Daisy terkejut melihat pinggan Jisung yang sudahpun bersih.

"Noona makan perlahan-lahan, jangan nak berlumba. Saya tunggu." Kata Jisung. Kemudian dia mengangkat pinggannya ke singki dan menbasuh pinggan yang digunakannya.

Setelah mengeringkan tangan, dia kembali duduk di hadapan Daisy. Selepas Daisy selesai makan, Jisung mengemas pinggan yang digunakan Daisy kemudian meletakkannya di tepi. Dia meletakkan bekas ubat di atas meja lalu mengeluarkan ubat-ubat yang perlu dimakan ketika itu.

Tangannya laju mengeluarkan ubat dan menghulurkannya kepada Daisy, sudah terbiasa dengan rutin barunya itu.

Jisung menunggu Daisy untuk menghabiskan ubat-ubatnya. Ketua Kim sudahpun mengemas peralatan yang perlu dibawa.

Jisung memapah Daisy ke kerusi roda, apabila sudah memastikan Daisy sudahpun selesa, dia mencapai getah rambut yang ada di atas rak lalu mengikat rambut Daisy.

"Tak payah ikat lah Jisung, biar je."

"Noona, noona tahu kan ibu saya membebel lama sangat sebab biarkan rambut noona serabai dulu ha?" Daisy tertawa apabila teringat ketika Jisung dibebel ibunya. Siap ada kelas mengikat rambut selama 2 jam, berkat latihan yang beberapa kali, Jisung semakin cekap mengikat rambut dan membuat beberapa jenis gaya rambut.

"Dah tak ada apa-apa lagi kan? Jom kita gerak."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Cik Daisy ada rasa tak sedap badan?" Daisy menggeleng, keadaan badannya lebih baik berbanding minggu lepas. Cuma kadangkala terasa agak kejang di beberapa bahagian badannya.

Doktor tersebut menulis segala maklumat dan info yang diberikan oleh Daisy tentang keadaan tubuhnya. Dia juga turut bertanya kepada Jisung dan Ketua Kim jika ada kejanggalan dalam pemerhatian mereka. Kedua-dua mereka tidak mendapati apa-apa kejanggalan yang berlaku.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt