II.

34 9 0
                                    

Ketua Kim membawa Daisy berjalan-jalan di sekitar taman bunga yang akan jadi kawasan pertunjukkan fesyen yang akan berlangsung sebulan daripada sekarang.

Sambil-sambil menenangkan fikiran, dia boleh mencari idea untuk design majalah mereka. Penat juga Ketua Kim memujuk Daisy untuk tetap kuat. Sehinggakan dia sendiri turut menangis sama. Terpaksa pekerja kafe untuk memujuk mereka berdua. Nasib lah pelanggan tetap, sudah kenal sungguh dengan mereka berdua.

"Better lah awak tak payah pergi." Tutur ketua kim sambil matanya meliar melihat pohon-pohon sekeliling di taman. Daun-daun menari di atas ranting. Sebulan lagi daun yang hijau ini akan bertukar warna warni dengan warna bunga.

"Ya, saya rasa begitu kak. Itu yang terbaik. Tak tahan lah tengok orang yang sepatutnya kita dapat kasih sayang tiba-tiba jadikan kita stranger. Haha. Lagipun dia dah ada 2 anak perempuan pun. Siapalah saya."

"Awak adalah Daisy Lee, designer majalah paling lawa dan hebat di Marigold Fashion. Rajin pulak tu!" Ketua Kim tersengih. Sikapnya yang sebegini membuatkan pejabatnya seperti rumah. Tidak lupa juga rakan kerja yang lain yang turut melayannya baik.

Tidak lama kemudian, telefon Daisy berdering. Ketua Kim sedang asyik melihat daun-daun yang bergoyang di ranting.

Di layar, paparan nama "ayah" muncul.

Mukanya terus bertukar pucat. Ketua Kim belum menyedari perubahan wajahnya lagi.

"Hello..." jawabnya lemah.

Perasan akan nada suara Daisy yang lemah, Ketua Kim menoleh melihat Daisy yang pucat. Lalu, dirapatkan sedikit telinganya ke telefon Daisy.

"Anakku Daisy, apa khabar" sapanya dengan suara yang agak kekok.

"Baik. Kenapa ya?" Tanpa berbasa-basi Daisy terus bertanya.

Ya, sosok yang hanya bergelar ayah di atas sijil kelahiran. Walaupun lebih kerap muncul daripada sang ibu. Namun kewujudannya hanyalah tidak lebih sebagai orang asing.

"Errr... nak maafkan ayah ya. Ayah tau ayah tiba-tiba hubungi kamu macam ni. "

"Ayah, ayah nak apa. Jujur sahaja lah."

"Ayah nak pinjam duit nak."

Terbuntang mata Daisy. Sudahlah sepanjang masa dia membesar bersama nenek, satu sen pun tidak pernah dia beri tiba-tiba sahaja muncul pinjam wang.

Ketua Kim sedia untuk merampas telefon bimbit Daisy untuk memaki sosok 'ayah' tersebut. Namun dihalang oleh Daisy.

"Daisy, ayah tau kamu sibuk sekarang tapi boleh tak ayah nak pinjam untuk lunaskan hutang ayah. Kalau ayah tak lunaskan hutang ni, mama dan adik-adik lelaki kamu terpaksa pindah ke rumah baru. Kamu tahu kan mereka masih ada yang kecil ayah nak mereka selesa. Perniagaan ayah tak lancar jadi terpaksa tangguh bayaran rumah ayah. Kamu tau kan."

Daisy mengepalkan penumbuk. Sudah jatuh tertimpa tangga. Entah apa lagi malapetaka yang datang di usianya yang 25 tahun itu.

"Ayah, sepanjang saya hidup. Ayah jumpa saya 3 kali sahaja. Dan kali terakhir adalah ketika saya tahun pertama universiti." Daisy menutup matanya. Rasanya ingin meletus.

"Ayah, sepanjang saya hidup. Nenek bersusah payah berniaga sana sini. Saya bersusah payah bekerja sambilan dan belajar semata-mata nak kekal hidup. Pernah ayah peduli dengan saya?! Pernah?! Pernah ayah peduli saya dan nenek hanya makan nasi dan kimchi berhari-hari?!"

"DAN AYAH SANGGUP HUTANG DENGAN ANAK YANG AYAH LUPAKAN NI DAN TAK PERNAH RASA SELESA  SEMATA-MATA NAK SELESAKAN ANAK-ANAK AYAH YANG BARU?! WHAT KIND OF HUMAN ARE YOU?!" akhirnya Daisy tewas.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now