016

9.2K 229 10
                                    

Ayana duduk termenung di beranda biliknya itu sambil menikmati angin malam. Fikirannya melayang memikirkan sesuatu. Telefonnya yang berdering dilihat. Nombor yang tertera dilihat bersama senyuman sinis. Tanpa berkata apa-apa dia mengangkat panggilan itu.

Sekali sekala dia menganggukkan kepalanya menandakan dia faham akan apa yang disampaikan oleh pemanggil itu. 

"I got it uncle" Sejurus itu Ayana mematikan panggilan telefon itu. Dia masuk ke dalam bilik lalu membuka pintu almari itu. Dia sempat memusingkan tubuh melihat sekeliling bilik itu walaupun dia tahu dia sedang bersendirian di situ. 

Sebuah peti besi yang tersembunyi di sebalik susunan baju-baju dibuka. Beberapa pucuk pistol dan peralatan tajam seperti pisau diangkat. Tanpa berlengah dia mengambil sebuah kotak barangan kemas sebelum gelang kaki berbentuk loceng dikeluarkan. Baru sahaja dia mahu memakai gelang kaki itu dia menggelengkan kepala. Gelang kaki itu disimpan sebelum seutai gelang tangan yang juga berbentuk loceng dicapai lalu dipakaikan pada pergelangan tangan kirinya. 

Sebilah pisau diambil lalu disisipkan pada kakinya. Bajunya sudah ditukar kepada serba hitam. Tanpa berlengah Ayana keluar dari situ selepas mengemaskan peti besi itu. Seperti kebiasaannya Ayana bersiap-siap di hadapan cermin itu. Baru sahaja dia mahu mengoleskan gincu berwarna merah pintu biliknya diketuk. Ayana memandang tajam ke arah pintu itu. 

Buka sahaja pintu, wajah Elvis menghiasi pandangannya. 

"Ay nak pergi mana malam-malam ni?" tanya Elvis sambil berjalan masuk kedalam bilik Ayana itu. Dengan selamba punggungnya dilabuhkan di atas katil Ayana. 

Tanpa mempedulikan Elvis, Ayana duduk dimeja solek untuk sambung memakai gincu itu. Elvis hanya memandang Ayana yang sedang menyemburkan perfume di sekitar lehernya itu. Elvis menelan liur. Entah mengapa sejak mengetahui Ayana bukan adik kandungnya dia seakan-akan mudah terbuai apabila melihat Ayana. 

"Ay nak pergi mana?" tanya Elvis lagi apabila Ayana melintasi dia untuk keluar dari bilik itu. Tangan Ayana dicapai apabila Ayana tidak mempedulikan Elvis. 

"Abang cakap dengan Ay kan?" tegur Elvis. Ayana yang mula bengang dengan sikap Elvis menarik tangannya dari pegangan Elvis dengan kuat. 

"Abang buat apa balik sini? Bukan sebelum-sebelum ni abang susah sangat nak balik sini?" sindir Ayana. Wajah Elvis dipandang tajam. Elvis menghela nafas perlahan. Nampaknya Ayana marah betul dengan dia. Ayana yang sudah berjalan ke luar rumah dikejar. Kunci kereta di tangan Ayana direbut. 

"Jom abang hantar Ay" pelawa Elvis sambil tersenyum manis. Tidak dipedulikan wajah cemberut Ayana itu. 

"Ish tak payahlah. Ay boleh pergi sendiri. Kalau abang dah takda kerja sangat pergi call bakal isteri abang tu" marah Ayana. Kunci kereta di tangan Elvis cuba diambil tetapi sempat dihalang oleh Elvis. 

"Abang hantarkan Ay. Cepat masuk kereta" paksa Elvis. Dengan terpaksa Ayana masuk ke dalam kereta di sebelah pemandu itu. 

"Ayana nak pergi mana?" Tanya Elvis. 

"Jalan jerlah nanti Ay tunjuk jalan" balas Ayana kasar. 


















                          "Dah abang baliklah dulu" halau Ayana sambil memakai helmet superbike miliknya itu. 

"Ay nak pergi berlumba haram ke malam ni?" tanya Elvis bersama riak wajah tegang. Dia tidak suka Ayana terlibat dengan aktiviti lumba-lumba ni. 

"Lumba haram ke tak. Ni urusan Ay, abang pergi balik" halau Ayana lagi. Merosakkan plan betul.

Ayana yang sudah bersedia untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi itu terhenti apabila pinggangnya dipeluk. Tangan Elvis yang melingkar di pinggangnya dilihat dengan geram.  

CINTA BUAT ABANGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang