013

9.1K 315 7
                                    

Ayana mencebik melihat Elvis yang sedang menikmati makanan dihadapannya itu.

"Kenapa tak makan?" Tanya Elvis apabila melihat makanan Ayana tidak terusik.

"Tak selera sebab abang"

"Okay, tak kisah. Lepas ni balik terus" kata Elvis. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dari tadi dia hanya mengikut Ayana berpusing-pusing di mall itu.

"Tak nak. Abang baliklah dulu, Ay boleh balik sendiri" bantah Ayana. Punah harapannya untuk keluar dengan Damien. Semuanya gara-gara Elvis yang tidak mahu membiarkan dia berjalan sendiri.

"Tak boleh. Ay tak serik ke? Petang tadi hampir kena culik kan?" Bantah Elvis.

"Suka hati lah. Abang jangan sibuk" Ayana mencapai sudu lalu mula menjamu selera. Lapar!

"Abang cuma.." belum sempat Elvis menghabiskan kata-katanya, telefonnya berdering minta diangkat. Ayana tersenyum sinis.

"Angkatlah, mesti bakal isteri abang tu yang call" sindir Ayana. Penipu! Lelaki hidung belang!

Ayana berdongkol geram dalam hati.

Elvis mematikan panggilan itu, namun tidak lama berdering lagi. Wajah muram Ayana dilihat. Serba salah pula nak angkat panggilan dari Misha.

Perlahan-lahan Ayana mencapai kunci kereta yang sedari tadi berada di atas meja itu.

"Angkatlah" arah Ayana pada Elvis. Akhirnya Elvis membuat keputusan untuk menjawab panggilan itu.

"You kat mana? You kata nak dinner dengan I malam ni?"

Sergah Misha. Dah berpuluh kali dia call baru Elvis nak sambut. Baru sahaja Elvis mahu menjawab, Ayana sudah tergesa-gesa meninggal dia disitu.

"Shit"

Tanpa berkata apa-apa, Elvis mematikan panggilan lalu mengejar langkah Ayana.

Matanya meliar mengejar kelibat Ayana.

"Nakal betul budak ni" desis Elvis.

Sampai sahaja ditempat parkir kereta, Elvis terus menghalang Ayana dari terus memandu pergi.

Wajah sinis Ayana dilihat geram. Boleh pula Ayana mengangkat kening seolah mencabar dia.

"Keluar dari kereta abang Ayana!" Arah Elvis. Ayana tersenyum sinis. Pedal minyak ditekan. Berdentum bunyi kereta di lot parkir itu. Sesekali Ayana memandu kereta itu kedepan. Elvis masih tidak berganjak.

"Ayana!"

"Tepi abang. Ay nak jalan sendiri kalau abang degil tak nak ke tepi Ay akan langgar abang" ugut Ayana. Elvis tersenyum sinis.

"Berhenti atau langgar abang" cabar Elvis. Ayana membuat muka ketat. Gear ditukar, tanpa berfikir panjang dia menekan minyak.

BAM!!

"Ayana!" Terjerit Elvis apabila kereta miliknya itu sudah melanggar tiang di situ. Nasib baik dia sempat beralih ke tepi tadi. Kalau tidak dengan dia-dia sekali melekat di antara kereta dan tiang itu.

Ayana memalingkan muka memandang Elvis.

"Pandai pun ketepi"

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now