X.

32 11 0
                                    

Keesokannya Dream Flower Shop beroperasi lebih awal daripada waktu asal. Hal ini disebabkan tempahan yang perlu disiapkan adalah tersangat banyak.

Jisung dan Jeno yang sampai awal pagi membersihkan kedai terlebih dahulu dan merapikan kedudukan bunga yang dipamerkan di hadapan kedai.

Daisy pula menyimpan bekalan makanan yang dibawanya daripada rumah di dalam stor kecil di kedai tersebut. Baginya menyiapkan bekal makanan sendiri adalah lebih menjimatkan masa. Jadi dia mengambil inisiatif ini bagi memudahkan mereka berdua.

Setelah siap prosedur awal pembukaan kedai, mereka berkumpul di meja kerja dan Jisung melakukan sesi brief bagi jenis tempahan, susunan dan warna bagi tempahan yang perlu mereka siapkan hari ini. Hari ini mereka perlu siapkan jambangan bunga bagi sekolah yang kedua. Dan menunggu untuk wakil daripada sekolah yang pertama untuk mengambil tempahan mereka.

Daisy mengambil tugas sama seperti semalam iaitu mengikat riben dan menulis nota pada jambangan bunga.
Jisung dan Jeno bekerja dengan cekap.
Jisung mengambil peranan untuk menggubah manakala Jeno memotong dedaun dan batang bunga-bunga. Kerjasama antara mereka berdua menjadikan kerja menjadi semakin cepat. Bukti mereka berpengalaman dalam kerja ini.

Walaupun sibuk dengan menyiapkan tempahan, suasana tetap meriah dengan gelak tawa mereka.

Daisy menjadi semakin rapat dengan mereka. Walaupun dia sepatutnya berehat di rumah, namun bekerja di sini adalah menyeronokkan sambil dia boleh menenangkan fikiran.

Apabila dia menyiapkan tempahan bunga ini, Daisy sedikit sebanyak mengimbas kembali memorinya bersama ibu.

Dia ingat lagi rayuan si ibu yang bersungguh untuk menyuruhnya menghadiri hari graduasi adik seibunya itu.

Daisy mengetahui bahawa hari graduasi adiknya akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi, kebetulan sahaja tarikhnya tidak sama dengan pertunjukkan fashion musim bunga.

Namun, dia masih tidak mahu menghadiri hari graduasi tersebut kerana baginya melakukan demikian adalah serupa dengan mencampakkan dirinya dalam masalah.

Dalam Daisy khusyuk menggunting dan mengikat riben, dia tidak perasan akan sesetengah warna sudah pun habis.

"Alamak, warna lain dah habislah." Jisung yang terdengar keluhan Daisy terus menoleh untuk melihatnya.

"Noona nak stok riben baru? Saya ambilkan?" Tawar Jisung dia hampir bangun daripada tempat duduknya namun dihalang Daisy.

"Awak siapkan je ni dulu, nanti tergendala lambat pulak siap. Esok mereka mahu ambil kan?" Jisung mengangguk dan terpaksa bersetuju.

Jisung hanya menunjukkan lokasi tempat riben yang berlainan warna tersimpan dan Daisy mengangguk faham. Lalu dia bergerak ke lokasi penyimpanan tersebut.

Sedang Jeno dan Jisung khusyuk hanyut menyiapkan tempahan tiba-tiba loceng pintu memecahkan sunyi.

Seorang wanita dipertengahan usia memasuki kedai mereka.

"Selamat datang puan, ada apa yang boleh saya bantu?" Sapa Jisung mendekati wanita tersebut.

Wanita tersebut bergerak ke arah kawasan pameran bunga-bungaan di kedai tersebut dan melihatnya satu persatu. Dia berjalan mundar mandir melihat kedai tersebut, Jisung hanya mengikutinya daripada belakang.

"Errr, saya baru pertama kali membeli jambangan bunga untuk anak saya. Adakah saya kena pilih sendiri?" Wanita tersebut berkata dengan nada yang sedikit ragu.

Jisung menerangkan bahawa ianya adalah mengikut kehendak pelanggan namun ada sahaja pakej yang ditetapkan sendiri oleh mereka yang bersesuaian dengan tujuan pelanggan.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora