XVII.

20 8 0
                                    

"Arkhhhh akhirnya ahad, leganya dapat cuti." Daisy menggeliat kemudian berguling-guling di katilnya. Dia melihat jam di dinding, masih awal lagi. Jadi dia menyambung semula tidurnya.

Daisy menggosok-gosok matanya, dia terduduk kemudian mencapai telefon
nya yang daripada tadi berbunyi. Dia melihat layar telefon terdapat 10 panggilan yang tidak berjawab. Daisy ingin menyambung tidurnya lagi namun panggilan tersebut menggangunya.

Apabila melihat layar telefon, nama si Ayah muncul.

Daisy meletakkan telefonnya dalam mod senyap lalu membiarkannya di bawah bantal. Dia sudah penat drama yang dibuat oleh ayahnya itu.

Walaupun beberapa kali dia menolak permintaan ayahnya itu, namun ayahnya tidak berputus asa memujuk untuk meminta bantuan Daisy.

Daisy mengemas rumahnya, kemudian bersiap untuk ke kedai. Dia memasukkan telefonnya ke dalam beg. Kemudian bergegas keluar meninggalkan apartmennya.

Sesampainya dia di kedai, kehadirannya disapa oleh Jeno yang sedang membersihkan cermin kedai.

"Daisy, budak tu takde kan??" Soal Jeno, Daisy terpaksa mendongak untuk melihat Jeno yang terduduk di tangga.

"Takde, dia balik rumah parents dia. Kenapa rindu?" Soal Daisy dengan nada mengejek.

Jeno menjeling ke arah Daisy kemudian mendengus. Sejak kehadiran si intern itu kehidupannya ibarat dikejar-kejar. Akhirnya dia berasa bebas buat sekian lamanya.

"Jeno, korang dah makan ke?"

"Belum, Jisung tengah keluar beli la tu."

"Lah, saya bawak roti dan americano ni." Daisy mengangkat plastik yang dipegangnya lalu ditunjukkan kepada Jeno.

"Oh noona." Daisy berpaling apabila kedengaran suara yang tidak asing lagi dalam hidupnya.

Jisung melihat beg plastik yang dipegang Daisy kemudian dia melihat beg plastik yang dipegangnya pula.

"Ya ya ya saya tahu. Jom lah kita makan sampai muntah." Daisy berganding tangan memasuki kedai.

Jisung masuk ke ruangan bilik persalinan untuk menukar pakaiannya, manakala Daisy mengeluarkan segala makanan yang ada di dalam beg plastik dan menghidangkannya di atas meja.

Jeno yang baru pulang daripada menyimpan tangga di stor belakang terus meluru menghirup americano ais. Keringatnya yang menitik di dahi dilap oleh Jisung dengan menggunakan tisu.

"Sayang betul budak tu tak datang, kan aku yang kena lapkan peluh kau." Kata Jisung dengan selamba.

"AISH!" Jeno memukul belakang Jisung. Jisung ketawa melihat reaksi Jeno apabila diusik sedemikian rupa. Dia berasa gembira kerana akhirnya dia mempunyai bahan untuk mengacau Jeno.

"Kejap, lambatnya korang bukak kedai harini?" Soal Daisy kerana kebiasaannya mereka berdua akan membuka kedai di awal pagi, namun hari ini mereka membuka kedai apabila hampir jam 11.

"Ah, kami keluar hantar tempahan tadi. Agak jauh tempatnya jadi terpaksa lah buka kedai lambat. " Jeno menjawab dengan mulutnya masih penuh mengunyah roti. Jisung menolak gelas kedua americano kepada Jeno. Jeno meneguk gelas kedua americanonya. Kemudian tersandar.

Jisung mengunyah perlahan roti yang dibelinya sebentar tadi sambil melihat senarai tempahan. Mujur hari ini tempahannya tidak banyak.

Daisy yang sudah pun menghabiskan rotinya berjalan sekitar kedai untuk melihat bunga-bunga yang tersusun di dalam kedai. Dia menyedari ada beberapa bunga baharu yang tersusun.

"Selamat datang." Jisung menyambut pelanggan yang datang ke kedai dan melayan mereka. Manakala Jeno menyiapkan tempahan yang akan diambil hari ini.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now