018

10.1K 283 19
                                    

Pagi itu Elvis terbangun apabila mendengar suara orang menangis. Perlahan-lahan matanya dibuka. Siling berwarna putih dilihatnya. Tak semena-mena kejadian malam tadi menjengah ke fikirannya. Pantas dia bangun mengejut. Sekeliling bilik dilihat. Ni kan bilik dia. Wajahnya diraup kasar.

Sehelai baju kemeja putih yang berada dihujung katil dilihat sebelum matanya jatuh memandang pakaiannya yang berterabur diatas lantai. Boxer miliknya itu dicapai lalu dipakai. Baru sahaja dia mahu melangkah, tompokan merah di atas katil dilihat bersama perasaan yang bercampur baur. Mukanya diraup kasar. Perasaannya usah dikata. Kesal!

"Apa dah jadi ni" gumamnya perlahan.

Tiba-tiba suara perempuan ketawa kedengaran di pendengarannya. Pantas pintu bilik air itu diterjah.

AYANA BELLINDA yang sedang ketawa dibawah pancuran air tanpa sebarang pakaian itu dilihat dengan perasaan yang bercampur baur. Pantas tuala diambil lalu dia mendekati Ayana. Pili air itu ditutup sebelum dia membalut tubuh Ayana menggunakan tuala itu.

"Ay" panggil Elvis perlahan. Mata Ayana yang membengkak dilihat, mata dan hidung Ayana juga sudah berwarna merah menandakan Ayana sudah lama berada di bawah pancuran air itu.

"Abang minta maaf" perlahan sahaja suara Elvis meminta maaf daripada Ayana. Ayana yang tadinya ketawa kini menangis. Air mata mengalir laju bagaikan air terjun.

"Abang buat Ay" dada Elvis dipukul-pukul.

"Abang tahu abang minta maaf" pujuk Elvis lagi. Tubuh Ayana dipeluk erat. Ayana yang tiba-tiba berubah agresif itu menolak Elvis kuat sehingga pelukan itu terlerai.

"Abang jahat argh!!" Semua benda berdekatannya diambil dan dibaling kepada Elvis. Elvis pula langsung tidak berusaha untuk mengelak daripada terkena balingan itu. Dia patut dapat lebih daripada itu.

"Abang buat Ay!! Apa Ay nak cakap dekat Damien abang!" Marah Ayana, rambutnya ditarik-tarik. Kesakitan yang dirasakan di bahagian bawahnya itu tidak sesakit apa yang dirasakan dalam hatinya kini. Kakinya mundar-mandir didalam bilik air itu sambil kukunya digigit-gigit.

Elvis bangun cuba merapati Ayana. Tangan Ayana ditarik lembut sebelum sekali lagi tubuh Ayana jatuh kedalam dakapannya.

"Tenang Ay, jangan macam ni" serentak itu air mata lelaki Elvis jatuh membasahi pipi. Dia turut merasa sakit apabila Ayana bagaikan hilang kawalan dihadapannya.

Ayana menolak tubuh Elvis dengan perlahan. Bibirnya mengukir senyuman manis. Tawa mulai terletus dari bibirnya.

"Ay suka abang sentuh Ay. Ay boleh dapatkan abang kan" pipi Elvis dielus lembut. Elvis pula sudah terpinga. "Ayana?"

"Ay cintakan abang, Ay sayang sangat kat abang" kedua tangan Ayana menyentuh rahang Elvis. Senyuman manis juga terukir di bibirnya.

"Jangan macam ni Ay" pujuk Elvis. Tetapi belum sempat Elvis memegang tangan Ayana, Ayana sudah menolaknya lalu kepalanya dihantukkan berkali-kali pada dinding bilik air itu.

"Tapi abang tak boleh buat Ay sesuka hati abang! Ay nak kahwin dengan Damien dah, kenapa abang buat Ay macam ni?" Dahinya yang berdarah dibiarkan. Wajah sayunya menjadi tatapan Elvis. Ayana bergegas keluar dari bilik air itu. Elvis turut mengikuti Ayana untuk keluar dari situ.

Tangan Ayana yang sedang memegang lampu tidur itu ditahan sebelum sempat Ayana menghentak kepalanya sendiri. Ayana meraung hebat. Dia terjelopok ke atas lantai itu. Tangisannya begitu sayu.

"Abang minta maaf Ay. Abang minta maaf" pujuk Elvis.

"Abang.." teresak-esak Ayana menangis mengenang nasib diri.

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang