011

9.8K 213 14
                                    

"Abang kita patah balik" Ayana  memegang tangan Elvis. Matanya kelihatan begitu mengharap. Dia menyesal!

"Kenapa? Tak nampak luka ni? Lagipun Ay nak tengok papa dan mama kan?" Tanya Elvis. Ayana hanya diam. Pandangannya berkaca. Spontan dia memandang ke luar. Badannya sudah tidak disandarkan pada Elvis. Tangannya yang seakan berdenyut ditahan. Telapak tangan yang luka yang sudah dipenuhi darah dilihat.

Banjir darah. Luka kena kaca pasu? Ayana tersenyum sinis. Sakitnya.

"Ayana" Elvis kedengaran begitu risau. Tangan Ayana dicapai. Darah yang mengalir jatuh dari tangan Ayana dilap menggunakan hujung baju.

"Teruk sangat luka ni Ay" kata Elvis. Wajah tidak berperasaan Ayana dilihat. Ayana tidak beriak apa pun. Dengan sengaja Elvis menekan telapak tangan Ayana dengan sedikit kuat. Tapi Ayana tetap tidak beriak. Wajah beku milik Ayana dipandang sebelum Elvis menarik tubuh Ayana ke dalam pelukannya.

'Apa yang terjadi ni? Takkan dia tak rasa sakit?'

"Ay okay?" Tanya Elvis lembut. "Ayana" Elvis menggoyangkan tubuh Ayana yang kaku di pelukannya.

"Ha..Haa?" Ayana seakan baru tersedar. Tangannya dirasakan begitu sakit. Pantas dia melihat tangannya itu.

"Sak..sakit" kata Ayana. Dia sudah menangis. Elvis diam memandang Ayana. Entah mengapa hatinya dijentik rasa kasihan. Adiknya yang selalu ceria kini sudah berubah. Bahkan sedang sakit. Sakit fizikal dan mental. Spontan dia memeluk Ayana erat. Tangisan Ayana yang seakan kesakitan kehilangan anak menjadi lagu di halwa pendengaran.

"It'll be okay. Kejap lagi kita sampai" pujuk Elvis. Belakang tubuh Ayana ditepuk-tepuk. Tangisan Ayana semakin mereda sebelum dia tertidur di dada Elvis.

Elvis sempat melihat telefonnya yang berdering itu, selamba panggilan dari Misha ditolak. Sekarang bukan masanya untuk melayan orang lain. Orang-orang tersayangnya sedang kesakitan. Papa yang masih belum keluar dari dewan pembedahan merisaukan dia.

"Mama baliklah dulu, biar Ayden jaga papa" pujuk Elvis pada Puan Dayana. Pantas Puan Dayana menggelengkan kepalanya.

"Mama nak tunggu Bell dan papa" Elvis hanya mengangguk.

"Tuan Elvis" Elvis pantas mengangkat wajahnya melihat Mark yang baru tiba itu. Elvis berdiri mendekati Mark. Sedikit jauh dari Puan Dayana. Kening di angkat.

"Tuan, sistem keselamatan kita dimatikan. Tapi cctv berfungsi dengan baik. Orang kita yang berjaga pula pengsan sebab diberikan pil tidur"

"Cctv?"

"Ya, yang menyerang kita semalam rasanya cuma seorang dua tapi masih tidak dapat dipastikan jumlah sebenar" kata Mark. Semasa dia melihat rakaman cctv tadi pun tidak ada satupun yang mencurigakan. Malahan serangan yang dilakukan itu cukup teliti. Dari orang-orang yang dipengsankan didalam rumah itu sehinggalah pada kejadian yang mencederakan Tuan Manaf. Semuanya kelihatan baik-baik sahaja, tahu-tahu mereka sudah pengsan. Tiada satupun kelibat yang terakam pada cctv melainkan kelibat orang yang memukul Elvis di laman belakang itu. Itupun masih tidak jelas kerana hanya belakang badan sahaja yang terlihat.

"Orang tu perempuan kan?" Tanya Elvis sambil mengetap bibir. Mark hanya diam. Dia sendiri tidak pasti.

"Keluarga Cik Ayana Bellinda" pantas Elvis menoleh ke arah doktor yang baru keluar itu.

"Saya mama dia dokter" kata Puan Dayana. Elvis mendekati mereka.

"Luka pesakit sangat dalam, nasib baik cepat dibawa ke hospital sebab takut dijangkiti kuman sebab luka tu macam dah lama. Tapi jangan risau pesakit baik-baik sahaja, sebentar lagi kami akan pindahkan dia ke dalam wad" kata doktor itu.

"Tapi luka tu baru pagi tadi. Dia tercucuk dengan kaca pasu" kata Elvis. Dia yakin. Doktor itu tersenyum kecil.

"Luka di telapak tangan tu tak dalam sangat, cuma luka yang kat bahu. Luka tu dipercayai luka tembakan tetapi tidak ada peluru di dalam tu. Pesakit juga didapati overdose pill tidur"

Puan Dayana memandang ke arah Elvis.

"Kami akan pindahkan pesakit dalam wad lepas ni" kata dokter itu sebelum berlalu pergi.

Puan Dayana memegang lengan Elvis.

"Bell pun kena serang ke?" Tanya Puan Dayana sayu. Elvis hanya diam. Luka di bahu?











***












"Aku nak korang cari siapa yang berani buat onar dengan kita. Pastikan dia dapat balasan yang setimpal" arah Elvis tegas. Pisau berlambang loceng ditilik dalam. Dia yakin pisau ini milik orang yang dia kejar semalam. Dia masih ingat bunyi loceng yang dia dengar semalam. Dia yakin 'orang' itu perempuan. Walaupun Elvis tidak melihat dengan jelas tapi dia yakin dengan apa yang dilihatnya itu. Tapi persoalannya siapa?

Serta merta wajah Ayana Bellinda singgah dimindanya. Luka tembakan di bahu? Dia yakin ada sesuatu yang tidak benar. 

RING!! 

"Hello mama" sapa Elvis. 

"Papa dah sedar dia nak jumpa kamu" kata Puan Dayana. Elvis sempat menghela nafas lega. Papaa dah sedar. 

"Okay ma, kejap lagi Ayden datang" kata Elvis lalu mematikan panggilan. 










                         "Apa maksud papa? Kenapa perlu lupakan serangan ni? Ni bukan kali pertama kita diserang pa, dah berkali-kali. Dan kali ini serangan ni dah melampau bila mana mereka menyerang rumah kita. Papa pula senang-senang nak suruh Ayden supaya jangan cari siapa yang serang kita selama ni?" kata Elvis tidak berpuas hati. Perasaannya bercampur baur. Takkan lah Tuan Manaf tak tahu yang serangan macam semalam ni akan berulang? Lagi-lagi dengan musuh mereka yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan mereka. 

"Papa tahu tapi kali ni dengar cakap papa. Jangan cari siapa yang serang papa" tegas Tuan Manaf. Elvis mengetap bibir. Wajah Tuan Manaf dipandang tajam.

"Papa tahu sesuatu?" 

Tuan Manaf memandang Elvis bersama pandangan yang sukar ditafsirkan. Wajah Puan Dayana yang hanya diam memandang mereka dilihat. 

"Papa tak apa-apa kan? Jadi tak payah besarkan masalah" kata Tuan Manaf.

"Ayden dah susah payah cari siapa yang serang kita selama ni tapi papa senang-senang nak minta Ayden hentikan semua?" tanya Elvis tidak berpuas hati. Elvis berpaling untuk keluar dari bilik wad itu apabila melihat wajah tidak berperasaan Tuan Manaf. 

"Kalau kamu tak nak sesuatu yang lebih buruk terjadi, baik kamu dengar cakap papa. Papa tak nak hilang orang-orang yang papa sayang. Cukuplah cuma Bell yang kita risaukan, tumpuhkan perhatian pada kesihatan dan keselamatan Bell. Jangan cari masalah lagi" pesan Tuan Manaf penuh makna. Tanpa kata Elvis meninggalkan wad itu. 



























.

.

.


Hi guys, sorry lama tak update hehe. 

Jangan lupa vote 🍀

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang