001

21.2K 259 3
                                    

Ayana Bellinda masuk ke dalam rumah itu perlahan-lahan. Sengaja lampu tidak dihidupkan. Jam sudah pukul 2 pagi.

"Where have you been Ayana?" Tanya suara maskulin yang selalu membuainya.

Ayana tidak mempedulikan pertanyaan itu. Kaki di atur untuk menaiki tangga.

"Ayana Bellinda!" Panggil Elvis Ayden kuat. Geram kerana Ayana tidak mempedulikannya.

Dalam kegelapan malam itu, dapat dia lihat pakaian seksi yang tersarung di badan Ayana. Dress paras peha yang agak jarang itu jelas memperlihatkan sebahagian tubuh badan Ayana.

"What? Jangan sibuklah urus sahaja urusan abang" Ayana sengaja mengorek telinga.

"You are my business too Ayana Bellinda. Kau tahu tak kau buat mama and papa risaukan kau?!" Marah Elvis kuat.

"Tahu" selamba dijawabnya.

"Dah tu?" Elvis menjegilkan matanya.

"Biarlah. Hidup Bell kan, so suka hati Bell. Ni yang abang jerit-jerit kat sini, abang risaukan Bell tak?" Tanya Ayana menggelarkan dirinya Bellinda.  Dia benci bila orang memanggil dia Ayana.

"Abang tak ada masa nak risaukan kau Ayana. Abang cuma tak suka bila Ayana keluar rumah sesuka hati! Dengan ada tetamu kat rumah ni, kau keluar sesuka hati"

Ayana Bellinda ketawa kuat.

"Tu tetamu abangkan? Bell tak hairan lah. Dan please jangan panggil Bell Ayana, Bell jijik" bentak Ayana sebelum melarikan diri ke atas.

Elvis Ayden mengetap bibir. Badan dihempaskan ke sofa itu kembali. Makin lama Ayana Bellinda semakin menjadi-jadi. Masih dia ingat kemanjaan Ayana pada dia dulu. Dan semua itu berubah apabila Ayana berumur 18 tahun. Waktu itu apabila Tuan Manaf tidak membenarkan Ayana menyertai sukan lumba, Ayana bagaikan berubah. Awalnya masih okay, namun lama kelamaan Ayana tidak lagi mahu mendengar kata-kata mereka.

Bellinda. Entah mengapa nama itu bagai terngiang-ngiang di minda Elvis.

"Kenapa Ayana tak nak kena panggil Ayana lagi?"

"Ayden" sapa Tuan Manaf. Dia turun hendak minum air, kebetulan pula dia melihat Elvis Ayden yang masih belum tidur.

"Ehh, papa belum tidur?" Tanya Ayden.

"Papa nak minum air" Tuan Manaf duduk di sofa itu. Spontan Elvis berdiri mengambil segelas air di dapur.

"Nah pa" hulur Elvis.

"Bellinda dah balik?" Tanya Tuan Manaf. Elvis menghelakan nafas seraya menganggukkan kepalanya.

"Kamu jangan berkasar sangat dengan Bell" kata Tuan Manaf.

"Kenapa? Ayden buat semua tu sebab tak nak dia makin tersasar jauh. Tengoklah sekarang liar semacam, pukul 2 pagi baru balik" kata Elvis dingin.

Tuan Manaf berpeluk tubuh melihat Elvis. Dia sendiri sudah tidak tahu macam mana mahu menasihati Ayana.

"Kamu dengan Misha dah sejauh mana?" Tanya Tuan Manaf serius.

"Ayden dah cintakan sangat kat Misha, Ayden nak kahwin dengan Misha" Tuan Manaf nampak betapa bersinarnya mata Elvis disaat berkata mengenai cinta.

"Kalau papa cakap papa tak setuju?" Duga Tuan Manaf.

"Ayden tetap dengan keputusan Ayden. Tak ada sesiapa boleh halang, termasuk papa" Ayden merenung papanya tajam. Kenapa perlu tak setuju?

"Ikut suka kamulah asalkan kamu bahagia" kata Tuan Manaf.

Lama mereka berdiam, sebelum akhirnya Elvis bersuara.
"Ayden rasa Ayden kena bagi tahu sesuatu pasal Ayana kat papa"

Spontan tubuh Tuan Manaf menegak. Sepertinya ada sesuatu yang penting.

"Ayana, join lumba haram" Tuan Manaf memandang Elvis tajam. Tidak suka dengan kenyataan itu.

"Bila lagi Bellinda join" tanya Tuan Manaf.

"Rasanya dah lama. Ayden dah cuba siasat tapi langsung tak ada maklumat" Elvis memandang ke arah Tuan Manaf.

Tuan Manaf mengetap gigi.

"Dah cari betul-betul?" Tanya Tuan Manaf.

"Dah, selama ni Ayden pasang bodyguard buat Ayana. Bodyguard kali ni yang terlatih dari Black Tiger sendiri, tapi Ayana selalu terlepas. Dan sejak kebelakangan ni tiba-tiba diorang dapat ikut Ayana ke mana saja. Macam Ayana tahu dan sengaja nak tunjuk kat Ayden mana dia pergi"
Terang Elvis Ayden bersungguh.

"Papa nak kamu buang semua bodyguard tu" terbeliak mata Elvis.

"Papa dah gila? Ayana tu perempuan, dia bukan setakat pergi berlumba, dia siap pergi club"

"Perbuatan kamu ni cuma akan buat Bellinda makin memberontak dan akan membahayakan dia" Tuan Manaf memicit dahi.

"Ayden cuba nak jaga dia" Elvis Ayden bagai kehilangan kata-kata.

"Jauhi Bellinda, jangan layan dia macam bayi" Tuan Manaf berkata tegas.

"Papa!"

"Kalau sesuatu yang buruk terjadi pada Bell, kamu yang akan papa salahkan" Tuan Manaf menunjuk tepat ke muka Elvis.

"Papa tahu sesuatu?" Elvis Ayden turut berdiri menentang Tuan Manaf.

"Kerja kamu cuma perlu jaga Black Tiger" tegas Tuan Manaf. Tanpa berlengah dia tinggalkan Elvis Ayden disitu. Elvis memandang belakang Tuan Manaf yang semakin menghilang ke atas. Papa pasti tahu sesuatu.





•••





Ayana Bellinda termenung ke luar balkoni biliknya. Kejadian siang tadi seakan-akan menghantuinya.

"Abang nak kahwin?" Dia ketawa kecil.

Pantas laci night stand dibuka, botol ubat mood stabilizer diambil. Botol itu dibuka sebelum 2 biji pil di keluarkan. Mata memandang ubat di tangannya itu, air mata mulai bertakung. Pantas di masukkan pil itu ke dalam botol ubat kembali.

Ayana Bellinda memegang kepalanya kuat, dadanya dipukul. Dia tidak suka akan rasa ini. Bunyi kereta yang keluar dari perkarangan rumah menyedarkan Ayana. Pantas dia berlari ke balkoni. Kereta Elvis Ayden yang semakin menjauh dilihat.

Tanpa berlengah Ayana mencari pil tidur yang disembunyikan di bilik air.

4 biji pil tidur sebelum ditelan sekali gus. Senyuman sinis terukir. Rambut di rapikan sebelum dia bergerak ke katil.


"Mimpi indah Ayana Bellinda"











Vote☘️

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now