024

7.4K 212 5
                                    

Ayana Bellinda yang berselendang hitam itu duduk termenung memandang pusara milik Damien. Air mata yang mengalir dikesat kasar. Wajah pucatnya usah dikata. Sejak semalam lagi dia tidak makan kerana risaukan keadaan Damien. Akhirnya kerisauan hilang apabila Damien disahkan meninggal sebaik sahaja tiba di hospital.

Tangannya yang dihiasi gelang pemberian Damien diusap perlahan. Bibirnya melorek senyum kecil.

'Kau kecewa dengan aku sampai kau tinggalkan aku sorang-sorang'

Ayana tersenyum nipis. 'Kau pilih jalan yang tepat dengan tinggalkan dunia yang kejam ni terus'.

Ayana bangun perlahan-lahan. Batu nisan milik Damien sempat diusap penuh kasih...sayang? Terlambat ke dia nak cakap yang dia sayangkan Damien?

Ayana berjalan keluar dari kawasan perkuburan itu. Dari jauh dia dapat melihat Elvis yang sedang bercakap dengan seorang perempuan disitu. Tanpa mempedulikan mereka, Ayana berjalan menuju ke kereta milik Elvis.

"Aku pergi dulu" pamit Elvis tanpa nada.

"You, siapa nak hantar I balik?" Tanya Misha dengan suara gedik. Ayana yang masih menanti supaya Elvis membuka pintu itu membuang pandangan ke arah kubur yang masih merah ditengah perkuburan itu.

"Tadi kau reti nak datang sini, takkan tak reti nak balik" marah Elvis jengkel.

"You tak patut buat I macam ni! You tak cintakan I dah ke?" Bentak Misha. Elvis hanya diam tanpa menghiraukan Misha. Kunci pintu ditekan.

"Ay" baru sahaja Elvis mahu memegang tangan Ayana, Ayana sudah jatuh melorot. Pengsan.

"Ayana!" Dengan kalut Elvis menyambut tubuh Ayana lalu dimasukkan kedalam kereta. Misha yang melihat pula cepat-cepat membuka pintu bahagian hadapan.

"Kau buat apa kat situ?" Marah Elvis keras.

"You nak marah I ke? Adik you pengsan kan" kata Misha jengkel. Elvis merengus kasar sebelum turut masuk ke bahagian pemandu. Dia risaukan Ayana.

             Sampai sahaja di hospital Elvis terus mendukung tubuh Ayana ke ruang emergency.

"Tolong! Tolong" laung Elvis. Misha yang turut mengikuti Elvis itu sesekali menjulingkan mata.

"Mengada betul. Kalau tu bini dia ok juga ni tak, sekadar anak pungut" bebel Misha. Dalam hati dia sudah menyumpah serana kepada Elvis dan Ayana.

Elvis duduk memangku kepala diruang menunggu itu. Dari semalam Ayana tak makan, tak hairan kenapa dia boleh pengsan. Mungkin penat sangat.

"Ayden! Mana anak mama?" Tanya Puan Dayana yang baru sahaja tiba di hospital itu. Elvis mengangkat kepalanya memandang ke arah Tuan Manaf dan Puan Dayana. Baru sahaja dia nak menjawab Misha sudah menyampuk.

"Baik-baik jer tu aunty. Mungkin dia penat kot, tak tahan panas kat kuburan tadi lah tu"

Serentak itu Elvis memandang Misha tajam.

"Kau dah kenapa?!" Tempik Elvis kuat. Misha tersentak. Tak pernah-pernah Elvis macam ni.

"Ayden" panggil Tuan Manaf melarang Elvis dari bertindak lebih.

"What? Betul lah kan?"

Puan Dayana pantas menarik tangan Elvis.

"Kuburan? Siapa yang meninggal?" Tanya Puan Dayana. Elvis mengeluh kecil.

"Damien" Puan Dayana pantas menutup mulut.

"Kawan Bell tu?" Elvis mengangguk kesal. Damien 'kawan' Bell ke?

"Keluarga Puan Ayana Bellinda?" Tanya doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan itu.

"Saya mama dia" kata Puan Dayana kalut.

"Boleh saya bercakap dengan suami Puan Ayana?" Tanya doktor itu. Ketiga-tiga mereka saling menoleh antara satu sama lain. Misha di belakang mereka tersenyum sinis. Bagai dapat dijangka akan apa yang nak dikatakan oleh doktor yang merawat Ayana itu.

"Sa..saya suami dia" kata Elvis mengaku sebagai suami Ayana. Tuan Manaf dan Puan Dayana hanya diam. Mungkin ada sebab Elvis mengaku?

Sebaik sahaja kelibat Elvis dan doktor itu menghilang dari pandangan mata mereka, Misha pantas mengambil tempat disisi Puan Dayana.

"Aunty tenang ya. Jangan susah hati. Bellinda mesti baik-baik saja" kata Misha sambil mengusap bahu Puan Dayana. Puan Dayana hanya menganggukkan kepalanya.

"Tapi pelikkan, kenapa doktor tu tanya mana suami Bellinda. Selalunya kalau doktor tanya macam tu mesti nak cakap pasal pregnant" perlahan sahaja suara Misha menutur perkataan 'pregnant' itu.

"Kamu nak cakap apa ni?" Tanya Puan Dayana. Tuan Manaf hanya memerhatikan keadaan.

"Yalah, mana lah tahu. Bellinda pregnant ke? Sebab saya pernah nampak Bellinda dalam pub. Mungkin... dia bersekedudukan dengan lelaki, you know berzina?" Tanya Misha sinis.

"Kau jaga mulut kau sikit. Kalau tak ada benda elok nak keluar dari mulut kau, baik kau diam" kata Tuan Manaf memberi amaran. Ayana Bellinda bukan seperti yang dikatakan Misha.

"Saya cakap jer, kita bukannya ada dengan dia sepanjang masa" kata Misha sambil menjongket bahu.

Puan Dayana pantas berdiri.

"Baik kamu pergi dari sini. Kamu bukan siapa-siapa pada kami pun" halau Puan Dayana. Dia tidak suka mendengar orang memburukkan anaknya.

Misha tersenyum sinis.

"Kalau Elvis tahu you all halau bakal isteri dia, mesti dia marah" kata Misha penuh angkuh. Kukunya dibelek-belek.

"Kau kata kau nak nampak anak aku dalam pub kan? So maknanya kau pun dalam pub lah?" Duga Tuan Manaf. Bahu Puan Dayana dipeluk menenangkan isterinya itu. Misha pula sudah tegak duduknya. Terjerat ke?

"Kau mungkin bakal isteri anak aku, tapi aku sebagai bapa, aku pun tak bodoh sangat nak bagi anak aku kahwin dengan perempuan kaki club" cemuh Tuan Manaf. Nak sangat mengata anak perempuan kesayangannya kan?

"I.. tak masuk club lah. Kawan I yang nampak" dalih Misha. Tuan Manaf hanya tersenyum sinis. Menipu biar bijak sikit.

Elvis yang sedang mendekati mereka di pandang penuh persoalan.

"Ayden, Ayana mama macam mana?" Tanya Puan Dayana.

Elvis memandang wajah Puan Dayana sebelum memandang ke arah Tuan Manaf.

"Ay.. Ayana.." Elvis diam. Dia tidak kuat nak memberitahu kedua ibubapanya. Silap-silap mahu dia diterajang oleh Tuan Manaf disitu.

"Ayana kenapa Ayden? Bagitahu mama" rayu Puan Dayana.

"Ayana mengandung" Dua patah perkataan itu cukup mengejutkan Puan Dayana dan Tuan Manaf. Misha pula tersenyum kemenangan. Kan dah cakap? Wajah takut-takut Elvis dipandang.

"Nak masuk 2 minggu dah" jelas Elvis tanpa dipinta. Puan Dayana menggosok-gosok dadanya. Tuan Manaf pula menahan rasa.

"Kan I dah cakap, korang tak nak percaya" sampuk Misha sambil tersenyum suka.

"Entah anak siapalah yang dia kandungkan tu. Entah-entah anak orang tua ke, penagih ke. Kita tak tahu dengan lelaki mana dia goda dalam pub tu untuk tidur dengan dia" kata Misha sambil merenung ke arah Elvis penuh makna.

Dia sangat yakin. Elvis bukannya berani nak memgaku yang 'adik'nya itu sedang mengandungkan anak dia kan? Misha terkekek dalam hati.

'Tu makan dia sebab halang aku nak berasmara dengan abang kau'
















Double update. Thank you yg vote/comment dan yg add Cinta Buat Abang ke dalam reading list💜
btw ada tak yang ingat nama penuh Ayana Bellinda? Sy lupa lah apa full name dia hahaa🤣

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now