020

9.7K 244 10
                                    

Tok!! Tok!! Tok!! 

"Ab.. abang" dengan bersungguh-sungguh Ayana menolak Elvis supaya melepaskannya.

"Kejaplah" dengan selamba Elvis mentautkan bibir mereka kembali. Mata Ayana sudah terbeliak. 

"Ayana, mama ni" panggil Puan Dayana dan serentak itu Elvis mengerang sakit. Mukanya menatap Ayana dengan riak tak percaya. Tangannya menekup dibahagian bawah badannya. 

"Ay.. buat apa ni?" tanya Elvis tak percaya. Sakit bukan kepalang bila Ayana melutut dia di 'situ'. 

"Sorrylah" bisik Ayana perlahan. 

"Kalau abang mandul kena lutut Ay macam mana? Macam mana abang nak mengandungkan Ayana?" tanya Elvis sedikit kuat. Ayana apa lagi, dengan pantas dia bangun menekup mulut Elvis. 

"Mama kat luar tu" amaran Ayana. Elvis yang masih terbongkok-bongkok dipandang penuh rasa kasihan. 'Sakit sangat ke?'

"Ayana?" panggil Puan Dayana lagi. Ketukan demi ketukan kedengaran di balik pintu bilik itu.

Dengan pantas Ayana menarik Elvis supaya bersembunyi di dalam bilik air. 

"Tak mahu lah Ay" tolak Elvis. 

"Abang nak mati ke? Masuk sekarang, dan jangan bising" kata Ayana geram. Mama dah kat luar tapi Elvis masih mengada-ada. Apabila memastikan Elvis sudah selamat bersembunyi di dalam bilik air itu Ayana pantas membuka pintu bilik itu. 

"Lamanya, Ay buat apa?" tanya Puan Dayana. Matanya melilau melihat sekeliling bilik itu. 

"Ay..Ay baru bangun tidur. Hah baru bangun" kelentong Ayana. Kepalanya diangguk-angguk bagi meyakinkan Puan Dayana. Puan Ayana melangkah masuk ke dalam bilik Ayana itu. Tray makanan berisi sepinggan kuih karipap dan air milo di letakkan di atas meja sisi. Ayana hanya memandang ke arah Puan Dayana dan sesekali memandang ke arah bilik air. 

"Ay rehatlah ya, makan jer kat bilik ni" pesan Puan Dayana sambil tersenyum manis. Ayana hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. 

"Ehh, kenapa dengan leher Ay tu, lebam ke? Merah sangat ni" tanya Puan Dayana dan dengan selamba ingin memegang sesuatu yang berwarna kemerah-merahan itu. Ayana pantas  menekup lehernya sambil digaru-garu. 

"Gatal ma, kena gigit nyamuk kot" dalih Ayana sambil mengundur ke belakang. Kalau dah tanda merah tu tak lain tak bukan ulah Elvis. Puan Dayana mengangkat kening dan masih mencuba menyentuh leher Ayana. Dengan selamba Ayana menarik tangan Puan Dayana untuk keluar dari biliknya itu. 

"Okaylah mama, Ay nak rehat. Nanti Ay turun ya" kata Ayana bersungguh-sungguh. Akhirnya Puan Dayana pasrah. Dia sempat tersenyum kecil sebelum berlalu turun ke tingkat bawah. Ayana menghela nafas kecil. Pintu biliknya ditutup dan dikunci rapat. Pintu bilik air ditenung tajam. Baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik air itu, matanya tertancap pada bilik pakaiannya yang terbuka. 

Tanpa berlengah dia membuka salah satu almari yang menempatkan peti besi itu. Tanpa berfikir panjang dia membuka peti besi itu dan merenung dalam ke arah 'isi-isi' peti besi itu. 

"Ay" sergah Elvis di muka pintu. Dengan kalut Ayana menutup pintu almari itu. Liur ditelan. 

"Buat apa?" tanya Elvis sambil mendekatinya. "Ta..tak ada" jawab Ayana tergagap-gagap. 

"Nak tengok" pinta Elvis. Tangannya sudah mencapai pemegang pintu almari itu. Ayana membulatkan mata. Dengan pantas dia memeluk tubuh Elvis. 

"Abang" panggil Ayana meleret. Elvis menjongketkan kening. "Jom" ajak Ayana tanpa ragu-ragu. Tangannya naik memeluk leher Elvis. Elvis apalagi. Diangkatnya tubuh Ayana lalu dibawah ke arah katil. Diciumnya Ayana rakus. Kucing mana saja yang tak tertarik dengan ikan kan? 

Apabila tangan Elvis mulai meliar. Ayana menghentikan Elvis. 

"Ay nak makan karipap tu" pinta Ayana sambil menunjukkan ke arah tray di atas sisi meja. Elvis tidak menghiraukan permintaan Ayana, dengan selamba wajahnya dibenamkan ke dada Ayana. Tubuh kecil Ayana di peluk erat. Ayana pula menggeliat kegelian. 

"Abang please..." rayu Ayana.  Akhirnya Elvis mengalah walaupun sedikit geram dengan Ayana. Yalah, bila dia dah tergoda Ayana tak mahu pula. Elvis menyandarkan badannya ke kepala katil. Tubuh Ayana ditarik ke arah dadanya. Ayana hanya mengikut. Sedikit hairan dengan perlakuan Elvis. 

"Nah makan" arah Elvis. Sebiji karipap dihulurkan pada Ayana. Baru sahaja Ayana mahu mencapai karipap itu, Elvis melarikan tangannya. 

"Buka mulut" 

Ayana tersenyum manis mendengar arahan Elvis itu. Mulutnya dingangakan. Elvis terus menyuap karipap itu ke dalam mulut Ayana. 

"Sedap?" Ayana menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis. Elvis tersenyum kecil, hatinya seakan terusik dengan kelakuan Ayana. Setelah Ayana habis menelan, dia menghulurkan lagi tetapi Ayana menolak. 

"Abang pula" Tanya berfikir panjang Elvis menggigit karipap itu. Ayana tersenyum manis melihat Elvis yang dengan selamba menggigit di bekasnya. Dan akhirnya mereka makan bersuap-suap di atas katil itu. 


























***
























Elvis memandang siling. Kejadian dimana dia meniduri Ayana tanpa sedar itu kembali menerja minda. Apa yang dapat dia simpulkan ialah Misha lah dalang di sebalik kejadian itu tapi dia sehabis baik berfikiran positif. Misha yang dia kenal bukan orang sebegitu. Nafas dihela. Telefonnya direnung. Dari hari itu Misha langsung tidak menghubungi dia.

Tanpa berfikir panjang Elvis membaringkan diri diatas katil itu. Mata dipejam namun tidak sampai seminit matanya dibuka kembali. Macam ada sesuatu yang hilang. Badan dikalih menghadap kanan kemudian ke kiri. Dengan pantas dia duduk menegak. Ruang biliknya itu direnung dalam.

"Kau dah kenapa Ayden?" Rungutnya sendiri. Dengan langkah perlahan dia keluar ke balkoni biliknya, dan tak semena-mena dia melihat kelibat Ayana yang sedang melihat ke kiri dan kekanan itu sebelum memanjat balkoni bilik tidurnya. Elvis mengundurkan diri.

Dapat dia lihat Ayana yang baru sahaja menutup pintu balkoni itu. Bunyi deruman kereta menyentakkan Elvis. Dengan pantas dia membuang pandangan ke arah jalan raya. Dalam samar-samar malam, sebuah kereta pergi meninggalkan kawasan itu. Elvis mengerutkan kening. Tanpa menunggu lama dia menuju ke bilik Ayana.

Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik Ayana, dia berpaling dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat....

























Hi guyss, sorry lambat update. Actually sy tunggu banyak vote baru nak update haha😂 Tapi memandangkan ada 2 3 orang yang dm nak update, tu sy update jer lagipun sy pun nak habiskan cerita ni cepat. Kalau nak sy update cepat, bolehlah vote cepat ehehehe🤣

Btw terima kasih pada yg vote/conment dan yg follow sy tu hehee💜

~vote~

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now