026

6.8K 171 13
                                    

Ayana merenung wajah tenang Elvis yang sedang mengupas kulit epal itu. Bibirnya mengukir senyuman manis sebelum perlahan-lahan bertukar menjadi senyuman sinis.

"Elvis Ayden" panggilnya tanpa nada. Matanya tajam menikam wajah Elvis yang memandangnya dengan senyuman manis itu.

"Hey jangan turunlah" tegur Elvis apabila melihat ke arah Ayana yang mulai turun dari katil pesakit itu.

"Takpa, ni kan Ayana Bellinda Gonzalez. Ay kuat dan berkuasa, Ay boleh buat apa saja yang Ay suka" kata Ayana sambil mendongakkan wajah Elvis yang memandangnya tanpa berkelip itu.

"Ya? Ay boleh buat apa jer?" Tanya Elvis sekadar berbasa basi sambil mengusap perut Ayana penuh kasih. Sempat dicium sekilas perut Ayana yang masih kempis itu.

Tanpa dipinta Ayana melabuhkan duduk diatas peha Elvis. Jari jemarinya mengelus wajah Elvis. Elvis pula hanya membiarkan. Dalam diam dia suka apabila Ayana bermesra dengannya. Ayana dah lupakan Damien ke?

"Ay boleh hapuskan orang yang Ay tak suka dalam sekelip mata jer" kata Ayana serentak menggenggam leher Elvis kuat. Serupa mencekik dengan sebelah tangan. Elvis mengerutkan dahi. Sakit.

"Ay tak sukakan siapa?" Tanya Elvis masih berfikiran positif.

"Kau, keturunan kau, anak kau" Ayana makin menguatkan genggaman tangannya dileher Elvis.

Uhuk! Uhuk!

"Ay sakit" Kata Elvis sambil mencuba melepaskan tangan Ayana dari lehernya.

"Sakit ke abang? Sorry Ay tak tahu" kata Ayana seraya mengusap leher Elvsis sambil mencium-cium pipi Elvis tanda meminta maaf.

"Takpa, abang faham..." Belum sempat Elvis menghabiskan ayatnya tutur kata Ayana membuatkan Elvis terkaku.

"Ay cakap apa ni?" Tanya Elvis tegas dan kuat.

"Ay akan gugurkan anak abang lah, abang pekak ke tak dengar Ay cakap sekali?" Tanya Ayana sambil merenung wajah tegang Elvis. Jarinya berlari-lari di dada Elvis. Senyuman manis pula tetap menghiasi wajahnya.

"Ayana! Ay tak sayangkan anak Ay ke?" Tengking Elvis masih terkejut.

"Aku cakap aku akan gugurkan anak kau ni! Tak aku nak bunuh anak kau, biar kau rasa sakit hilang orang yang kau sayang" kata Ayana penuh dendam.

"Ayana sedar Ay, this is so not you" gesa Elvis. Pinggan berisi epal diletakkan ke bawah.

"Oh really? Then mind to tell me how I should react when I know that you're a killer?" Ayana menyoal dengan nada yang begitu sinis. Tangannya naik mencengkam leher Elvis.

Mati! Mati! Mati!

"What do you mean by that?" Tanya Elvis hairan.

Ayana ketawa kuat. Terkekeh-kekeh sehingga air mata mengalir membasahi pipi.

"Abang pembunuh! Abang bunuh Damien! Abang selfish" ngongoi Ayana. Dada Elvis ditumbuk-tumbuk. Kesal apabila mengingatkan Damien meninggal dibunuh kerana dia. Gelang di pergelangan tangannya diusap penuh kasih. 'Damien'.

"Abang bukan pembunuh. Abang tak bunuh Damien macam yang Ay cakap tu"

"Tipu" kata Ayana sambil mencapai sepotong epal yang sudah dikupas.

"Betul Ay, abang tak bunuh. Tak ada manfaat kat abang pun kalau abang bunuh dia? Atas sebab apa abang nak bunuh Damien?" Tanya Elvis cuba meyakinkan Ayana.

Ayana memandang Elvis bersama mata helangnya. Matanya merenung dalam ke arah wajah Elvis yang bersungguh-sungguh meyakinkan dia itu. Senyuman sinis terukir dibibir. Matanya jatuh memandang ke arah leher kemudian ke dada dan perut Elvis. Tangan Elvis yang memegang bahunya juga dilihat. Sepotong lagi epal diambil lalu dimakannya. Manis tapi macam ada yang kurang.

CINTA BUAT ABANGWhere stories live. Discover now