DA05 🌸

1.6K 79 0
                                    

DHIYA ARYANAA

~kau amanah Allah untuk aku jaga~

🌻🌻🌻

JAM TANGAN dikerling berkali-kali, mahu saja dia naik kelas Dhiya untuk mencari gadis itu. Sudah hampir satu jam dia menunggu kehadiran Dhiya di keretanya, dah pukul 5 petang tapi batang hidung pun tak nampak. Dia mendengus kasar, sudah hampir sebulan dia mengambil dan menghantar gadis itu namun tak pernah pula Dhiya selewat ini.

"Cikgu, maaf saya lambat" tegur Dhiya, wajahnya pucat.

"Eh awak lewat pergi mana?! Saya dah pesan kan kita nak pergi kemas rumah papa yang dia sewakan tu, awak lambat pergi mana?!! Dating dengan boyfriend? Nak dating tu dating je lah, jangan menyusahkan orang! Perangai macam budak-budak lah, dasar tak matang!!!" marah Rafeeq, Dhiya tergamam. Pertama kali ditengking sebegitu rupa, dia juga tidak tahu besar manakah silapnya sehingga Rafeeq bertukar menjadi bengis.

"Cikgu!" tegur Miera, bahu Dhiya dipeluk. Terkejut juga Dhiya dibuatnya, entah bagaimana Miera boleh berada di situ.

"Kenapa nak kena tengking Dhiya macam ni? Tak boleh ke cikgu tanya elok-elok? Dia lambat ada alasan dia, lagi pun tadi kami ada kelas tambahan. Dhiya pun dah bagitahu cikgu kan, cikgu yang tak ingat. Cikgu nak marah-marah dis kenapa?!" tengking Miera, Rafeeq pula tergamam. Baru dia ingat kata-kata Dhiya pagi tadi, bagaimanalah dia boleh lupa.

"Cikgu tahu tak Dhiya ni pe-"

"Dah lah weh, kau balik lah" pintas Dhiya, tak perlulah Rafeeq tahu sebab yang satu lagi itu.

"Dhiya kau ok ea? Kalau sakit sangat bagitahu umi kau tau, jangan diam. Kalau kau pengsan macam hari tu, susah nanti" pesan Miera, rakannya yang satu itu memang selalu lemah tiap kali datang bulan. Dhiya mengangguk lemah, Miera berlalu pergi.

Dhiya pula terus masuk ke dalam kereta, begitu juga Rafeeq. Keadaan menjadi senyap, masing-masing sibuk melayani perasaan. Rafeeq memandang gadis di sebelahnya ini sekilas, melihat gadis itu mengalirkan airmata dalam diam membuatkan dirinya disimbah perasaan sebersalah.

"Saya mintak maaf" ujarnya, Dhiya hanya diam malah tidak menoleh sedikit pun.

"Dhiya, saya mintak maaf" masih tiada respon dari gadis itu.

"Dhiya awak dengar tak saya cakap apa? Saya cakap saya mintak maaf. Awak beruntung tau saya nak mintak maaf walaupun awak yang salah" marah Rafeeq semula, darah di dalam badan Dhiya mula menggelegak. Wajah Rafeeq dia pandang penuh marah, airmata yang mengalir dibiarkan.

"Salah saya? Cikgu lupa ke apa yang saya bagitahu cikgu pagi tadi? Saya cakap saya ada kelas tambahan kan. Saya dah bagitahu, bukannya tak bagitahu! Cikgu yang lupa! Lepas tu nak marah-marah saya kenapa?! Suka-suka hati tuduh orang dating, cikgu ingat saya ni macam pelajar lain ke?! Banyak lagi benda yang saya boleh buat selain berdating lah! Lain kali orang cakap tu dengar lah! Telinga tu function elok-elok! Bukannya suka-suka hati tengking orang! Cikgu siapa nak tengking saya?! Abi saya pun tak pernah tengking saya macam ni tau! Cikgu yang tak matang, cikgu yang perangai macam budak-budak!" Dhiya meluahkan segalanya seraya airmatanya mengalir laju di pipi, terkebil-kebil Rafeeq dibuatnya.

"O-ok ok, Dhiya I'm sorry. Saya terlupa, sumpah saya lupa"

"Cikgu bukan lupa tapi cikgu memang tak ambil tahu pun!" laju mulut Dhiya menjawab, lelaki itu diam. Tak tahu nak cakap apa dah, dia akui dia salah. Dia tak patut marah Dhiya tanpa soal dulu, Rafeeq meneruskan pemanduan.

"Rumah sewa paklong tu dekat mana?" Dhiya memulakan perbualan, malaslah nak merajuk lama-lama.

"Oh urm, dekat Taman Sentosa. Jauh dari rumah kita, that's why makngah suruh saya terus bawak awak ke sana. Tak perlulah diorang nak balik rumah ambil awak kan, saya pun nak ke sana so sekali je lah" ujar Rafeeq, dalam hatinya juga agak lega apabila Dhiya memulakan perbualan. Hilang lah juga rasa sebersalah yang bersarang dalam hatinya sejak tadi.

Dhiya AryanaaWhere stories live. Discover now