007

11.9K 183 6
                                    

Tuan Manaf memandang ke arah Elvis yang mundar mandir di depan pintu ICU itu.

"Ayden" panggilnya perlahan. Spontan Puan Dayana dan Elvis melihat ke arah Tuan Manaf.

"Papa nak kamu kahwin" Tuan Manaf memandang ke arah Puan Dayana sekilas.

"Memanglah Ayden akan kahwin sebab tu Ayden bawa Misha jumpa papa dan mama" kata Elvis malas. Sekarang ni bukan masa nak cakap pasal kahwin, Ayana sedang bertarung di ICU.

"Bukan dengan Misha. Papa tak setuju" laju Tuan Manaf memintas.

"Ayden tak kisah. Sekarang ni Ayden tak nak bercakap pasal ni Ayden risaukan Ayana" tegas Elvis.

"Tadi waktu kita makan malam, Bell tak turunkan? Bell overdose pil tidur" kata Tuan Manaf dengan suara keras.

Elvis terkaku. Apakah?

"Dan sekarang Bellinda dalam ICU" sambung Tuan Manaf.

"Jadi? Apa masalahnya?" Tanya Elvis sambil memandang tajam ke arah Tuan Manaf.

"Kahwin dengan Bellinda" tenang Tuan Manaf berkata. Elvis pula sudah terkejut beruk.

"Papa dah gila ke?!" Tanpa sedar dia tertengking Tuan Manaf.

"Ayden, perlahankan suara kamu tu" arah Puan Dayana.

Elvis Ayden meraup wajahnya.

"Papa sedar tak apa papa cakap ni? Ayden dengan Ayana adik beradik" tegas Elvis dingin.

"Dia bukan adik kamu" Tuan Manaf berdiri menghadap Elvis.

Elvis sudah terpinga.

"Apa papa cakap ni, Ayana tu adik Ayden. Dari kecil kami sama-sama. Celah mana kamu bukan adik beradik? Ayden ingat yang mama mengandungkan Ayana" balas Elvis. Apa kejadahnya tetiba bukan adik dia?

"Memang mama mengandungkan 'Ayana' tapi bukan Ayana Bellinda yang dikandungkan mama" kata Tuan Manaf keras. Puan Dayana yang mendengar sudah mengalirkan air mata. Anak kandung dia sudah lama pergi tinggalkan dia.

"Ap..apa maksud papa ni?" Tanya Elvis. Rahsia apa yang dia tak tahu.

Belum sempat Tuan Manaf menjawab doktoe sudah keluar.

"Keluarga Ayana Bellinda Eric Gonzalez?" Tanya doktor itu. Elvis terus memandang ke arah mama dan papanya.

Kenapa nama Ayana bukan berbintikan Manaf?

"Ya, saya penjaga dia"

"Keadaan pesakit sangat lemah, kami dapati pesakit sedang overdose ubat tidur, dan sedikit sebanyak ia mengganggu sistem dalam badan pesakit" Puan Dayan memegang erat tangan Tuan Manaf apabila melihat wajah doktor itu yang seakan teragak-agak untuk memberitahu mereka sesuatu.

"Pesakit juga kekurangan darah jenis O dan hospital ini sedang tidak mempunyai bekalan darah jenis tersebut" kata doktor yang merawat Ayana Bellinda itu.

Elvis yang belum reda terkejutnya makin terkejut.

Jenis darah papa dan mama masing-masing adalah A dan B. Dia pula berdarah jenis B, sama dengan mama.

Jadi Ayana memang bukan adik dia ke?

"Abang, anak kita" rayu Puan Dayana.

"Kami memerlukan penderma dengan kadar segera" terang doktor itu.

"Macam mana ni bang? Jenis darah kita sama-sama bukan O" tangis Puan Dayana.

"Ayden akan cuba cari penderma" kata Elvis menenangkan Puan Dayana. Dia tidak suka melihat mamanya itu menangis sebegitu.

"Papa pun akan cuba cari" kata Tuan Manaf.

Elvis terus memberi arahan kepada anak buahnya yang mempunyai jenis darah yang sama supaya mendermakan darah buat Ayana.

Selepas membuat beberapa panggilan Elvis duduk di sebelah Tuan Manaf.

"Papa" panggil Elvis. Tuan Manaf hanya melihat Elvis dari ekor mata.

"Kalau Ayana bukan adik kandung Ayden, jadi mana adik kandung Ayden yang sebenar?" Tanya Elvis.

"Adik kamu dah meninggal waktu dia berumur 2 tahun" jelas Tuan Manaf. Wajah Elvis ditatapnya.

Anaknya ini langsung tidak mengingati kisah penculikan itu dulu. Elvis mengalami trauma yang mneyebabkan dia lupa sebahagian daripada memorinya.

Tuan Manaf akhirnya menceritakan hal itu kepada Elvis. Dia berhak tahu.

"Jadi, Ayana sepupu Ayden?" Tanya Elvis tidak percaya.

Tuan Manaf menganggukkan kepalanya.

"Ya, papa mohon sangat. Tolong kahwin dengan Ayana. Dia perlukan sokongan kita, terutamanya kamu" kata Tuan Manaf berharap.

"Tapi kenapa Ayden?"

"Sebab Bellinda cintakan kamu" Tuan Manaf menundukkan kepalanya.

"Apa?! Apa papa merepek ni?" Tanya Elvis terkejut. Dia selama ini menganggap Ayana itu adik kandungnya. Perasaannya terbatas hanya sebagai sayang seorang abang kepada adiknya. Dia benar-benar tidak tahu Ayana menyimpan perasaan terhadap dia.

"Ay tahu dia bukan adik Ayden?" Tanya Elvis ingin tahu.

"Ya, dia tahu. Sebab itulah dia berani menyimpan perasaan terhadap kamu. Tapi papa masih tak tahu dari mana dia tahu mengenai hal ini" Tuan Manaf berkata kesal. Sungguh dia juga terkejut apabila Ayana bertanya mengenai hal ini kepada dia 4 tahun lalu. Setahun selepas itu pula dia mendapat tahu Ayana sedang sakit melawan penyakit bipolarnya itu.

Ayana semakin tidak dapat mengawal perasaannya terhadap Elvis. Ayana begitu dominan mahu memiliki Elvis.

"Jadi selama ni, Ayana tak anggap Ayden abang dia?" Tanya Elvis kecewa. Wajahnya diraup.

"Ya, sebab itulah dia tak suka bila kamu layan dia dengan kasar. Dia tak suka kamu tak ambil peduli mengenai dia, masa kamu bawa Misha balik pun macam tu. Dia dah semakin teruk, Bellinda dah tak dapat kawal emosi dia. Ubat dia pun dia tak makan"

"Sebab tulah papa nak kamu kahwin dengan dia. Cuma kamu yang dapat membantu dia" ucap Tuan Manaf berharap.

"Macam mana pula Ayden nak bantu dia? Ayden tak cintakan dia pa" Elvis merenung mata Tuan Manaf tajam.

"Dengan memberi dia sokongan moral. Bagi dia dorongan" kata Tuan Manaf lagi.

"Ayden, kalau kamu tak nak. Tolong fikirkan pasal Bell, takkan lah kamu tak kesian tengok dia sakit macam tu? Kamu tak kesian tengok mama ke? Mama tak nak kehilangan anak mama lagi. Mama tak nak Bell cuba bunuh diri lagi" rayu Puan Dayana.

"Habis tu Misha macam mana? Hubungan kami dah serius. Ayden cintakan dia, dan dia cintakan Ayden" tanya Elvis. Takkanlah dia akan buang Misha begitu sahaja?

"Masih tak terlambat untuk kamu berpisah Ayden. Papa minta maaf bila kamu terpaksa korbankan perasaan kamu terhadap Misha tu. Tapi percaya cakap papa, cinta tu boleh dipupuk" kata Tuan Manaf yakin.

"Tolong mama Ayden. Kamu dah kenal Bellinda lama, pasti kamu tak sanggup nak tengok dia menderitakan? Kalau tengok kamu bawa Misha balik sebagai bakal isteri kamu dia dah cuba bunuh diri macam ni. Macam mana pula kalau kamu berkahwin dengan Misha? Mungkin dia akan mati terus, dan mama tak nak kehilangan Ayana lagi,  Ayden. Tolong nikahi Ayana Bellinda" rayu Puan Dayana.

"Ayden akan fikirkan" Elvis terus meninggalkan hospital itu. Otaknya bercelaru. Bagaimana dengan Misha?
















Vote☘️

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang