005

13.5K 203 4
                                    

Ayana Bellinda terus berlari masuk ke dalam biliknya. Tidak dihiraukan panggilan Puan Dayana dan Tuan Manaf.

Elvis yang baru masuk didekati Puan Dayana.

"Bellinda dari mana?" Tanya Puan Dayana risau.

"Rumah kawan dia ma" kawan lelaki dia.

Elvis hanya tersenyum supaya tidak merisaukan Puan Dayana.

"Mama nak tengok anak mama" gesa Puan Dayana tapi pantas dihalang Elvis.

"Biarkan Ay mama" pesan Elvis. Dia tahu Ayana pasti mahukan ruang untuk menenangkan fikiran.

Pantas Puan Dayana berpaling ke arah Tuan Manaf. Tuan Manaf hanya mengangguk membenarkan kata-kata Elvis.


                  Petang itu Misha singgah ke rumah Tuan Manaf untuk menjumpai Elvis yang langsung tidak mengangkat panggilan telefonnya.

"Masuklah, kejap lagi mama panggil Ayden" ajak Puan Dayana.

Dengan langkah yang sangat sopan Misha melangkah masuk lalu melabuhkam duduk di sofa mewah rumah itu.

Puan Dayana berlalu ke atas untuk memanggil Elvis.

"Ayden, Misha ada kat bawah" kata Puan Dayana. Elvis mengerutkan dahi.

"Dia nak apa?" Tanya Elvis hairan.

"Lah, tu kan kekasih kamu" jawab Puan Dayana lalu berlalu keluar. Elvis memicit dahi.

Baru sahaja dia mahu berdiri pintu biliknya di buka.

"Ayana" panggil Elvis perlahan. Wajah Ayana yang langsung tidak beriak dilihat.

Ayana melangkah ke arah Elvis. Punggungnya di labuhkan di riba Elvis.

"Ayana!" Tegur Elvis.

"Jangan turun" halang Ayana. Elvis membulatkan mata apabila Ayana memeluk lehernya.

"Ay!" Tengking Elvis.

"Abang jangan jumpa Misha. Abang jangan kahwin dengan dia" kata Ayana tegas. Dia tidak mahu melihat Elvis bahagia bersama perempuan lain.

"Ayana ni dah kenapa? Tepi" Elvis menolak Ayana kuat. Dia lupa pesanan Tuan Manaf supaya tidak mengasari Ayana.

Ayana yang terduduk di lantai direnung tajam.

"Ay dah kenapa jadi macam ni? Abang ni abang kandung Ayana tahu!" Bentak Elvis. Rahang Ayana dicengkam kuat. Tidak dipedulikan air mata Ayana yang sudah jatuh ke pipi.

Elvis pantas meninggalkan Ayana di situ.

Ayana hanya diam.

'Abang kandung' terngiang-ngiang perkataan itu di kepalanya.

Gambar keluarga mereka di atas meja kerja Elvis di pandang tajam. Dihempas kuat ke atas lantai sebelum dia berkurung di biliknya.

Dia cuba menghubungi Damien tetapi tidak bersambut. Telefon di hempas kasar ke lantai. Kepala dipegang kuat. Air mata usah dicakap, sudah deras mengalir.

"Bell akan makan ubat. Jangan tinggalkan Bell" gumam Ayana.

Botol ubat di laci night stand dicari. Tiada! Mana pergi ubat itu. Semua tempat di dalam biliknya dicari, tapi tiada satu tempat pun yang menunjukkan keberadaan ubat itu. Pintu biliknya yang tertutup rapat dipandang.

"Mereka dah tahu?" Ayana tersenyum sinis.

Pintu bilik air dibuka. Botol ubat tidur dilihat.

Beberapa biji pil tidur dikeluarkan dan ditelan tanpa melihat jumlah pil tidur itu.

Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh di lantai bilik air. Dia benci perasaan dia itu. Dia tidak mahu hidup sebagai adik Elvis.

Tanpa sedar dia tertidur di bilik air itu.

"Ayden pergi panggil Bellinda turun. Ajak dia makan malam sama-sama" arah Puan Dayana.

Elvis merengus.

"Biarlah dia, pandailah dia turun kalau dia nak makan" balas Elvis tidak kisah.

Tuan Manaf memandang ke arah Misha yang terpinga.

"Dia ada turun makan tak tengahari tadi?" Tanya Tuan Manaf pada Puan Dayana. Puan Dayana menggelengkan kepala.

"Tak payah layan dia sangat papa. Dia dah besar" Elvis memandang wajah Tuan Manaf tajam. Sikap Ayana yang sudah keterlaluan di matanya benar-benar membuat Elvis serik.

"Haah papa, makan jom. Nanti Ayana turun" pujuk Misha cuba beramah-mesra dengan Tuan Manaf yang selalu dingin dengan dia.

"Kau siapa nak panggil aku papa?" Tegur Tuan Manaf bersama pandangan tajam. Elvis hanya melihat wajah dingin Tuan Manaf.

"Pergi naik tengok Bellinda" arah Tuan Manaf pada Puan Dayana. Bukannya mereka tidak tahu yang Ayana tidak suka orang lain masuk ke dalam biliknya. Pembantu rumah pun tidak pernah masuk ke bilik Ayana kerana ditegah Ayana.

"Takpa mama biar saja, tak pun suruh bibik tengok dia. Ayana kena diajar supaya hormatkan orang, bukan dimanjakan walaupun dia membuat salah" cabar Elvis.

Tuan Manaf menghempaskan sudunya kuat. Tidak selera mahu makan.

"Lepas makan balik" halau Tuan Manaf kepada Misha.

Tuan Manaf terus berlalu ke atas.

Elvis mendengus kasar.

"Papa dah kenapa manjakan Ayana sangat?" Tanya Elvis geram. Dia tidak suka melihat riak Misha yang terasa dengan Tuan Manaf tadi.

"Makanlah dulu, mama nak tengok papa kejap" pamit Puan Dayana. Dia turut risaukan Ayana bila Tuan Manaf menyebut mengenai Ayana.

Pantas dia menapak ke atas. Pintu bilik Ayana yang terbuka dilihat.

"Bellinda, bangun Bell" sayup-sayup suara Tuan Manaf kedengaran. Pantas Puan Dayana masuk ke dalam bilik itu, telefon dan lampu yang pecah dilantai dilihat dengan risau.

Masuk sahaja ke dalam bilik mandi, figura Ayana yang pengsan di lantai itu mengejutkan dia.

"Bellinda" terjerit Puan Dayana.

"Da, tolong" panggil Tuan Manaf. Mereka bersama-sama mengangkat Ayana ke atas katil.

Puan Dayana menatap wajah Ayana dalam. Bibir pucat itu disentuh.

"Abang anak kita" Puan Dayana sudah menangis.

"Kita kena bawa anak kita ke hospital" sambung Puan Dayana lagi.

Baru sahaja Tuan Manaf mahu menelefon ambulance. Ayana membuka matanya perlahan.

"Mama, Ay tak nak" perlahan suara itu kedengaran. Tuan Manaf yang seakan mengerti menelefon doktor peribadi keluarga mereka.

"Apa dah jadi kat Bell sayang?" Tanya Puan Dayana bersama tangisan.

Tuan Manaf hanya memandang Ayana Bellinda sayu.

Baru sahaja Elvis mahu keluar dari rumahnya, kelibat orang kanan papanya itu menapak masuk kedalam rumah bersama doktor peribadi keluarga mereka. Elvis mahu bertanya tapi teguran Misha menghentikannya.

"Jom, esok kita jalan-jalan tahu" ajak Misha.

Elvis hanya tersenyum nipis sebelum sempat memandang ke balkoni bilik Ayana.













Vote ☘️

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang