012

9.1K 217 15
                                    

"Ya sayang, malam ni kita keluar dinner nak?" pujuk Elvis. Buah hatinya merajuk kerana dia tidak menghubungi Misha. Sepanjang 3 hari itu Elvis begitu sibuk mengurus perihal serangan itu, dia langsung tidak mengangkat telefon apabila Misha menghubunginya. Entah mengapa dia sendiri tidak pasti kenapa dia merasakan panggilan itu tidak penting. 

Baru hari ini dia dapat duduk bersenang-senang dirumah. Yalah, kan Tuan Manaf menyuruhnya untuk memberhentikan semua siasatan mengenai serangan-serangan yang berlaku. 

"Ya, janji. Tak lupa punya. Malam ni you call I, supaya I tak lupa" pujuk Elvis lagi. Bunyi pintu ditutup mengejutkan Elvis. Spontan kepala menoleh ke arah pintu rumah itu. Dengan pantas dia keluar. 

"Ok lah, malam ni kita jumpa okay? I ada kerja nak buat ni" pamit Elvis. Kereta Ayana yang baru sahaja meninggalkan perkarangan rumah dilihat. Tanpa berkata apa-apa dia mencapai kunci keretanya. 

 Elvis hanya melihat Ayana yang sudah  memarkirkan kereta di sebuah bengkel itu. Ayana keluar dengan terburu-buru dari keretanya itu. Ayana terus berlari anak ke arah sebuah superbike di situ. 

"Wah dah cantik ni" puji Ayana sambil mengusap enjin superbike kesayangannya itu.

Elvis merenung tajam ke arah Ayana. Bibir Ayana yang mengukir senyuman manis sambil bercakap di telefon itu di lihat. Entah Ayana tengah bercakap dengan siapa sehingga tersenyum lebar begitu.

BANG!!

Bunyi tembakan kedengaran. Ayana sudah jatuh terduduk. Tangan menutup telinga. Jantungnya berdegup kencang.

Ayana melihat sekeliling pantas dia mengambil telefonnya yang terjatuh lalu berlari ke arah keretanya. Belum sempat dia membuka pintu, tangannya sudah ditarik. 2 orang lelaki berkot hitam sudah mengacukan pistol ke arahnya.

"Kau nak apa?" Tanya Ayana tegas. Tangannya yang dipegang lelaki itu cuba ditarik namun tidak berjaya.

"Ikut kami" lelaki itu menariknya kasar. Ayana sudah meronta-ronta minta dilepaskan.

"Kalau kau tak nak keluarga kau diapa-apakan lebih baik kau diam dan ikut kami" kata salah seorang dari lelaki itu. Rahang Ayana dipegang kemas. Ayana pula sudah menangis.

'Tolong!'

Apabila pegangan tangan di pergelangan tangannya longgar, Ayana pantas menarik tangannya kuat sebelum berlari tak tentu hala. Lelaki itu masih mengejarnya.

"Kau memang degil kan?!" Jerkah lelaki itu lalu melepaskan tembakan ke arah Ayana.

Ayana terketar-ketar mendengar bunyi tembakan itu. Spontan dia berhenti, mujur dia tidak ditembak.

Lelaki itu menarik Ayana kuat lalu menampar pipi Ayana. Hujung bibir Ayana sudah berdarah. Air matanya deras mengalir.

"Kalau kau nak hidup baik kau diam" ugut lelaki itu lagi. Mereka membawa Ayana ke dalam van milik mereka.

Baru sahaja mereka mahu menutup pintu van, salah seorang dari mereka sudah mengerang kesakitan. Mereka melihat sekeliling mencari punca tembakan itu.

"Lepaskan dia" sergah Elvis. Pistol diarahkan ke arah lelaki itu.

Lelaki itu cuba melawan namun tanpa belas kasihan Elvis melepaskan tembakan ke arah lelaki itu.

Pintu van dibuka. Wajah Ayana yang sudah basah dengan air mata dilihat. Hujung bibir yang berdarah membuat Elvis geram. Pantas dia berpaling ke arah dua lelaki itu. Salah seorang dari mereka mengacukan pistol ke arahnya.

"Kau jangan masuk campur hal kami. Perempuan tu milik kami" arah lelaki itu. Elvis tersenyum sinis. Kakinya menendang lelaki itu sehingga terjatuh. Satu lagi tembakan dilepaskan pada bahu lelaki itu. Pistol milik lelaki itu diambil.

"Perempuan yang kau kata milik kau ni, bakal isteri aku. Jadi kau silap besar bila kau cari pasal dengan bakal isteri aku!" Jerkah Elvis. Hak milik konon puii.

Tangan Ayana dipegang lembut.

"Jom" Elvis menarik Ayana ke arah keretanya.

Elvis menilik pistol itu sebelum mencampakannya ke tanah. Tidak salah lagi, pistol dengan ukiran loceng. Gonzalez!

Ayana yang hanya diam melihatnya direnung.

"Ayana okay?" Tanya Elvis lembut. Bukan main terkejut bila dia melihat Ayana diserang sebegitu. Lagi-lagi bila Ayana ditampar.

Ayana tercebik-cebik memandang Elvis.

"Ab..abang" tangisannya meletus. Elvis menarik Ayana kedalam pelukannya.

"Ay takut" ngongoi Ayana.

"Abang ada. Ay dah selamat" pujuk Elvis. Belakang badan Ayana diusap lembut.

Ayana melepaskan pelukan apabila tangisannya mereda.

"Abang buat apa dekat sini?" Elvis meneguk liur. Ikut Ayana?

"Abang nak cari bengkel servis kereta" tipu Elvis. Ayana tersenyum sinis.

"Abang penipu" kata Ayana.

"Mana ada"

"Abang penipu! Abang tipu Ay, abang kata abang dah takda hubungan dengan girlfriend abang tu tapi abang tipu!" Jerit Ayana. Dia masih ingat perbualan Elvis di telefon tadi. Dia tidak meyangka  Elvis sanggup tipu dia. Patutlah nak buat perkahwinan tertutup.

"Abang ikut Ay kan?" Tanya Ayana perlahan. Lambat-lambat Elvis menganggukkan kepala tanda ya.

"Ay benci abang" Pantas Ayana membuka pintu kereta. Tapi belum sempat dia keluar, Elvis sudah mencapai tangannya.

"Abang minta maaf, abang tak ada niat nak tipu Ay" pujuk Elvis. Ayana hanya diam. Tangannya cuba ditarik daripada Elvis namun tidak berjaya.

"Kalau Ayana tak nak maafkan abang, takpa. Tapi Ay jangan memandai nak keluar dari kereta ni" kata Elvis tegas.

"Abang dah kenapa? Ay nak balik sendiri" bantah Ayana. Dia tidak mahu duduk dengan penipu.

"Abang hantar Ay balik" Elvis memaksa Ayana untuk memegang tali pinggang keledar itu.

"Tak nak! Abang tak faham bahasa ke? Ay nak keluar" bantah Ayana. Ditolaknya tangan Elvis yang sedang memakaikan tali pinggang keledar ditubuhnya itu.

"Jangan degil Ayana" kata Elvis tegas. Rahangnya bergerak-gerak menahan geram.

"Lepas abang! Lepas!" Ayana masih memberontak. Dia tidak akan sesekali percayakan penipu ni. Tangannya memukul dada Elvis.

"Diam Ayana" kata Elvis tertahan-tahan.

Pang!

Tanpa sengaja Ayana tertampar pipi Elvis. Kedua mereka terkedu.

"Abang kata diam kan tadi?" Marah Elvis. Suaranya keras.

"Ay cakap lepaskan?! Ay nak jumpa orang lepas ni!" Marah Ayana. Rasa bersalah kerana tertampar Elvis ditepis jauh.

"Abang cakap diam kan? Kenapa keras kepala sangat ni?!" Jerkah Elvis. Wajah Ayana ditenung dalam.

"Abang siapa nak suruh Ay diam?! Abang bukan sesiapa pun dalam hidup Ay! Abang cuma..." balas Ayana.

Tak semena-mena Elvis mencium bibir Ayana dalam.

"Tahu pun nak diam" kata Elvis sambil mengusap bekas ciumannya di bibir Ayana.

"Ay benci abang" marah Ayana.

"Abang pun sayangkan Ayana" balas Elvis sambil tersenyum sinis. Wajah Ayana yang sudah bertukar warna itu mencuit hatinya. Malu lah tu.

"Penipu! Buaya tembaga" ejek Ayana. Tangannya memukul bahu Elvis.

"Nak kena cium lagi baru nak behave?"








































Vote 🍀

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang