027

5.9K 198 8
                                    

"Ayana? Sayang ok tak ni?" Tanya Elvis sambil menggoyangkan bahu Ayana kuat.

"Hah?" Ayana yang seakan tersedar pantas mendongakkan kepala ke wajah Elvis.

"O..okay" jawab Ayana sebelum matanya membuntang melihat telapak tangan Elvis yang berdarah itu.

"Ab..abang tangan abang kenapa?" Tanya Ayana terketar-ketar. Elvis tersenyum nipis memandang wajah Ayana.

'Ayana nak tikam abang tadi, takkan nak biarkan abang sambutlah pisau tu' aci tak nak jawab macam ni?

"Tak ada apa-apa. Pisau tergelincir tadi tu yang kena tangan abang" kata Elvis tidak mahu membebankan fikiran Ayana. Ayana yang dilihatnya seakan-akan berkhayal dan tidak ingat apa-apa itu dilihat penuh kasihan.

'Ay stress sangat ke sampai tak boleh ingat apa yang baru terjadi sayang?'

"Ay ingatkan impian Ay jadi kenyataan tadi" Ayana meraup wajahnya. Sikit nak jadi pembunuh tadi. Nasib baik cuma khayalannya sahaja.

Ayana bangkit dari ribaan Elvis.

"Dunia khayalan, dunia impian~" spontan nyanyian itu terlepas dari bibirnya.

Elvis hanya merenung belakang Ayana yang menuju ke katil pesakit itu. Senyuman nipis terukir, boleh pula budak ni menyanyi lepas nak tikam dia ya?

"Ay tak nak makan epal ke?" Tanya Elvis. Serentak itu Ayana memusingkan tubuh ke arah Elvis. Kepala digeleng laju.

"Tak mau! Jangan bagi epal tu kat Ay, Ay tak mau!" Bentak Ayana tiba-tiba. Dengan pantas dia memanjat katil. Selimut ditarik sehingga menutup wajah. Semua yang terjadi sebentar tadi seakan benar-benar terjadi. Dia gerun!

"Betul ni tak mau? Ay makanlah sikit nanti lapar, mesti baby kita pun lapar" pujuk Elvis lagi.

"Tak mahu! Kalau takut sangat baby ni lapar carikan makanan lain, Ay tak nak makan epal" marah Ayana.

"Okay, Ay tunggu sini ya"

Seraya itu Elvis keluar dari bilik wad itu.

Ayana hanya memandang belakang tubuh Elvis yang menghilang disebalik pintu wad itu. Sepinggan buah epal di atas sofa yang ditinggalkan Elvis direnung, liur ditelan sebelum tangan naik mengusap perutnya sendiri.

"Sorrylah baby, mummy takut lah nak makan epal tu. Ada darah" Ayana tersenyum nipis. Rambut yang mengurai dibahu ditarik dan dimainkan di jari. Perlahan-lahan tubuh disandarkan ke katil itu. Kedua tangannya naik menarik dan mencabut rambutnya sendiri. Seutas demi seutas rambut dicabut. (Seutas ke sehelai ke se apa, saya pun tak tahu haha).

"Ayana" panggil Elvis lembut. Ayana yang sedang bersandar dikepala katil itu dipandang lembut. Perlahan-lahan Elvis mencapai tangan Ayana yang masih mencabut rambut itu.

"Ehh bila abang naik?" Tanya Ayana teruja. Tangannya di pegangan Elvis dilihat penuh rasa. Sukanya.

"Baru jer, jom makan. Abang belikan sayang nasi ayam" ajak Elvis. Wajah teruja Ayana yang sedang tersenyum manis melihatnya membuatkan Elvis berasa gembira dan sayu pada masa yang sama. Emosi Ayana benar-benar tidak stabil. Seakan-akan dia berada di dunianya sendiri.

"Abang...kenapa?" Tanya Ayana perlahan apabila Elvis tiba-tiba memeluknya erat.

"Rindu" kata Elvis sayu. Air mata yang mengalir dilap kasar, dia tidak mahu Ayana melihatnya menangis.

"Eleh, Ay tak pergi mana-mana pun. Melebihlah abang ni" cebik Ayana.

"Dahlah, jom makan abang suap nak?" Tanya Elvis. Laju sahaja Ayana mengangguk. Siapa saja yang mahu menolak pelawaan suami? Lagi-lagi 'suami' itu orang yang dicintainya sejak dulu.

Maka mereka berdua pun bersuap-suapan menghabiskan sebungkus nasi ayam itu.





















Telefon yang berbunyi dicapai Ayana. Gerangan yang menelefonnya membuatkan wajah Ayana serta merta berubah tegang.

"I get it uncle, don't worry. Everything is going as planned"

Ayana berjalan ke arah jendela. Pandangan dihala ke atas langit.

"I'm going to take revenge for my mom, dad and... Damien. I agree and I'm coming to you" Ayana meletakkan telefon. Mungkin sudah tiba masanya untuk akhiri semua ini kan?

Senyuman sinis terukir dibibir.

"Ahh, bahagianya hidup!" Nafas dihembus kuat. Tangan pula didepakan. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat.

"Bahagia? Sebab ada abang ke?" Tanya Elvis. Mukanya disembamkan ke leher Ayana.

"Since when abang keluar dari toilet tu?" Tanya Ayana tanpa nada. Bibir diketap kuat.

"Since Ayana depakan tangan minta peluk and cakap 'ahh bahagianya hidup'" ajuk Elvis. Hidungnya masih menghirup bau leher Ayana.

"Aww abang! Kenapa gigit?" Jerit Ayana sambil menyiku Elvis dengan kuat. Leher dipegang menggunakan tangan kanan. Mata menjeling tajam ke arah Elvis.

"Mana ada gigit yang"

"Habis tu ni apa? Basah-basah ni, air hujan?" Perli Ayana. Mata dijegilkan memandang Elvis.

"Tu tanda abang. Yang sayang ni abang punya" usik Elvis. Kesan merah di leher Ayana dipandang nakal. Seksinya sayang abang ni.

"Tanda apa pakai air liur? Mari sini Ay buat kat abang pula" kata Ayana sambil mendekati Elvis. Air liur sengaja dibuat buih. Nampak jijik yer main air liur.

"Ermm, tak sabarnya abang nak bermanja dengan sayang kat hospital ni" pinggang Ayana ditarik ke arahnya.

"Sayang nak tinggalkan hickeys pun boleh, abang tak kisah" Elvis mencium bibir Ayana sekilas. Ayana pula sudah membulatkan matanya. Serta merta dia menolak dada Elvis. Leher yang digigit Elvis awal tadi dipegang.

"Abang!!” Elvis menjongketkan kening. Katil hospital dihampiri lalu duduk dilabuhkan disitu.

"Nanti papa dan mama nampak macam mana? Abang ni kan!" Ayana bertambah geram apabila melihat Elvis membaringkan diri di katil itu.

Silap-silap boleh jadi arwah apabila mama dan papa tahu dia sedang mengandungkan anak Elvis. Maklumlah mereka kan 'adik beradik'.

"Sayang, sini" panggil Elvis. Katil tempatnya berbaring ditepuk-tepuk. Tanpa membantah Ayana mendekati Elvis.

"Muat lagi ni kalau Ay nak baring sini, bolehlah abang kerjakan sayang" lantas Elvis menarik tubuh Ayana supaya berbaring di sampingnya. Pinggang Ayana dipeluk erat. Belum sempat Ayana berkata apa-apa bibirnya sudah diragut Elvis. Ayana menggeleng-gelengkan kepalanya bagi mengelakkan dari dicium Elvis. Belum sempat Ayana melompat turun dari katil itu Elvis sudah menindih tubuh Ayana.

"Nakal Ay ni, nak lari dari abang yer"

"Abang!!!"






























100 votes to unlock new chapter chinggg~~~




CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now