XXIV.

17 6 0
                                    

"Hyung, datang rumah sekejap." Jisung menghubungi Jeno untuk datang ke rumahnya malam itu juga. Selepas pulang daripada hospital, Jisung seakan tidak percaya dengan apa yang diterimanya hari itu.

Hari yang dia paling takuti kini ibarat bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

Jisung terduduk di hadapan pintu rumahnya, dia tidak terdaya ingin masuk ke rumah. Sementara menunggu Jeno, fikirannya melayang entah kemana.

Terdetik di hatinya untuk melamar Daisy secepat mungkin. Kerana sebarang kemungkinan dapat terjadi, dan kalau takdir tidak membenarkan Daisy bersamanya hingga ke hari tua, biarlah dia pergi dengan keadaan impiannya tercapai.

Jeno memarkir skuternya di samping rumah Jisung. Dia terlihat Jisung yang tersandar lemah di hadapan pintu.

"Hey." Panggilnya.

Jisung memandangnya lemah.

Jeno melutut di hadapannya, melaraskan pandangan mata mereka menjadi selari.

"Jisung? Kenapa." Dia menyoal dengan suara yang lemah. Dia rasakan ada perkara yang tidak benar sedang berlaku.

Jisung terlihat pasrah dan lemah. Tatapan matanya kosong.

"PARK JISUNG!" Jeno menjerit memanggil namanya. Jisung melihatnya dengan tatapan itu lagi, tatapan kosong itu sedang melihatnya.

"BODOH! MENANGIS LAH KALAU KAU NAK, AKU TAU KAU TAK OKAY SEKARANG KAN?" Jeno menggoncang tubuh kurus itu.

Setitis air mata akhirnya gugur, Jisung perlukan Jeno ketika ini. Sekarang dia tidak terdaya untuk berbuat apa-apa dirasakan dunia nya yang berwarna warni kembali suram.

"Jisung." Dia menarik Jisung ke dakapannya. Ini kali kedua dia melihat Jisung berputus asa sebegitu.

"HYUNG KENAPA AKU SUSAH SANGAT NAK BAHAGIAKAN DIA?! APA SALAH AKU HYUNGG!! LEE JENO JAWABLAH!" Jisung memukul-mukul belakang Jeno dengan air matanya gugur tidak berhenti. Jeno tidak mampu untuk menjawab persoalan itu.

Melihat dengan keadan Jisung sekarang, sudah tentu keadaan Daisy tidak baik-baik sekarang.

"Ini apa menjerit-jerit ni." Ibu Jisung membuka pintu. Dia terkejut melihat anak kesayangannya itu lemah di pelukan Jeno, pipinya basah lagi.

"Jeno, kenapa ni." Dia terduduk melihat anaknya yang kelihatan amat lemas dan tidak berdaya.

Jeno menggeleng.

"Angkat dia masuk ke dalam. Kita tenangkan dia dulu." Jeno mengangkat Jisung dan memapahnya masuk ke dalam rumah.

Mereka semua menunggu Jisung untuk benar-benar tenang. Mereka tidak menyangka akan melihat Jisung berpatah hati seperti ini sekali lagi.

"Ibu.. ayah... hyung " Jisung memanggil lemah orang-orang yang dihadapannya kini.

"Daisy ada kanser, stage 3." Ketiga-tiga mereka terdiam.

Jisung tertunduk lagi, Jeno cuba menenangkannya. Entah dugaan apa lagi yang menimpa adiknya ini.

"Jisung, anak ibu. Kuatkan diri kamu, ibu tahu kamu kuat." Ibunya menyeka air mata Jisung dan membawanya ke dalam pelukan. Jisung hanyut di dalam kehangatan pelukan ibunya.

Seisi keluarga itu turut berduka dengan berita buruk yang baru mereka terima hari itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kamu sudah fikir masak-masak?" Ayah Jisung bertanya untuk memastikan keputusan anaknya itu benar-benar atas sebab fikiran yang waras dan bukan terbawa emosi.

Hampir 2 jam mereka duduk bersama di ruang tamu kediaman keluarga Park.

Jeno hanya menyokong setiap apa yang dirasakan boleh membahagiakan Jisung. Dia tidak mahu Jisung bersedih lagi, dia barulah berasa gembira Jisung sudahpun kembali ke dirinya yang asal, namun dia tidak menyangka secepat ini takdir mengubah dirinya semula.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now