Epilog.

36 10 0
                                    

Suasana kedai tetap damai dengan mereka berdua khusyuk melakukan kerja masing-masing.

Mereka berasa sunyi tanpa kehadiran Daisy seperti selalu.

Walaupun Daisy tidak mampu bergerak cergas dan hanya terduduk di ruangan pinggir kedai. Kehadirannya menambah seri di kedai kecil itu. Jisung merenung ke arah ruangan tersebut.

Ruangan tersebut kosong tanpa penghuninya.

Sudah sebulan Daisy pergi meninggalkan mereka selamanya.

Tempoh sebulan tersebut merupakan waktu yang paling menyeksakan buat dirinya.

Cinta pertamanya pergi tanpa sempat menunaikan impiannya. Dan Jisung sudahpun berjanji untuk menunaikannya. Tuhan lebih menyayanginya, mungkin kebahagiaan Daisy bukan di dunia ini.

Dunia sudah terlalu kejam untuknya.

Jisung menyeka air mata yang tiba-tiba jatuh. Kemudian berdehem, untuk mengubah moodnya yang tiba-tiba berubah hiba. Dia tidak sepatutnya sebegitu.

Jeno yang menyusun bunga di luar kedai sekadar memerhatikan sepupunya itu dari luar. Dari sudutnya, terlihat Jisung sedang tertunduk di meja kaunter.

Hatinya perit melihat perubahan drastik Jisung selepas Daisy pergi. Walaupun mereka hanya berstatus sebagai sepupu, namun jauh disudut hati Jeno, Jisung adalah adiknya.

Baru pertama kali dia melihat sisi lain Jisung yang dia sendiri tidak pernah terfikir akan melihatnya sendiri. Daripada kecil Jisung merupakan seorang yang gemar memendam, apabila melihat dia mengekspresikan perasaannya, Jeno senang.

Namun bukanlah yang dia lihat sepanjang sebulan ini. Hatinya sakit melihat Jisung sudahpun kembali ke dirinya yang dahulu. Tiada lagi wajah yang berona merah, wajah yang tersipu apabila nama Daisy dipetik dan tiada lagi senyuman selebar dahulu.

Jeno POV

Hari ini Jisung masih lagi tertunduk di meja kaunter. Terlihat bahunya bergerak-gerak. Aku tahu dia menahan tangis.

Daisy adalah cinta pertamanya.

Orang yang pertama mengubah emosinya, hatinya dan perasaannya.

Aku tidak sanggup melihat dia sebegitu lagi. Walaupun sudah semakin membaik daripada awal hari kematian Daisy. Jujur, aku rindukan Jisung yang dahulu. Ketika Daisy Lee menyinari harinya.

Tiap malam kami berbual tentang apa yang dia perlu lakukan untuk membuat Daisy semakin tertarik dengannya. Ataupun selepas pulang kerja dia akan menceritakan segalanya di atas motor.

Namun segalanya menjadi sunyi.

Seminggu selepas kematian Daisy merupakan hari yang paling menakutkan untuk aku dan keluarga kami.

Kami tahu bahawa Jisung amat serius dengan hubungan mereka, dan kami pun turut berbahagia dengan hubungan mereka.

Apabila kematian Daisy terjadi, Jisung langsung mengurung dirinya di dalam bilik. Tidak keluar langsung. Makanan yang diletakkan di hadapan pintunya langsung tidak terusik.

Kami risau dia akan melakukan hal-hal bodoh. Sudah puas ibunya dan aku mengetuk pintu memanggil namanya. Apa yang dirisaukan kami ketika itu adalah Jisung cuba melakukan perkara bodoh. Sampailah satu tahap aku terpaksa memanjat ke tingkap biliknya melalui rumah jiran yang bersambung dengan rumahnya.

Apabila Jisung melihat aku ditingkap, dia terus memanggil aku.

Hyung.

Lemah sahaja suaranya.

Hati siapa yang tak luluh.

Aku tanpa berfikir panjang terus memeluknya dan pelukan aku disambut esakan Jisung yang sudah lama ditahan.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Where stories live. Discover now