XII.

23 7 0
                                    

Keesokan harinya Jisung memulakan harinya seperti biasa.

Bunga-bunga yang sepatutnya diambil hari ini disusun rapi di dalam kotak. Tempahan yang banyak akhirnya tinggal sedikit sahaja untuk disiapkan. Dikirakan esok merupakan hari terakhir untuk menyiapkan tempahan untuk hari graduasi.

Hari ini giliran Jisung untuk menyapu kawasan luar kedai. Dia menyapu dedaun yang bertaburan di hadapan kedai.

Untuk menghilangkan rasa bosan disarungnya airpods di telinga dan memutarkan beberapa buah lagu. Jisung menyanyi dan menari sambil menyapu, dia cuba untuk menaikkan moodnya di pagi hari. Sudah menjadi ritual tetapnya untuk mendengar lagu ketika melakukan kerja di luar kedai.

Sedang Jisung leka menyanyi dengan penyapunya, bahunya tiba-tiba ditepuk daripada belakang.

Ketika dia menoleh, wajah si pemuja hati yang tersenyum manis berada di belakangnya. Jisung berhenti menyanyi akibat terkejut.

"Ah, noona bila datang." Dia menjadi malu, dan secara refleks menggaru belakang lehernya.

"Dah lama dah, daripada tadi saya tengok bukan main happy menyanyi. Tak sangka jugak ya awak boleh menyanyi!" Daisy memujinya. Hati Jisung berbunga apabila dipuji sedemikian. Senyumannya tidak lagi dapat disembunyikan.

Mata Jisung tertumpu ke arah sebuah bungkusan yang dibawa Daisy. Daisy yang perasan akan Jisung yang merenung bungkusan yang dibawanya terus menunjukkan isi dalamnya.

"Bekal untuk hari ini! Saya rasa semangat lepas masak untuk kita hari ini!" Jawabnya sambil tersengih.

Jisung mengambil bungkusan yang berada di tangan Daisy sambil mengepit penyapu yang dipegangnya tadi.

"Eh buat apa ambil, biar saya bawa" tegah Daisy.

"Nampak berat, lagipun noona dah bawak bungkusan ni daripada kawasan parkir kan? Nanti noona penat hehe." Untuk mengalihkan perhatian Daisy daripada terus membebel untuk menegahnya membawa bungkusan, Jisung mengambil sekuntum bunga daisy yang dipamer dihadapan kedai. Lalu, dihulurkan kepada Daisy.

Jisung tersengih.

"Bunga daisy dan Daisy noona. Comel." Jisung segera berlari masuk ke kedai sebelum diketuk kepalanya oleh Daisy kerana mengusiknya hari ini.

Jeno yang baru sahaja siap berkemas di dalam kedai tersenyum kelat apabila bertentang mata dengan Jisung.

"Hai Jeno! Morning!" Sapa Daisy selepas dia juga berlari masuk ke kedai. 

"Haah, selamat pagi. Selamat berbahagia pasangan dua sejoli. Semoga selamat sampai ke jinjang pelamin, ho yeahh!" Jeno sambung mengusik Daisy sambil membuat gerakan seolah sedang menabur bunga di hadapannya dengan suara hambar.

Kali ini bukan Daisy yang melenting namun Jisung. Jisung meletakkan bekas makanan dahulu di meja lalu mencubit pipi Jeno sekuat hatinya.

Namun cubitannya dibalas Jeno. Untuk mengelakkan mereka bergaduh betul-betul, Daisy meleraikan mereka berdua. Dream Flower pada hari itu riuh dengan suara mereka.


"Tempahan hari ini sama bilangannya macam tempahan hari pertama. Jadi kita boleh balik awal!" Jisung bernada riang. Sudah beberapa hari mereka menyiapkan tempahan hingga lewat malam, tambahan pula semalam kerana situasi yang tak diduga berlaku kerja mereka sedikit perlahan dan Daisy masih rasa serba salah walaupun Jisung dan Jeno sedikit pun tidak kisah tentang hal semalam.

Dia bersyukur bahawa mereka berdua cuba untuk tidak mengungkit hal semalam dan hanya cuba untuk mengalihkan perasaannya daripada terus bersedih memikirkan masalah berkenaan ibu bapanya.

On That Summer Rain || JISUNG NCT [✔]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora