003

15K 211 4
                                    

Baru sahaja Elvis memasuki pintu rumah keluarganya, Puan Dayana sudah menerpa ke arah dia.

"Ayden" Berair mata Puan Dayana. Dia risau.

"Mama kenapa okay tak?" Tanya Elvis hairan.

"Bellinda mana?" Tanya Puan Dayana.

Elvis mengerutkan kening. Manalah dia tahu. Dia tinggal sendiri di rumahnya.

"Kenapa tanya Ayden?"

"Bellinda dah 3 hari tak balik. Hari tu dia cakap nak ajak kamu shopping" tanya Puan Dayana.

Elvis mengerutkan kening.

"Mana ada Ayden keluar dengan..dia" spontan Elvis Ayden teringat akan kejadian di butik 3 hari lalu.

"Kamu buat apa dengan Bellinda?" Tanya Tuan Manaf seakan dapat membaca fikiran Elvis.

"Ayden tak sengaja tertolak dia" kata Elvis tanpa nada. Matanya menatap mata helang Tuan Manaf.

BANG!!

Sebuah tembakan dilepaskan ke arah pasu bunga di belakang Elvis Ayden.

"Aku dah cakap jangan berkasar dengan dia kan!" Tengking Tuan Manaf. Matanya memerah kerana marah. Puan Dayana sudah terduduk di lantai. Terkejut dengan tembakan itu.

Elvis membantu mamanya berdiri lalu didudukkan di sofa itu.

Tuan Manaf yang geram melihat Elvis yang seakan tidak peduli dengan kata-katanya membaling pistol di tangannya itu ke arah Elvis. Tepat ke dahi Elvis. Darah mengalir keluar.

"Abang!" Jerit Puan Dayana. Muka Elvis dibelek.

"Bersabar boleh tak? Tak payah guna kekerasan macam ni!" Marah Puan Dayana.

"Kalau bukan sebab anak awak ni, tak adanya Bellinda macam ni" Tuan Manaf memandang Elvis tajam.

"Apa yang papa tak suka sangat sampai tak nak Elvis berkasar dengan Ayana? Elvis tak akan berkasar kalau bukan sebab perangai dia liar macam perempuan murahan!" Elvis ikut meninggikan suara.

"She is your sister Ayden. How dare you to call her perempuan murahan?" Tuan Manaf menengking kuat.

Puan Dayana hanya diam. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Air mata usah dicakap, deras mengalir.

"Then she should act like a sister, bukannya nak menggoda Ayden macam Ayden ni tak ada hubungan darah dengan dia" tengking Elvis Ayden kuat. Aura beku jelas kelihatan di antara mereka.

"Kamu boleh cakap baik-baik kan? Tak payah nak berkasar dengan dia? Dari dulu aku ingatkan kau jangan berkasar, tapi kau tak nak dengar!" Marah Tuan Manaf.

"Apa yang papa sembunyikan dari Ayden sebenarnya ni?" Tanya Elvis tegas.

Dia yakin seyakin-yakinnya, pasti ada sesuatu.

"Bellinda sakit" perlahan Puan Dayana berkata.

Elvis Ayden tersentak.

"Sakit apa mama?" Elvis memandang ke arah Puan Dayana yang sedang melihat ke arah Tuan Manaf.

Tuan Manaf menggelengkan kepala ke arah Puan Dayana. Jangan bagitahu!

"She suffered for mania-depression disorder"

"Apa?" Elvis jelas terkejut. Botol ubat di atas meja kopi yang dari tadi lagi menarik perhatiannya dicapai.

'Mood stabilizer'

Wajah papa dan mamanya dipandang.

"Bellinda sakit Ayden. Bellinda.. mama" Puan Dayana menggelengkan kepalanya. Satu-satunya anak perempuannya menghidap penyakit bipolar. 

CINTA BUAT ABANGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon