029

5K 155 16
                                    

K gurau🤣







"Ayana!" Serentak Tuan Manaf dan Elvis menjerit tatkala motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggang Ayana berhenti secara mengejut dan tak semena-mena Ayana rebah bersama motorsikalnya itu.

Elvis terus keluar dari kereta itu untuk mendapatkan Ayana. Kedua-dua tangan Ayana tegak menahan perut dari terhentak ke jalan tar itu.

"Ay!" Ayana mengangkat kepalanya memandang dua pasang mata yang menatapnya itu. Jelas dapat dilihat dari mata Elvis bahawa dia begitu risaukan Ayana. Ayana mengalihkan pandangan ke arah Tuan Manaf. Entah mengapa kali ini Ayana berasa gerun melihat pandangan Tuan Manaf. Tanpa berkata apa-apa, Tuan Manaf membantu Ayana untuk berdiri apabila melihat Elvis mengangkat motorsikal yang menghempap betis Ayana.

"Are you okay?" Tanya Tuan Manaf. Ayana mengalirkan air matanya.

"Did you hurt?" Tanya Tuan Manaf lagi. Cukup lembut, bagaikan seorang ayah yang risaukan anakya. Tak semena-mena air mata Ayana mengalir laju. Tuan Manaf pantas menarik Ayana kedalam pelukannya.

Ayana Bellinda Gonzalez. Selama-lamanya akan tetap menjadi anak kandungnya. Tidak kiralah siapa Ayana yang sebenarnya. Anak itu yang dia asuh sejak kecil, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubahnya walaupun kini pangkat Ayana sebagai anak menantunya.

Elvis memandang cemas ke arah Ayana yang teresak-esak menangis. Seluar legging milik Ayana yang koyak akibat terkena ekzos motorsikal itu dilihat sayu. Perlahan-lahan tangan Ayana yang memeluk erat papanya itu ditarik.

"Jom, ikut abang ke hospital" ajak Elvis. Perut Ayana dielus lembut. Anaknya baik-baik sahaja kan?

"Abang" panggil Ayana sebelum jatuh pengsan di pelukan Elvis.

"Cepat angkat dia masuk kereta".
















































"Saya nak Elvis! Tolonglah, mana Elvis?" Tangis seorang gadis. Jelas kedengaran dari luar wad itu. Ayana hanya diam sambil menjeling ke arah Elvis yang sedang mengelus tangannya yang berbalut itu.

"Pergilah tengok perempuan tu, bingit!" Cemuh Ayana dengan wajah meluat.

"Dia tak penting, Ay lagi penting pada abang. Anak kita" Elvis mengelus pula perut Ayana.

"Ay pergi mana? Tahu tak bahaya nak naik motor masa pregnant macam ni? This is your first trimester, you should be more careful sayang" tegur Elvis perlahan. Dengan pantas Ayana berdiri menghadap Elvis yang sedang mendongakkan kepalanya memandang ke arah Ayana. Elvis menghela nafas perlahan. Sabar.

"Ay, abang cakap ni bukan nak larang Ay tapi abang pentingkan keselamatan dan kesihatan Ay. Kalau jadi apa-apa kat Ay, kat baby kita, siapa yang susah? Abang susah, mama dan papa pun ikut susah hati Ay. Setakat motor Ay tu, lepas pregnant Ay boleh naik lagi. Untuk masa ni jer, fikirkan kesihatan Ay" pujuk Elvis. Tangan Ayana digenggam penuh pengharapan. Ayana tersenyum sinis melihat wajah bersungguh Elvis. Tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak. Tangan kanannya naik mengusap pipi Elvis.

"Then kita gugurkan baby ni. Gugurkan anak awak ni, menyusahkan" sinis Ayana. Tangannya ditarik kasar daripada pegangan Elvis. Dengan selamba dia masuk ke dalam wad yang menempatkan seorang gadis yang berteriak seperti histeria.

Elvis yang masih terkedu hanya diam memandang belakang tubuh Ayana yang menghilang kedalam wad itu. Tangannya digenggam erat. Bibir diketap kuat.

"Sakitlah! Elvis! Sayang tolong I" teriakan kuat dari dalam wad itu.

"Ayana sudah! Jangan macam ni" sayu nada Puan Dayana merayu kepada Ayana.

Elvis masuk kedalam wad itu dengan tergesa-gesa. Alangkah terkejutnya dia melihat Ayana yang sedang menekan perut Misha sekuat hati. Sebelah tangannya pula sedang memegang kemas rahang Misha yang penuh lebam itu.

"Elvis" panggil Misha apabila melihat Elvis di situ.

"Ayana! Stop! Apa kau buat ni?" Jerit Elvis tanpa sengaja. Dia terkejut dengan apa yang disajikan dimatanya ini.

"Perempuan ni memang layak dapat semua ni! Tak malu!" Ayana mengangkat tangannya tinggi, hampir-hampir terkena pipi kiri Misha namun sempat dihentikan Elvis.

"Ayana!" Terjerit Elvis menahan. Pergelangan tangan Ayana digenggam kuat. Bibirnya diketap. Ayana ketawa kuat melihat Elvis yang sedang berang itu.

"Why? Kau patut biar aku tampar perempuan tak guna ni" sinis Ayana.

"Ay, jangan macam ni. Tu abang kamu" pujuk Puan Dayana. Apa yang terjadi dengan keluarganya kini.

"Kau diam? Bingit tau tak? Asyik nangis nangis nangis, ada yang mati ke dalam ni?" Marah Ayana. Matanya merah memandang ke arah Puan Dayana yang sedang menangis hiba.

"Ayana! Jangan biadap dengan mama!" Marah Elvis. Ini pertama kali Ayana bersikap seperti ini.

"Itu mama kau, bukan aku! So? Suka hati aku lah nak biadap dengan perempuan ni!" Jerit Ayana kuat.

"Ayana!" Marah Tuan Manaf. Dari tadi dia bersabar tapi bukan kali ini. Ini bukan Ayana yang dia kenal.

Ayana hanya diam menantikan bicara Tuan Manaf. Matanya berkaca-kaca memandang ke arah papa.

"Papa tak ajar kamu macam ni" kata Tuan Manaf tanpa nada sambil mengelus belakang tubuh Puan Dayana yang terhenjut-henjut menangis itu.

"Ay sayang keluarga ni! Tapi Ay benci bila korang ambil berat pasal perempuan tak malu ni!" Jerit Ayana sambil menunjuk tepat ke wajah Misha.

"Apa salah saya pada awak? Saya tak buat apa-apa pun" tanya Misha sayu. Matanya merah menahan tangis. Ayana pantas berpaling ke arah wajah Misha yang penuh lebam itu.

'Huh, tak cukup lagi ke lebam kat wajah kau tu?'

"Kau tu orang luar, tak payah berlagak depan aku" marah Ayana. Tangannya yang berada didalam genggaman Elvis cuba dileraikan.

"Saya tak buat apa-apa pun kat awak. Patutnya saya yang marah sebab awak rampas Elvis dari saya" kata Misha membela diri.

"Misha!" Marah Elvis. Matanya dijegilkan ke arah Misha.

"Hah? Lucu lah, lawak apa kau buat ni sundal? Kau lupa kau perangkap aku? Kau lupa kau penyebab aku pregnant anak jantan ni?" Marah Ayana berang. Misha terdiam mendengar balasan Ayana.

"Sebab kau lah, aku kena kahwin dengan jantan ni! Sebab kah lah aku hilang Damien!" Jerit Ayana kuat. Perutnya dipukul-pukul dengan sebelah tangan. Wajah pula sudah lencun dengan air mata.

"Ayana!" Semua didalam bilik itu terdiam melihat Elvis yang menampar pipi Ayana sehingga Ayana jatuh terduduk di atas lantai itu.

"Ayden!" Marah Puan Dayana. Cepat-cepat dia mendapatkan Ayana yang sedang memegang perut itu. Ayana menepis kasar pegangan Puan Dayana. Dengan sepenuh tenaga yang tersisa dia bangun menghadap Elvis.

"Aku akan buat kau menyesal!" Kata Ayana perlahan. Dengan cepat dia berjalan menuju kearah pintu wad.

"Ayana" panggil Tuan Manaf. Ayana hanya diam memendam rasa sebelum keluar dari wad itu.

"Kejar dia Ayden! Kejar Ay" gesa Puan Dayana. Hatinya hiba melihat keadaan ini.

"Kau okey?" Tanya Elvis ke arah Misha.

"Ayden!" Marah Tuan Manaf.

"Kau tinggal lah dekat rumah aku. Ada mama boleh tengok-tengokkan kau" kata Elvis tanpa perasaan.

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now