014

9.1K 359 10
                                    

Ayana berbaring di atas katil sambil termenung mengingatkan kejadian tadi.

"Apa maksud abang Ayden? Kenapa saya tak boleh kahwin dengan Damien? Takkan lah abang Ayden boleh bahagia dengan perempuan tu, tapi Ay tak boleh?"

Ayana menggelengkan kepalanya berkali-kali. Telinga ditutup.

"Benci, benci, benci!"

Ayana melihat jam didinding sebelum bangun membuka pintu bilik mandi. Botol pil tidur dicari lalu di bawa ke katil.

"Nak makan ke tak? Kalau tak makan tak dapat tidur, nanti Ay suka fikir bukan-bukan" Ayana mengeluh kecil. Lama dia berteleku memandang botol ubat itu sebelum akhirnya dia membuat keputusan untuk mengeluarkan 4 biji pil tidur.

Baru sahaja dia mahu memasukkan pil itu ke dalam mulut, tangannya sudah ditahan.

Elvis memandangnya tajam. Ubat itu dirampas dari Ayana.

"Nak mati ke?"

Ayana tidak mempedulikan Elvis. Botol pil tidur itu cuba dicapai tetapi Elvis lebih pantas mengambilnya.

"Tak elok makan pil tidur selalu"

Ayana hanya diam. Kaki Elvis dipandang sebelum dia menghentakkan kakinya pada kaki Elvis dengan kuat.

"Awww, sakitlah Ay" Elvis mengadu sakit.

Dengan selamba Ayana berbaring di atas katil itu. Mata ditutup.

"Ayana"

"Apa motif abang tak bagi Ay kahwin dengan Damien?" Tanya Ayana tanpa membuka matanya.

Bila dia tidak mendengar apa-apa suara dari Elvis, dia akhirnya membuka mata.

"Ay benci abang, abang penipu. Abang jahat" Ayana sudah duduk tegak memandang ke arah Elvis.

"Abang tak suka tengok Ay dengan dia" jujur Elvis.

"Abang tak suka Ay dekat-dekat dengan lelaki lain. Jadi please Ay, jauhi Damien atau mana-mana lelaki" kata Elvis sambil memandang wajah mulus milik Ayana.

"Ay pun tak suka tengok abang dengan girlfriend abang tu. Ay benci! Jadi kalau Ay nak abang jauhi dia abang boleh buat tak?" Duga Ayana. Tapi apabila melihat wajah kelat Damien, Ayana terus mengukir senyuman sinis.

"Abang tak boleh buat kan? Jadi Ay pun tak boleh jauh dari Damien. Cuma Damien yang ada dengan Ay bila Ay susah. Cuma Damien yang pedulikan Ay, yang ambil berat pasal Ay. Cuma Damien yang faham Ay" Ayana sudah mengalirkan air mata. Elvis hanya diam memandang Ayana.

"Damien cintakan Ay. Dari dulu lagi, tapi Ay selalu tolak dia sebabkan perasaan bodoh Ay pada abang. Tapi sekarang Ay dah sedar, abang dengan Ay tak akan kemana-mana. Abang boleh kahwin dengan girlfriend abang tu, dan Ay pun boleh kahwin dengan Damien. Lepas tu Ay akan ikut Damien, Ay tak payah jumpa abang lagi" luah Ayana sambil sesekali mengusap air matanya.

"Ay.." Elvis cuba mendakap Ayana tapu Ayana pantas mengelak.

"Abang tak pernah nak layan Ay baik-baik dari dulu. Abang selalu marah dan halang apa Ay nak buat. Abang ego" Ayana menendang-nendang paha Elvis yang sudah duduk di tepi katil itu.

Elvis pantas bangun memeluk tubuh Ayana.

"Abang minta maaf, please kali ni bagi abang peluang"

Ayana memandang Elvis bersama riak wajah hairan.

"Kita kahwin? Abang nak jaga Ay, abang sayangkan Ay" pujuk Elvis. Ayama pantas ingin meleraikan pelukan tetapi Elvis pantas mengeratkan pelukan itu.

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now