009

11.3K 212 12
                                    

Hari ini Ayana Bellinda dan Elvis Ayden akan disatukan dalam majlis yang cukup sederhana. Kalau ikutkan hati Tuan Manaf dan Puan Dayana mahu meraihkan mereka dengan gemilang. Tapi Elvis menolak, katanya cukup majlis yang sederhana saja. Apa yang penting akad nikah tu nanti.

Ayana Bellinda hanya mengikut. Dia tidak peduli yang penting dia sah bergelar isteri kepada Elvis Ayden.

Ayana yang sudah siap memakai persalinan putih bersama solekan nipis diwajah hanya duduk menunggu di meja solek. Katil yang dihias dengan taburan bunga dilihat dengan perasaan gembira.

Kalau orang lain pasti akan merasa gugup ditemani kawan baik atau saudara mara yang lain. Tapi Ayana hanya bersendirian di situ. Dia tiada kawan selain Damien. Itupun sudah lama Damien tidak menghubunginya.

Puan Dayana yang menemaninya tadi sudah keluar melihat keadaan di luar.

Ayana mengambil telefonnya. Nombor milik Damien dicari. Bersinar mata Ayana apabila kali ini Damien mengangkat panggilan darinya.

"Damien!" Sapa Ayana teruja.

"Hi Bell, ada apa?" Tanya Damien tanpa nada. Ayana merasa pelik tapi diabaikan. Perasaan terujanya menguasai diri.

"Damien, kau pergi mana? Kenapa kau tak angkat call dari aku?" Tanya Ayana.

"Ermm. Aku tak sihat sikit. Sorry tak call kau. Aku tak nak kau risau" balas Damien gugup.

"Ohh, aku nak bagitahu kau ni. Aku nak kahwin hari ini" kata Ayana teruja.

"Haa?!" Damien sudah terkejut beruk.

"Aku nak kahwin. Dengan abang Ayden" beritahu Ayana cukup teruja. Nada gembira jelas kedengaran.

"Haa?!" Damien makin terkejut. Tu bukan abang Ayana ke?

"Nanti aku cerita kat kau. Kau jangan tak angkat call aku kalau aku call kau. Kau tahukan cuma kau jer kawan baik yang aku ada" sayu Ayana berkata.

"O...ok Bellinda. Happy wedding day Bell" ucap Damien sayu.

Hancur, punah hatinya mendengar pernyataan Ayana. Pujaan hatinya selama ini akan berkahwin.

"Thank you. Aku harap sangat kau ada kat sini, tengok aku di hari bahagia aku. Tapi kau tak sihatkan? Aku harap kau cepat sembuh" ucap Ayana.

"Takpa sikit jer ni. Kau pun tak cakap awal-awal kau nak kahwin" kata Damien. Senyuman nipis terukir.

"Aku dah call kau, kau yang tak angkat. Dahlah aku kena turun dah ni. Kau doakan aku supaya aku bahagia ya" pinta Ayana.

"Okay Bell"

Ayana tersenyum nipis melihat pantulan wajahnya di cermin itu. Serba sedikit dia merasa bersalah. Dia bukan tidak tahu Damien sukakan dia. Tapi dia dah awal-awal bagitahu Damien supaya berhenti sukakan dia.

Jarinya yang berinai di pandang. Kejap lagi jarinya akan dihias dengan cincin perkahwinan mereka.

"Bell" suara Puan Dayana memanggil Ayana.

Ayana pantas berpaling. Senyuman lebar terukir. Puan Dayana tersenyum melihat wajah Ayana. Hari ini wajah Ayana cukup manis dilihatnya. Sudah lama dia tidak melihat senyuman ikhlas dari Ayana.

"Kejap lagi mama akan lepaskan Bell,  Bell akan jadi isteri Ayden. Lepas ni Bell jadi menantu mama pula" Puan Dayana mengesat air matanya.

"Mama janganlah nangis" pujuk Ayana. Dibalasnya pelukan Puan Dayana.

"Mama happy bila nampak Bell gembira. Bell jangan sedih-sedih lagi ya, mama sayangkan Bell" ucap Puan Dayana.

"Lepas ni Bell dah jadi isteri, Bell kena dengar cakap suami. Jangan melawan cakap suami selagi tak bertentangan dengan agama" sambungnya lagi.

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now